MirAcLe WoRdS

31 July 2011

Ini suatu kisah..

Al-kisah tersebutlah kisah..
sangkancil datang beramai ramai mengahadap sultan Firaun..
Mana Firaun pakai sultan.. entahh!

ok.ok masih ingat tak si dia yang aku ceritakan dalam post "Aku Suka Dia"...?

Bagus jika anda masih ingat.. Yang mane ade amnesia tuh,, pegi la carik balek post tu, bace n kembali ke post ini ntok meneruskan pembacaan..

____________________________________________________________________

Baiklahh! begini kisah nye bermula..
Dinihari pada jam 7pagi selepas suboh..

"Kosongkan kelas!!! pergi dataran sekarang!" Suara itu menganggu hobi terulung ku.
Kurang asam boi betul.. Aku ngantok laa! kacau tido aku jee!
*aku smpai klas kol 6.40 pagi... n tros aku tido,, biasenye sampai perhimpunan baru aku bangun n terhegeh hegeh cari name tag ntok dipakai..

Sampaisampai je kat dataran.. aku ushausha blah kiri,, mencaricari si dia.

'aik!! mane nie..? xde punn!'

perhimpunan berjalan seperti biase.. TAPI,, bagi aku luar biase la sebab aku x nampak dia!
Lepas perhimpunan pun aku ushausha gak.. Tapi, bayang dia masih tiada.

'humm,, dia maen soroksorok ngan aku kutt'

Aku teruskan pelajaran macam biasa. Waktu pertama,, Chemistry...
aku anggap arini aku xde chemistry dengan dia...

Acid and bases.. reaction,, blablabla....

"JAY,!! dia!!"

hek,, aku ushausha tingkap.. mak aih!! emang dia! malangnyer.. aku cuma nampak dia dari belakang.. xpelah.. asalkan nampak.. HUMM,, cantik betul dia nila baju.. tak capuk pun.. birunya sekata... bukan cam aku.. kalau aku nila,, mesti ade capuk walaupun sikett!

Waktu second,, mathmode,,

'aishh! mane teacher nih.. =.=''

ah,, malaslah nak duduk kelas.. g lepaklepak jap kat luar.. ni pun tengah hujan, mesti syok dok kat luar tu.. angin pon sejukk!

PANGG!!!

'eh,, ni apehal kecohkecoh kat kelas aku nie...'

aiseh,, dorang gadogado.. aku tak nak masok campur,, aku tak tau pihak mane yang betul.. pihak mane yang salah.. aku g luar balek..

"ehehehe! aku nampak dia turun tangga,, nak g library..."
aku pon teruskan kerja menyekodeng dia,, aku jjuz nampak dia dari belakang...
aku tengok dia atas bawah...

humm,, songkok cantik terletak..

rambut kemas je.. x panjang sangat.. tak pendek sangat

baju,, cantik bernila.. x komot...

bahu pun smart tegapnyer...

sampin kemas melilit pinggang...

seluar.....

humm... seluar...

HAH! SELUAR....?

Seluar putih...?

tak dinila!???

wakakaaka,, aku gelak separuh mampus kat tepi koridor tu,, naseb baek tak de orang lalu..
kalau ade orang lalu.. abes aku dilabel GILA..

Bapak ahh,, memang gile la dia tuhh,,, baju dan cantik je putih kebiru biru an...
seluar plak.. putih melepak.. gile kontra weyy... kalau la aku ade camera time tu,, bule aku tunjuk kat korang..


inilah kisahnya,,, moral of the story,, no one is perfect... setiap orang ade kelemahannya..
MirAcLes dO HaPpEn!

30 July 2011

Sedarlah,,,

HUmm,, entahlah, aku pun tak tau ape yang ada dalam kepala otak aku yang bergeliga nih.
ok.ok. Aku nk cakap cakap pasal seorang hamba Allah yang keliru.

Ya, mungkin dia keliru dengan identiti dia sendiri.
Fizikal dan hormonnya mengelirukan si tuan badan.

Tapi,, sedarlah,, dia mampu menutup aurat.

Bagaimana dengan anda anda yang memang pasti akan identiti anda..?
sudahkah anda menutup aurat..?

Si pemain bola ligat mengejar bola di tengah padang.
Apa yang ada dalam otak...?

GOL, GOL, GOL...

AURAT....?

Entah ke mana....

Sluar shorts... atas lutut kan..?

Renung-renungkan

yang perempuan.. tak usah dipanjangkan cerita lagi...
fikir-fikirkan,, renung-renungkan, Insya-ALLAH~
MirAcLes dO HaPpEn!

