MirAcLe WoRdS

17 December 2013

Indahnya Takdir ALLAH .

sedang aku leka menelek buku nota itu , aku tak hiraukan keadaan sekeliling .
aku macam dah masuk dalam dunia aku sendiri bila baca isi buku tu .
helaian demi helaian aku selak .

" indahnya takdir ALLAH "

yep . sebaris ayat ni aku baca berulang kali . sambil berfikir tentang hidup aku .
takdir ALLAH kan . takde siapa yang tahu .
bila aku fikir fikir fikir banyak banyak kali . hmmm . ayat tu memang deep gila maksud dia .

*blerghh , stop la ayat novel ni .*

kalau difikirkan . sejak dulu lagi perancangan ALLAH tu dah cukup cantik .
mula mula , DIA tak bagi Arab aku A . sebab dia tahu , kalau aku belajar Bahasa Arab Tinggi nanti , bukannya ikhlas mana pun . then , bila aku pindah sekolah , dia train aku jadi orang yang mampu duduk jauh sikit dengan family . dan dengan ujian demi ujian yang ada kat sekolah tu , DIA jadikan aku lebih tabah .

SPM aku teruk . yep . masetu aku rasa down gilaaaaaaaa . tapi , siapa yang tahu . takdir itu dah tertulis untuk aku .
aku dapat politeknik ni .. nak kata sedih tu , ada la sikit . mana tak nya , orang lain masuk U , pegi overseas . aku dapat poli je . well ,  obviously , politeknik mana sama dengan U kan . U tinggi sikit tarafnya .

tapi tak pe , DIA dah rancang yang baik untuk aku .

masuk masuk sini je . aku pegang jawatan wakil kelas . well , kat sini DIA nak train aku jadi orang yang tahu memimpin sikit . dulu aku ikut kepala aku je . asek nak membantah ketua ngan penolong kelas . kalau tak membantah pun ,aku buat tak tauu je . bila pegang jawatan ni . bhahahahahahahahahaha . padan muka aku =p

politeknik ,
banyak benda terjadi . kadang kadang mood aku jatuh sangat .
kena marah
kerja banyak
meeting
jumpa lecturer ni . cari lecturer tu .
kadang kadang aku bahagia .
ada kawan yang gila gila .
dapat belaja masak dengan diorang .
kadang kadang dioranglayan aku cam aku ni adik diorang . heee . suka nyaaaaaaaaaa !
result sem 1 aku pun kira okay lah jugak untuk beginner .

banyak lagik yang indah indah yang ALLAH kirimkan untuk aku .

supportive family .
kawan kawan tempat aku luahkan apa yang aku tak dapat decide .
Dia .
Lecturer yang baik . *walaupun aku agak serabut dengan subjek dia*

banyak lagik la .

so , aku akan cuba yang terbaik lagi . aku tahu takdir ALLAH itu sangat sangat indah untuk mereka yang menghayati . fikir fikir kan dan renung renung kan lah . Wallahu`alam =)





MirAcLes dO HaPpEn!

13 December 2013

busy .

Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi . Salam Perak Aman Jaya .
Salam Satu Malaysia .
eceeeehh . melebih pulak !

al maklum la . eksaited sikit bila dah lama tak update belog kan ?

well , sorry .
aku agak busy sekarang ni . banyak benda yang kena bereskan dalam masa terdekat .
waktu rehat pun agak terhad sebenarnya .

mana tak nya .
jadual kelas semester dua ni agak menggila lah weh .

hari isnin , 
kelas pack . pukul 8 - 5 petang .
hadap komputer je sampai 5 jam . boleh rosak mata aku oi !

selasa , 
pukul 8 - 2 petang . tapi , hari selase ni selalunya banyak program start pukul 2 - 5 .

rabu , 
pukul 9 - 6 petang . ini la hari yang paling paling paling pack ! penat woo . kelas pulak , takde yang tingkat satu . main tingkat empat ajeee !

khamis ,
pukul 8 - 2 petang . balik petang terus tergolek . penat rasa nyaa .

