MirAcLe WoRdS

17 December 2013

Indahnya Takdir ALLAH .

sedang aku leka menelek buku nota itu , aku tak hiraukan keadaan sekeliling .
aku macam dah masuk dalam dunia aku sendiri bila baca isi buku tu .
helaian demi helaian aku selak .

" indahnya takdir ALLAH "

yep . sebaris ayat ni aku baca berulang kali . sambil berfikir tentang hidup aku .
takdir ALLAH kan . takde siapa yang tahu .
bila aku fikir fikir fikir banyak banyak kali . hmmm . ayat tu memang deep gila maksud dia .

*blerghh , stop la ayat novel ni .*

kalau difikirkan . sejak dulu lagi perancangan ALLAH tu dah cukup cantik .
mula mula , DIA tak bagi Arab aku A . sebab dia tahu , kalau aku belajar Bahasa Arab Tinggi nanti , bukannya ikhlas mana pun . then , bila aku pindah sekolah , dia train aku jadi orang yang mampu duduk jauh sikit dengan family . dan dengan ujian demi ujian yang ada kat sekolah tu , DIA jadikan aku lebih tabah .

SPM aku teruk . yep . masetu aku rasa down gilaaaaaaaa . tapi , siapa yang tahu . takdir itu dah tertulis untuk aku .
aku dapat politeknik ni .. nak kata sedih tu , ada la sikit . mana tak nya , orang lain masuk U , pegi overseas . aku dapat poli je . well ,  obviously , politeknik mana sama dengan U kan . U tinggi sikit tarafnya .

tapi tak pe , DIA dah rancang yang baik untuk aku .

masuk masuk sini je . aku pegang jawatan wakil kelas . well , kat sini DIA nak train aku jadi orang yang tahu memimpin sikit . dulu aku ikut kepala aku je . asek nak membantah ketua ngan penolong kelas . kalau tak membantah pun ,aku buat tak tauu je . bila pegang jawatan ni . bhahahahahahahahahaha . padan muka aku =p

politeknik ,
banyak benda terjadi . kadang kadang mood aku jatuh sangat .
kena marah
kerja banyak
meeting
jumpa lecturer ni . cari lecturer tu .
kadang kadang aku bahagia .
ada kawan yang gila gila .
dapat belaja masak dengan diorang .
kadang kadang dioranglayan aku cam aku ni adik diorang . heee . suka nyaaaaaaaaaa !
result sem 1 aku pun kira okay lah jugak untuk beginner .

banyak lagik yang indah indah yang ALLAH kirimkan untuk aku .

supportive family .
kawan kawan tempat aku luahkan apa yang aku tak dapat decide .
Dia .
Lecturer yang baik . *walaupun aku agak serabut dengan subjek dia*

banyak lagik la .

so , aku akan cuba yang terbaik lagi . aku tahu takdir ALLAH itu sangat sangat indah untuk mereka yang menghayati . fikir fikir kan dan renung renung kan lah . Wallahu`alam =)





MirAcLes dO HaPpEn!

13 December 2013

busy .

Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi . Salam Perak Aman Jaya .
Salam Satu Malaysia .
eceeeehh . melebih pulak !

al maklum la . eksaited sikit bila dah lama tak update belog kan ?

well , sorry .
aku agak busy sekarang ni . banyak benda yang kena bereskan dalam masa terdekat .
waktu rehat pun agak terhad sebenarnya .

mana tak nya .
jadual kelas semester dua ni agak menggila lah weh .

hari isnin , 
kelas pack . pukul 8 - 5 petang .
hadap komputer je sampai 5 jam . boleh rosak mata aku oi !

selasa , 
pukul 8 - 2 petang . tapi , hari selase ni selalunya banyak program start pukul 2 - 5 .

rabu , 
pukul 9 - 6 petang . ini la hari yang paling paling paling pack ! penat woo . kelas pulak , takde yang tingkat satu . main tingkat empat ajeee !

khamis ,
pukul 8 - 2 petang . balik petang terus tergolek . penat rasa nyaa .