29 July 2011

Budak kampung! part 2

Aku merenung lelaki di depanku itu, wajahnya serius memandangku. atau lebih tepat lagi,, matanya merenung tajam ke arahku. Keningnya hampir bercantum... eh eh,, apesal plak mamat nih...? terkejut ke kena serang tibetibe..?

"Ade sebarang masalah ke dengan latihan teater kami...?" tegur satu suara dari arah depan... aku mengetap bibir!

Aduhai mulut! kenapa celupar,, Aduhai hati,, kenapa tak sabar,, aduhai emosi,, kenapa tak stabil...
aduhai jiwa,, kenapa gementar..?

"err,, tak,, tak de masalah... err,, saya salah sorang daripada penulis skrip teater nih.. saya ingat nak ubah skrip tu sikit."
AMboi,, sedap sungguh kau berkata2... memang kau ade kene mengena dengan teater ni ponn!

"penulis skrip..?" soal lelaki separuh abad itu,, keningnye bercantum,,
aduhh! aku dalam masalah nie,, aku mengalihkan pandangan ke arah mamat yang berada di sisiku..

"eh,, bukan prof.. dialah heroin untuk teater nih.. prof nampak tak cara dia berlakon tadi..? emosi yang cukup hebat! pengahayatan watak yang bagus!" mamat tu berbicara.

EH! mengong betul!

"OH,,, bagus! bagus! mane awak amik pelakon ni..? mati mati saya ingatkan dia maen terjah je tadi. Hebat lakonan awak,, saya harap lepas ni awak rajin datang latihan memandangkan pertandingan semakin dekat.. tinggal 3 minggu je lagi.."

APE!? aku membuat muka terkejut.

"Baiklah,, latihan harini sampai di sini sahaja. Semua boleh balik"
Kata orang tua itu tanpa menghiraukan aku yang macam rusa masuk kampung,,

Mamat yang tadi kununnya back-up aku tu pon da sianp sarung bag ntok balek.

"Encik!" aku memanggilnya... dia berpaling...
Sambil tersenyum.. SINIS!
"tahniah ye dapat jdi heroin untuk teater ni..." katanya tanpa memandang wajahku.

"WHOA! WHOA! stop! teater ape nie..? knape saya bule terpilih pulak..?"

"tajuknya... 'Budak Kampung', ok lah.. aku kena blah.. esok kol 3 kat makmal bahasa.."

katanya sebelum berjalan pantas di sepanjang koridor itu..

"hey! saya Hasif... cik ni.. name ape..?"satu suara menegur aku dari belakang. Aku menoleh.

"errr.. name..? err... Imanina.. panggil Iman jea.."

"Iman,, humm sedap nama tuh..." Aku hanya tersengih..

"got to go..." kataku..

MirAcLes dO HaPpEn!

16 July 2011

mountain dew ku!

- part1 -
ntok sesape yang lom bace prti 1,, bace la dulu keyh!
__________________________________________________________________

"Pehal ni Daniel..?"
sapa satu lelaki. mamat english tu menoleh..

"xde pape,,"

"err.. thanks" aku berkatakata akhirnya!

"thanks...?" katanya sambil buat muke annoyed depan aku...? BERANI DIA BUAT macam tu...?Kau ingat kau sape nak buat muka dengan aku.. bajet hot betol!

"yela,,, da belanja minum air tadi..." jawabku slumber,, HAH! padan mke ko! baru tau aku sape!

"oh,, i see!" mak aih! die buat muke tu AGAIN! Shieldtox betol!

"Aina,, jom balik!"

"Aku nak g makan la,, lapa nih,, kat umah nanti,, konfem kau malas nak masak,,"Link

"amboi! arini turn ko masak la!"

eh,eh, sempat pulak bertekak depan mamat mereng nih! ah,, mampus kau la,,
yang dok terpacak depan aku pesal..?

eh,eh, cm tau tau je aku kutuk dye,, dye dah blah!,, tapi,, yang member dye nih,,, dok sengihsengih kat aku plak!

"macam ni lah cik,, Daniel cakap,, air tu,, dye da minum sikit tadi...."

ERK!!! dye da minum!?

"WEKKK!" spontan aku menjelirkan lidar,, kembang tekak aku weyyy!
Selame ni,, memang aku geli nak shareshare air nih,, kenapa arini aku cuai sangat!
ni semua sebab dye! dye yang sergah aku kat kaunter! dye yang membantutkan aku daripada membeli air kat kaunter. Dye yang berlagak sangat! ahhh! aku bencikan dye~

"so...?" aku menyoal...