Jumaat ,
ini paling singkat . pukul 8-11 pagi . 

well , subjek pun makin susah . cuak gak aku untuk sem ni . aku harap pointer bagus untuk sem ni .
nak nak lagi untuk yang masuk final exam . electrical circuit tu sangat mencabar oi . tergugat iman aku bila belajar . menipis aje kesabaran aku T^T

hari tu , pre test oscilloscope , otak aku blank kot . adoi adoi . 
mood aku down gila masa tu . mungkin lecturer akan marah akuu .
tak pe laa . lepas ni buat yang lebih baik . 
aku just kena yakin banyak banyak je dengan diri akuu lepas ni .

quiz untuk Occupational Safety And Healt Act (OSHA)
pun , aku jawab tah apa apa . ngok ngek la aku ni .

lately , aku sedar yang semangat belajar aku dah berkurang . 
takde semangat nak pegi kelas .
homework pun buat lambat lambat .
pastu , masuk kelas pun boleh mengantuk . padahal , sem lepas takde pun camnii !

kenapa ? kenapa ? kenapa ?

maybe sebab aku tak dapat adapt lagik kot dengan jadual baru ni .
hidup aku bercelaru sikit . insya ALLAH , weekend ni aku cuba fikir kan apa yang patut aku buat untuk jadikan aku ni kembali terurus macam duluu .

semester ni , kitorang tak sempat lunch . rehat sejam je . itu la time untuk rebut tempat kat surau yang "luas" tu . 
so , balik petang tu baru makan . kira lunch campur dinner la . makan lewat petang . kalau rajin , kitorang masak . kalau tak , beli lauk then masak nasik . kalau dah malas tahap gaban tuu , tapau je laa .beli nasik dengan lauk sekali . 

hmm . ni je la kot yang aku nak share setakat ni .
nanti kalau ada apa apa . aku share lagi .

till we meet again =)

current mood : 
*seserabut kepala aku*

MirAcLes dO HaPpEn!

01 December 2013

permulaan semester dua

dua dua dua dua dua .
woahh . dah sem 2 ke ?
haha . cepat jugak masa berlalu .

budak budak elektrik daftar paling awal . 25 hb dah kena daftar . padahal class start 2 Disember ..
aku la manusia yang paling lambat check in kat rumah sewa tu .
bebudak ni ada yang dah balik dari hari sabtu .
aku pulak ,balik hari ahad . amek tiket pukul 1.45 petang .
mula mula tu aku nak amek tiket pagi . sebab aku takut , kalau amek tiket petang , nanti sampai ipoh dalam 9-10 malam . kalau sebelum ni , ada la jugak Mira teman . ni , aku gerak sorang sorang . oh maii .
kecut perut gak la bila fikir pasal ni .

masa nak bas tu , ada orang amek sit akuu !

aku selalunya tak kesah sangat pasal sit ni .
tapi , kali ni aku kesah sebab dia amek singla sit akuuuuuuuu !
aku nak duduk sorang sorang lah oii !
kau ni sibuklah brader !

last last , kena duduk sebelah entah sape sape tah .
nasib baik dia turun kat Seremban . aku pun lega la sikit . tetibe , ada aunty duduk sebelah aku .
wat lek je la . aunty tu turun kat Klang . so , aku duduk sorang sorang kat coupe sit .
ecehh , gayamacam duduk dalam wayang pulak kan ? =p
stop kat Klang pukul 5 . time tu aku tak lapar .
dah pukul 6 tu , grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrruuuuuuu ~
perut bunyik oii ! bikin malu je . rase nye xde orang yang dengar .
aku lapa gilaaaaaaaaaaaaaaaa kot time tu . tak dapat dibendung lagik .
air ke ape ke aku xde bawak . sebab tak sempat . aku siap lambat . T^T

nasib baik la pakcik tu stop 30 minit kat Simpang Pulai .
aku jalan laju laju pegi carik susu dengan roti .
perut aku pedih semacam . masa minum susu pun rasa tak selesa . rasa nak muntah .
nasib baik tak muntah .

