MirAcLe WoRdS

20 December 2011

6 hari 5 malam.

minggu lepas aku menghilang kan diri. tak online selama 6hari 5malam.
bukan apa. aku ade outing bersama 3 Serangkai!

3hari 2malam,
hari ahad, bertolak pergi RANTAU. hari first tak de aktiviti sangat. ari second, pergi Muzium tentera darat.


best dekat situ, banyak benda boleh jumpa. helikopter. kapal terbeng. jet pejuang. kereta kebal. terowong buatan. senapang. harimau malaya pun ade. aku tak tau apa motif dia letak harimau malaya yang dah di awet kat situ. mungkin sebab semangat askar kita berjuang macam harimau menerkam kutt. ada banyak benda lagi kat sini. kereta api pun adaa! rugi kalau tak pergi.

lepas azan asar, kamikami pun bergerak ke masjid teluk kemang. solat sebelum blah ke PD.


cantik PD petang tu, cuma kotor dengan sampah sarap. ni lah yang terjadi kalau belajar SIVIK main-main. tak amek serius!

kat sini, aku cuma main2 air dan take pic aje. malas nak mandi. leceh nak tukatuka baju nanti.
masa 3 Serangkai jalanjalan, jumpa lah 1 couple ni. sweet gila! pakai baju purple. jalan sama2!
kitorang usha sampai lepas maghrib.

dinner pulak, kat kedai ikan bakar *what so ever la nama dia. aku tak ingat!


makan ikan 3 rasa, ikan stim, sup sayur. kangkung goreng, telur dadar, tempura. aku minum jus epal. yummm! sedap gila lah makanan ni sebab perut lapa gila!
lepas makan, balik lah! tertido aku dalam van! kenyang + angin = mengantuk!


---------------->more story about PD..? klik sane>>> P D ( ! ) <<<

ari selasa, prepare barang nak balik. pukul 4, ENCIK ABDUL WAHID hantar kami bertiga ke Melekek pulakk!

2hari 1 malam,
duduk rumah dayah. sampai rumah dia dah petang. makan mee goreng. then, rehat jap. lepas maghrib, jalanjalan pergi rumah nenek dia. jumpa adib ngan arfan! comel gila budak kecik tu! rasa macam nak korek bijik mata dia buat main guli. haha!

ari rabu, keluar pergi Jusco baru. first time naek bas sambungsambung. biase naek express aje.
thanks eh KEMAH, PIKA ROS, ZIQA HUSNA sebab sudi meramaikan Jusco tuh!

mulemule tengok wayang,


baru lepas beli popcorn dengan air. tunggu masa nak masuk panggung. disebabkan nak kejar bas. terpaksa pilih cerita MISTERI JALAN LAMA. tuihh la cerita tu. merepek gila! nasib baik tiket rm6 aje. kalau tidakk. memang aku baling air kat abang tiket tu. haha! tak pepasal je abang tiket tu kena pulak! bukan salah dia pungg.

lepas tu, solat kejap.baru gerak pergi food court. aku beli char kuay teow aje.

jimat!

jimat!


tuihh la jimat! 5 hengget kut! saba je la. perut lapa punyer pasal. dah tu, makan tak habis pulak tu.

apple juice ni, kurang memikat selera aku. tapi, dah beli kann? minum je lahh!
lepastu, jalanjalan kat popular pulakk! aku nak cari buku interlok, malangnyer, tiada di jual disitu. then,a ku rasa tak sedap hati. aku nak keluar dari situ. aku cari semua orang. tiba tiba

PIKA ROS panggil


'kawan lama kita ada kat situ'

aku pun usha lah siapa kawan lama tu. humm,, memang kawan lama punn! sampai aku lupa yang aku pernah kawan dengan dia! terus darah naik sampai kepala. dayah pun ajak aku lari. aku nampak budakbudak lain dah hepi jumpa dia. mereka tu tak tau masalah aku dengan budak tu. so, mereka fikir aku larilari sebab nak prank budak tu. HAHA ! lawak betul!
aku nampak azalina nak panggil aku ngan dayah jumpa budak tu. cepatcepat aku lari dari azalina. masa nak keluar tu. aku terus masuk toilet. sengal jugak aku ni. kalau aku msuk toilet, same je. besar kemungkinan aku boleh jumpa dia sebab sejantina ngokk! haha!

'dayah, jom keluar dari Jusco ni'

terus dayah call adik dia. n terus aje keluar dari situ. singgah tesco. beli BIG APPLE dengan SECRET RECIPE. lepak sane hilangkan penat. kol 5 baru gerak pergi MC. kemah bagi aku keychain dengan penanda buku.

kol 5.30, naik bas tai lye yang macam nak roboh. pergh! dia punya bunyik ea? memang ta bule belahh! tambang rm2.60, sampai rumah dekat 6.30petang. mak aihh! patah pinggang! kluar rumah kol 8.45 pagi. memang terbaek lah!

malam tido awal. penat gila lah weyy! tak dapat tahan lagik!

keesokan hari, waktu tengahhari buat kek coklat dengan kek prune,

saje je buat sebab dah lama tak buat. then, makan dengan aiskrim. pergh! memang enak lazat lemak berkrim disukai ramai lah weyy! rugi betul tak rasa. ni kek kukus. rumah aku ta de oven. tak cukup duit nak beli lah katakann.

malam pulak, 3 Serangkai borak sampai tengah malam. then tengok tv dengan nenek aku. tah pukul berapa tido pun tak tau. haha!


last day, aku tolong buat sarapan. then, kami bertiga on9. lepastu, kemas2 barang. sidai baju. borakborak. petang baru mereka pulang. sedih tapi, nak buat macam mana kan? setiap pertemuan pasti ada perpisahan! semoga pertemuan kita tak bertemu titik noktah selain maut, itu je yang memisahkan kita, tak mau tacinktacink. jangan sesekali lemparkan perkataan 'UNTUNG LHAA' bila tak puas hati. come on lah! terus terang aje. okayy!?

#rugi kau orang balik awal, dokter tu hemsemm!
__________________________________________________________________

MirAcLes dO HaPpEn!

1 MirAcLes WilL HaPpeN !:

azalina said...

aikk? sejak bile ade link PD ni?
haha,,

Post a Comment