"dye cakap.. alangalang da kongsi air tu,, ape kate cik kongsi popcorn skali,,," kata lelaki itu sambil menghulurkan kotak berwarna kuning. GILO APO? tadi buat muke annoyed! dah tu,, kasik popcorn plak,, aku pandang Aina.. pandangan mata ambik-je-la tu aku paham,, terus aku amik n llaki tu teros blah,,

"pehal ko suh aku amek lak..?" marah aku,

"amek n buang! aku tak suro pon ko makan,, kut kut dye jampi ke,, hape ke,, wat masalah je..."
aku tersengih sendiri,, haha! betol gak cadangan Aina tuh,, Sengal pulak otak aku lepas tengok Kung Fu panda nih,,

Aku terus bergerak ke depan.. pastu,, aku nampak tong sampah n tros je masokkan popcorn tu..
MirAcLes dO HaPpEn!

Budak kampung! part 1

Biar. Biarkan mereka bergelak hebat! Biarkan mereka tersenyum sinis. Biarkan mereka mengata aku. Biarkan jelingan itu menyapa tubuh. Biarkan mulut yang becok berbicara! Biar! Biarkan!

Sekali lagi aku dihina. Aku sedih. Aku kecewa. Kenapa budak kampung macam aku selalu diperlakukan demikian...? Kenapa...?

Hinakah aku yang berasal dari kampung? Tinggi sangatkah darjat mereka yang tinggal di bandar!?
HELL-O!! Sedar sikit,, kalau tak ada kampung.. maka tak ada pekan,, jika tiada pekan,, maka tiada bandar! Jadi,,, jika mereka menghina orang kampung,, bererti mereka menghina diri sendiri kankankan...? Nak kate *****,, tak mungkin,, masingmasing dapat straight A,,, humm entahlah,,

mungkin kerana dengki dengan keayuan aku kot! haha! maklum la,,, aku je yang rajin pakai baju kurung nih,, bukannyer apa,, aku rimas la pakai t-shirt,, nak kena cari kaler yang sesuai dengan seluar,, jeans aku pulak,, memang ade 2-3 gudang kat umah! sebab tu aku pakai baju kurung.. n ape yang aku suka pasal baju kurung nih,, ialah,,,, TAK PERLU DIGOSOK sangat,, sebab kain jenis lembut,, kedutkedut pon tak nampak la,, Jimat masa, tenaga dan elektrik! Bijakkan aku...?

"hey! kolot betul minah nih,," melalui cermin di toilet itu,, aku ternampak beberapa pasang mata menjeling ke arahku. aku pun buat je tak perasan.. aku tiuptiup tudung aku n betulbetulkan tudung agar nampak lebih kiut aripada merekamereka yang perasan cantik dengan mekap setebal Tembok Besar China itu.

'salahkah aku berbaju kurung..?'

entahlah,, aku mengambil fail lalu menapak keluar daripada rumah iblis itu. Tak sanggup rasanya tinggal lebih lama di situ.

"BUDAK KAMPUNG!! Sini kau! sedar la diri tu sikit!" jerit satu suara semasa aku melintasi makmal bahasa.. amboi! ni da tahap kurang ajar.. kurang siuman. kurang akal nih! hangin aku satu badan.. nak aje aku serang makmal nih! siap kau!

1 langkah.. 2 langkah.. 3 langkah

dan.............

"Hoi! ko ingat ko sape hah! nak terpekik terlolong macam tu..? ye.. memang aku sedar aku budak kampung! memang! ape masalah ko dengan budak kampung..? hah!? aku rimas la,, aku penat dengan jelingan dan katakata orang sekeliling.. harihari dok kutukkutuk budak kampung.. cakap kami kolot,, kami skema,, kami tak up-to-date..? sape kate kami takup-to-date...? sedangkan kat kampung pun da ade wireless internet. Nenek aku kat kampung pun da ade Facebook tau! n one more thing,, ingat sikit,, kalau tak ada orang kampung,, tak de la orang bandar! Fikirlah!"

Aku merenung lelaki di depanku itu, wajahnya serius memandangku. atau lebih tepat lagi,, matanya merenung tajam ke arahku. Keningnya hampir bercantum... eh eh,, apesal plak mamat nih...? terkejut ke kena serang tibetibe..?

"Ade sebarang masalah ke dengan latihan teater kami...?" tegur satu suara dari arah depan... aku mengetap bibir!
MirAcLes dO HaPpEn!