aku sampai rumah sewa dalam pukul 9 lebih . budak budak ni nga lepak lepak depan tv.
aku pun kemas la barang aku sikit sikit . pastu , aku join diorang tengok tv.
mood aku masetu just nak jadi kura kura je . duduk tanpa buat apa apa . aku penat kot sebab naik bas lama lama .haihh .

dan , hidup diteruskan seperti biasaaaaa .

______________________________________________________________________
isnin , kena daftar kursus .
jumpa Pensyarah Akademik (PA)
serahkan slip final exam dengan slip pendaftaran online .
bayar yuran jabatan .
dapat buku koko .
and sepatutnya ada lantikan wakil kelas yang baru .
tapi , PA taknak buat . cissssssssssss ..
diorangpun taknak tuka wakil kelas .
takpe la . orang da bagi kepercayaan tu . buat aje la sebaik mungkin .

hari selasa , aku ada perjumpaan wakil kelas dekat dewa kuliah .
aku jadi AJK untuk program ' Transformasi Minda '
tanggungjawab lagi tu . haaaaaa , redha je la .
ini pun kira latihan untuk perbaiki diri kan ?
alhamdulillah .
and insya ALLAH aku akan buat sebaik mungkin .

Khamis , aku kena pergi jumpa Encik Mizan . nak bincang pasal program tu .
eleh . sembang kencang la aku ni .
bukan aku sorang je , semua AJK kena jumpa dia la =p
dia suruh datang pukul 2 .
pastu , dia pesan kat presiden , " tunggu 30 minit "
last last , dia lewat sejam .
haihh . sabar aje lah dengan Encik ni .

dah la aku belum lunch lagik . budak budak kat rumah semua dah ugut nak habis kan nasik .
sampainya hati koraaaaaaaaaaaaannggg ! kita bagitahu mak kita !
haha . xde la . xde berani nya diorang nak buli aku . aku balik rumah pukul 4 .
tima tu la baru aku nak lunch . nasib baik dorang tak habiskan nasik .
aku siap boleh menambah nambah lagik . haha .
lapa gila oii !

hari Jumaat , kitorang ada program " Transformasi diri " under kaunseling .
aku dah buat kat skola dulu .
Inventori Personaliti Warna (IPW)
aku dapat warna JINGGA .
which means ,

  • benci peraturan
  • inginkan kebebasan
  • jenis tak kesah
dan yang sama waktu dengannya .

sempat lagi nak amek gamba sebelum serahkan borang jawapan .


bebudak tu nga beratur panjang . kitorang dok lepak bermalas malasan . wuhahaha .



semalam , kitorang kemas rumahh .

atas bawah , luar dalam .
semua kasik kemas sampai shining shining
kasik kashing kashing
bling bling bagai .


mula mula kemas kat bahagian depan rumah . lantai dia karat sangat weh .
dengan bau haruman dari kucing pulak tuu . stress gila bersihkan ruang tuu ..
bau taknak hilang . kotoran degil pun sama  arghhhh !
last last , buat je apa yang termampu . pastu nikmati pemandangan indah .


kewll kan ? 
dapat main hujan semalam ! 
haha .

lepas kemas kat luar , kitorang kemas bahagian dalam pulak .



memasing busy dengan bahagian memasing .

dah lepas kemas rumah tu , lapa .
harini tak masak . makan kat luar je . sebab memang lapa gila . xde masa nak tunggu lagik .
kitorang mandi , then , terus g cark makan .
plus , aku nak carik sabun . dah habis oii . cemana nak basuh bajuu .

lastly ,


liza punya kerja . kejam !





MirAcLes dO HaPpEn!

hujung semester satu .

weeee wuuu . lama dah nak update pasal benda ni . tapi , takde mood and takde masa lah wak .
tu yang kita postponed dulu . maafin gue dong .

hemm . so , nak dijadikan cerita , seminggu sebelum last payperr aku tu . sempat lagik aku kelua pegi jalan jalan dengan Nafal + Iman . Diorang nak beli kasut sukan baru . disebabkan aku memang nak sangat makan kfc time tu . aku saje saje lah ringankan kaki mengikut budak berdua tuu . hikhik .


mase tu dah lunch treats time . gila aaah . aku memang lapar tahap gaban .
aku order 2 set kot !
famous bowl 
snack plate 
weeuuuuuuuuuu .
gila seronok makan makan makan .


ini Nafal . saje nak sibuk sibuk suruh amek gambar roti dia nii .
haha .

okay , malam tu , kitorang dah start nak belaja math .
diorang serang bilik akuu . nak belaja sesama .
aku ni kan .. hemmm . tak de la reti sangat nak belaja sesama .
aku jenis belaja sorang sorang . bila tak tahu baru la sibuk sibuk carik orang .
ish . apa punya orang lah kann ? teruk teruk =p

malam tu , aku tak belaja sangat sebab soalan yang diorang buat tu aku dah buat . so , untuk tidak membuang masa , aku ajar diorang . haaaa , macam teror je . macam teror je . 
haha . teror tu takde la . tapi , sikit sikit tu kira boleh laa .
kalau kita ajar orang , kan kita akan lagi ingat benda tu .
at least , dapat jugak diorang tolong apa apa yang aku tak mampu nak jawab .

yang best nya malam tu , Nafal cakap dengan kumbang .
aku pun tak tau la kenapa dengan dia . kesepian agak nya sebab roomate dia balik rumah .


itu lah kumbang nya . dia siap buatkan shelter lagik untuk kumbang tu . hahaha .
kesian la pulak tengok Nafal ni =p

_______________________________________________________________________

and , seperti biasalah . pagi pagi , kami akan jogging kat Padang Polo .
it was really fun .
mane tak nya , pagi pagi weekend , dapat jumpa budak budak kecik nga main main kat playground .
cecomel je semua .
Nafal ni pulak , terlebih mesra . sekali dengan atok nenek bebudak tu dia nak tegur .
haaa , amek kau . kan dia dah siap ajak datang rumah .
haha
Taman Perpaduan kot rumah Wan tu .
entah la .
tak ingat la pulak .
hihi .

ni gambar cucu wan tu 


comel kan ?

_____________________________________________________________________________

bila dah nak last payper tu , aku dah mula pack barang banrang masuk beg .


all the baju kurung . 

then , bila last paper habis , aku terasa malas sangat nek kemas barang sebab aku balik lewat sikit .
aku kena teman Nafal .
dia ada hal dekat Poli . 
tak pe la ka , berkorban sikit untuk kawan .

Budak elektrik antara budak yang lambat habis paper .
time tu , kamsis dah tak ramai penghuni dah .
masa orang lain balik rumah , kitorang duduk kat tepi pintu . tengok diorang angkat beg masuk kereta .
salam peluk cium mak ayah .
pastu , kitorang buat bunyik " huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
haha . memasing nak balik . tapi ada tugas yang perlu diselesaikan .
nak tak nak , kena la balik minggu depan .

kitorang buat benda alah ni same same . demi menghiburkan hati yang duka lara . eceeehh , ayat novel .


kami sepahkan bilik .


dan , akhirnya . 
kami lapar .

maka , pergilah kami berjalan jalan mencari makanan .


burger aje lah jawabnya .

___________________________________________________________________________

hmm , habis paper hari rabu .
hari jumaat kosongkan kamsis .
so , kitorang terpaksa tumpang rumah atuk sedara Nafal .
barang barang aku pulak . pepagi jumaat tu baru aku habiskan packing . 


banyak kan barang aku ? haha .


rasa sedih bila tengok bilik jadi kosong cenggini T^T

okey , bawah ni gambar gambar terakhir kat kamsis .


muka bahagia 


muka penat .










 ni gamba last kat kamsis .
lepastu , atuk sedara Nafal dah amek kitorang bawak g rumah dia .
_____________________________________________________________________________

penat dah baca post panjang panjang ?
sorry ya . sikit je lagi ni .
lepas tu , dah boleh buat kerja awak tuu .

hmm .  masa kat rumah atuk tu . dia ada la ajak g giant . 
kitorang follow je . xde benda pun yang nak dicarik . saje mengekor .



tomato and kubis . kwang hasam punya Nafal .
dia suruh amek gamba sebab tomato dengan kubis dok sebelah sebelah .
saje lah tu nak perli akuu .
dia kan panggil aku tomato .
Mira pulak dia panggil kubis . 
tergelak gelak dia kat tepi sayur ni --'


dia pulak , kemain bangga lagik dapat nickname kacang panjang . haha .

oh ya , adala sekali tu , pakcik Nafal ajak kitorang pergi pasar malam . rupanya , atuk sedara Nafal meniaga kat situ . ni gerainyaa .


okey , okey . itu sahaja . 
maaf ya . post pepanjang cenggini . 

okey . okey . taknak taip pape lagik dah untuk post ni .

current mood : 

 * selamat tinggal semester 1 *




MirAcLes dO HaPpEn!

28 November 2013

Tunggu Sebentar .

hey , it has been a long time .
huaa . lama dah tak update blog .
nanti la . sehari dua ni aku cuba update pasal sem 2 yang bakal menjelma ni .

stay tuned ya !
MirAcLes dO HaPpEn!

12 November 2013

am I ?

ini bukan terasa ke apa .
aku okay je .
aku cuma nak reason .
paham ?

aku tak tahu kenapa orang nampak aku ni lemah sangat .
classmate aku yang baru kenal aku 3-4 bulan ni pun cakap aku camtu .
yah , diorang tak cakap directly , tapi , aku faham la apa yang diorang cuba sampaikan kat aku tu .
aku tau , kadang kadang aku childish . kadang kadang aku nangis . kadang kadang aku heret orang ajak dia teman aku pergi sana sini .

tapi , kenapa , bila aku cuba nak gerak sendiri ... diorang cakap " wah , berani nya "
apa masalah nya ni ?
nak suruh aku jadi lembik ke jadi kuat ?

boleh tak bagi aku peluang nak paham semua ni ?

" kitorang tak nampak pun kau kuat "

" kau boleh ke ? "

" aku takut kau tak tahan je ... "

camtu la . 

aku ada tanya kat desk mate aku masa kat Bandura dulu .
dia cakap 

" mungkin diorang taknak kau sakit . diorang kesian kat kau "

lebih kurang la ayat dia .
em . sakit tu , bukan sakit ada penyakit ke apa tau . ni sakit means sakit hati or yang sama waktu dengannya lah . aku ni , alhamdulillah . setakat ni sihat seadanya . alhamdulillah , darah dah cukup . alhamdulillah , dah boleh lasak lasak balik . *feeling great*

okey , mungkin betul jugak cakap dia .

aku bukannya apa . aku nak reason je kenapa diorang cakap camtu kat aku .

aku tak mintak banyak pun . 
aku mintk diorang bagi moral support kat aku . bukannya benda lain .

bila aku ceritamasalah , bukannya apa . 
i just need someone to talk to . 
kalau tak tahu nak bagi pandangan pun takpe . 
yela , masalah aku . aku yang hadap . aku yang rasa .
orang yang tak rasa benda ni , mungkin tak tau cemana nak selesaikan . 

hmm . 

okey , dah terluah semuanya .
no hard feeling okayy . 
seriously , aku tak marah . aku nak tau reason je . 
tapi , aku tak berani nak cakap face-to-face . wek wek . pengecut .

eh !? 

mungkin sebab ni la kot diorang cakap aku cmtu . mungkin .

current mood : 

*nak jadi kuat*
MirAcLes dO HaPpEn!

11 November 2013

random .


cuti sem . tak tau nak buat apa T^T

makan tido makan tido je yang best =p

" in your dreams . in your dreams "

kau ingat kau mem besar ke dalam rumah ? 
baju baju tu sape nak sidai ?
sape nak sapu rumah ?
siapa nak angkat baju tu ?
pinggan mangkuk ?

banyaklah kau punya makan tido makan tido .

haha

eh . adik aku cakap aku da addicted kat plant vs zombie .
aku takde la addicted mana . 
tapi .... selagi tak dapat star tu , jangan harap aku kasik chance kat orang lain nak main =p
*senyum nampak gigi*
oh , lupa , ada gak zombi tu masuk mimpi . haahahahah

lepastu , bil broadband aku tak bayar bayar lagik . kuota dia banyak lagik .
kuota dah habis nanti baru aku bayar .
*tak penting*

lagik , lagu One Direction yang baru ni .... macam tak best je , macam tak best je . 

next , mimpi dapat iphone .

" dreams come true ? "

aamiin , 

haha . aku sebenarnya bukan a materialistik sangat . tapi , kalau rezeki tu .... ihihihihi . 
kecil tapak tangan nyiru aku tadah kan =p

lagi , duduk rumah ni . habis semua pantang larang aku .
kalau kat poli , mana ada aku minum ais sangat .
makan pun control2 gak . jogging . 
siap ikut sunah , makan buah sebelum makan benda berat .
balik rumah ... haaa , amek kau , semua main redah je .
jogging tu , lagik lah ke laut . 
adik aku ajak main badminton . kalau rajin aku join , kalau malas . selamat tinggal . hehe

haa . kalau nak dicerita , banyak lagi aktiviti tak berfaedah aku ni kat rumah . tapi , malas la pulak aku nak menaip panjang panjang . kang bosan pulak nak membaca . 
cerita ni pun tah apa apa . aku xde cerita best sebenarnya . saja nak update blog ni .

sekian , wassalam =D




MirAcLes dO HaPpEn!

04 November 2013

marah .

yup . aku marah . marah sangat harini .
aku tak tau nak buat apa .
why cant you understand me ?
why cant you make me comfort ?
why why why ?

susah nya menjadi JAY .
hanya JAY aje yang faham .

*okey , dah masuk bab merepek dah*

hmm . aku nak marah . tapi tak boleh lebih lebih .
tak boleh nak luah pun .
so , bila pendam , end up with tears lah jawab nya sayang oi .
lama dah tak stress cmni .

dulu , kira selalu gak lah =p
*budak cengeng*

hmm , dah la . xbole cerita lebih lebih . buat dosa aje nanti .
akuuu . hmm . entah lah . tak terluah kat sini .

kbai .

marah + menangis + mengantuk = perfect combination .

MirAcLes dO HaPpEn!

23 October 2013

22 OKTOBER 2013

okey , sambung cerita lepas subuh post sebelum ni .

pukul 7.15 , dah start gerak g Padang Polo . nak jogging . hihi .
sejak akhir akhir ni , rajin pulak aku jogging kan . puji diri sendiri . wek wek .

hmm .masa nga jalan tu , `Ain bising2 . " jom tumpang trak askar tu "
ahaha . nak tumpang cemana , trak dah jalan dulu .

" ishh , xde orang nak tumpang kan kita ke ? "

entah la ain ... tak dapek den nak jawab .

" nak g Padang Polo ke ? "
tetibe je muncul makcik ni . dia naik kereta waja .

" haah "

" haa , jom la naik "

aku pandang Ain . Ain pandang aku .

" naik je la . makcik pun nak pergi sana . "

alhamdulillah Ain . masin mulut kau . haha

tapi kan . kereta pakcik ni bersih sangat . aku nak pijak pun takut...


serius , rasa serba salah gila bila nak turun kereta tu .
ada pasir pasir sikit tertinggal . 
huaaaaa , pakcik makcik , mintak maaaaaaaaaaaaaaaaf tau tau tau . 
tak ada niat nak tinggalkan pasir tuu .

lepas tu , salam la makcik tu kan . sopan la sikit  kan .

lepas tu , jalan 1 round . 
joging nonstop 4 round *pencapaian baru*
sambung jalan lagi 1 round .

pegi main boyan .

" dik , nak ikut balik tak ? "
ehh , pakcik tadi ajak balik . hihi .
disebabkan segan . kitorang tolak pelawaan pakcik tu . 
haha .
kitorang sambung jalan .

main boyan kat spot lagik satu . masa tu ramai granma ngan granpa chinese kat situ .

sempat gak aku belaja menari kat situ .

" one two , cha cha cha . three four , cha cha cha "

haha . ni je la aku tau . kalau nak suruh aku buat demo , baik kau pegang kayu , pastu kau gerak kiri kanan . haaa . serupa dengan aku menari . haha .

pastu ,

lepak ngan kawan Ain jap .

then , balik sama sama . 
makan sambil tengok Running Man .
mandi 
basuh baju .
solat Zuhur .
Tidur .
haha . aktiviti wajib ke apa ekk ?

lepas tu , bangun .

" kau nak KFC tak ? "

perghh . roomate offer ot . aku dah la mengidam KFC . haha .laju jela aku angguk walaupun aku mamai masa tu . heeeeee .

bangun . solat . kemas meja . 

makaaaaaaaaaaaan !

senyap je memasing makan . hiks .

lepas makan tu , sambung lah buat engineering science aku yang terbantut semalam gara gara aku mengantuk . hahah . 

sambil sambil tu ,

ini lah belajar namanya . 

haha . sebenar nya , aku setegheeeees sebab tak dapat jawapan . dah 23094768465748 kali aku ulang benda tu . mesti dapat jawapan lain lain . dah la lain , satu pun tak sama dengan skema jawapan . cisss .
lapar balik dibuatnya . haa , apo laie . makan laaa .

hihihi



p/s: 

pelajar cemerlang . aamiin .



MirAcLes dO HaPpEn!

21 OKTOBER 2013

bangun pagi .
ulang kaji sikit sikit .
tido .
bangun .
belaja .
tido .
bangun .
solat .
siap siap .
pergi dewan .

huiii .
silap silap . buka dewan , tapi peti sejukkk .
gila kot .
beku jari jemari I yang runcing ni .
jari kaki I pun beku juaaa. 
2 jam dalam dewan , mau beku otak aku . sebab tu la sampai confuse nak guna formula .
aku harap aku tak tersilap .

oh ya !

first payperrr aku Electrical Technology .
masa 2.30 - 4.30 petang .
kod subjek , ET 101 .
nama lecturer , En Zulkurnain bin Abdul Hamid .
seksyen DTK 1B

ehh ? melebih pulak kan ?
haha . 

last last , time keluar dewan tu . otak aku kosong dah . aku tak ingat pun apa yang aku jawab . hoho .

balik .

solat .

tukar baju .

pegi main boyan kat Padang Polo . haha . 
kita seteghees wak . suka hati kita lah nak buat apa . kih kih .

malam tu , kita tido awal . lepas isyak dah tido dah.
text apa semua tu , kita tak perasan .
pukul 1 pagi baru tersedar . balas text kejap . 
dengan mamai nye . haha
pastu sambung tido . 
bangun lambat pulak tu . berlari g toilet and solat subuh . haishh .
anak sape lah ni kaaaaannn ??
heeee ~

" hibernasi ni ...... bukannya tido "

cissssss . perliiiii ! haha .


MirAcLes dO HaPpEn!

20 OKTOBER 2013

alkisah nye , dah dua hari yang lalu . maaf la kita lambat update sikit .
kita busy dengan exam .
hihi , busy la sangat . *tangan di bahu , mata ke atas *

awal pagi tu , sesudah subuh , `Ain ajak pergi jogging . so , dengan separauh semangat nya , aku follow lah beliau . tah kenapa , pepagi lagik dah rasa out-of-ennnnneeerrrgyyyy . haha .
lembik =p
lembik lembik tu pun , dapat la jugak 2-3 round . kihkihkih .

sempat jugak I join senamrobik .


but , i was a little bit boring . so , aku keluar dari dataran tu . sambung jogging .

tame round kedua kot , aku nampak ramai sangat pakcik2 pakai baju putih .
hmm , ada event kot .
aku terus je jogging .
lalu kat tempat ada khemah tu .

" HOPE WALK "
cenggitu ler ayat kat banner tu .


aku pun tak tahu ape objektif nye benda alah ni .
none of my business , so , aku jog je terus .

dalam satu round tu , aku jumpa pakcik ni . 
aku tengok shirt dia ,


" There is a life after stroke "

ohh , okay , patut lah mereka mereka ni , bertongkat , ber-wheel chair , dan berpimpin tangan .
ada St John yang jalan jalan kat sebelah diorang .
ohh , baru aku tahu . 

*ST John diorang bawak toolbox aww , bukannya bawak first aid . hihi*

so , lepastu , kitorang jalan la slow slow , balik ke Kamsis . breakfast oii ! lapa .
singgah cafe , macam biasa la , aku capai 100plus je . 
tak larat la nak makan berat berat lepas jog .
yang lain beli nasik goreng .
hmm , time nak bayar tu la lagu Spongebob keluar kat TV .

telinga memasing tegak je .

" makan kat bilik TV jom "

haha . macam budak budak . 

aku angguk je la . 

lama kot tak tengok kartun . hehehehe .

balik , masuk bilik , amek roti , buat milo , g bilik TV .

perfect . just a perfect breakfast . 

lepas tu , balik bilik . . mandi . basuh baju . kemas kemas sikit .

then , pukul 11 lebih camtu , Mira ajak pegi Terminal Aman Jaya jap . dia nak balik minggu ni , so , dia nak beli tiket . 
follow je la .

lepas tu , g jalan jalan kat Mydin .
tak de benda pun nak carik . saje je buang masa kat sana . 
tak sedar diri tu nak exam esok . haha . 
jumpa rak buku . haha . last last ,

nampak tak buku apa ituu . haha ..

" mera nam JAY hai "
pyar kese hota hai . dil tol pagal hai . kuch kuch hota hai . mohabbatien .
okey okey . tipu , aku belaja 'mera nam' tu je . hihi 

then , lapar .

lunch dekat food court .

nasik lemak and cendol pulut .
perfect . just a perfect lunch .

haha . lepas tu , pegi jalan jalan lagik kat dalam .
ada event pasal jahitan ke apa tah . 
tengok je la gambar ni 





ayam ni . atas permintaan Nafal , aku masukkan la . dia suka sangat gambar ni . hoho .

lepas tu , dalam pukul 3 lebih , kitorang balik Kamsis .
hmm , balik pun , bukannya belaja . aku g tido kot . Mira pun , Nafal tu .
ampak tak perangai memasing . padahal esok ada paypeeeeerrrr.

hoho .

petang tu , redah hujan pergi pasar malam .
see , memain lagik kami ni =p 

dinner , nasik lemak *again* dengan milo panas .
tak tau la kenapa aku nak makan nasik lemak lagik .

again ,

perfect . just a perfect dinner .

lepas makan , solat . then , baru sambung belaja lagik . pulun kemain laaa . haha .




MirAcLes dO HaPpEn!