Jumaat ,
ini paling singkat . pukul 8-11 pagi . 

well , subjek pun makin susah . cuak gak aku untuk sem ni . aku harap pointer bagus untuk sem ni .
nak nak lagi untuk yang masuk final exam . electrical circuit tu sangat mencabar oi . tergugat iman aku bila belajar . menipis aje kesabaran aku T^T

hari tu , pre test oscilloscope , otak aku blank kot . adoi adoi . 
mood aku down gila masa tu . mungkin lecturer akan marah akuu .
tak pe laa . lepas ni buat yang lebih baik . 
aku just kena yakin banyak banyak je dengan diri akuu lepas ni .

quiz untuk Occupational Safety And Healt Act (OSHA)
pun , aku jawab tah apa apa . ngok ngek la aku ni .

lately , aku sedar yang semangat belajar aku dah berkurang . 
takde semangat nak pegi kelas .
homework pun buat lambat lambat .
pastu , masuk kelas pun boleh mengantuk . padahal , sem lepas takde pun camnii !

kenapa ? kenapa ? kenapa ?

maybe sebab aku tak dapat adapt lagik kot dengan jadual baru ni .
hidup aku bercelaru sikit . insya ALLAH , weekend ni aku cuba fikir kan apa yang patut aku buat untuk jadikan aku ni kembali terurus macam duluu .

semester ni , kitorang tak sempat lunch . rehat sejam je . itu la time untuk rebut tempat kat surau yang "luas" tu . 
so , balik petang tu baru makan . kira lunch campur dinner la . makan lewat petang . kalau rajin , kitorang masak . kalau tak , beli lauk then masak nasik . kalau dah malas tahap gaban tuu , tapau je laa .beli nasik dengan lauk sekali . 

hmm . ni je la kot yang aku nak share setakat ni .
nanti kalau ada apa apa . aku share lagi .

till we meet again =)

current mood : 
*seserabut kepala aku*

MirAcLes dO HaPpEn!

01 December 2013

permulaan semester dua

dua dua dua dua dua .
woahh . dah sem 2 ke ?
haha . cepat jugak masa berlalu .

budak budak elektrik daftar paling awal . 25 hb dah kena daftar . padahal class start 2 Disember ..
aku la manusia yang paling lambat check in kat rumah sewa tu .
bebudak ni ada yang dah balik dari hari sabtu .
aku pulak ,balik hari ahad . amek tiket pukul 1.45 petang .
mula mula tu aku nak amek tiket pagi . sebab aku takut , kalau amek tiket petang , nanti sampai ipoh dalam 9-10 malam . kalau sebelum ni , ada la jugak Mira teman . ni , aku gerak sorang sorang . oh maii .
kecut perut gak la bila fikir pasal ni .

masa nak bas tu , ada orang amek sit akuu !

aku selalunya tak kesah sangat pasal sit ni .
tapi , kali ni aku kesah sebab dia amek singla sit akuuuuuuuu !
aku nak duduk sorang sorang lah oii !
kau ni sibuklah brader !

last last , kena duduk sebelah entah sape sape tah .
nasib baik dia turun kat Seremban . aku pun lega la sikit . tetibe , ada aunty duduk sebelah aku .
wat lek je la . aunty tu turun kat Klang . so , aku duduk sorang sorang kat coupe sit .
ecehh , gayamacam duduk dalam wayang pulak kan ? =p
stop kat Klang pukul 5 . time tu aku tak lapar .
dah pukul 6 tu , grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrruuuuuuu ~
perut bunyik oii ! bikin malu je . rase nye xde orang yang dengar .
aku lapa gilaaaaaaaaaaaaaaaa kot time tu . tak dapat dibendung lagik .
air ke ape ke aku xde bawak . sebab tak sempat . aku siap lambat . T^T

nasib baik la pakcik tu stop 30 minit kat Simpang Pulai .
aku jalan laju laju pegi carik susu dengan roti .
perut aku pedih semacam . masa minum susu pun rasa tak selesa . rasa nak muntah .
nasib baik tak muntah .

aku sampai rumah sewa dalam pukul 9 lebih . budak budak ni nga lepak lepak depan tv.
aku pun kemas la barang aku sikit sikit . pastu , aku join diorang tengok tv.
mood aku masetu just nak jadi kura kura je . duduk tanpa buat apa apa . aku penat kot sebab naik bas lama lama .haihh .

dan , hidup diteruskan seperti biasaaaaa .

______________________________________________________________________
isnin , kena daftar kursus .
jumpa Pensyarah Akademik (PA)
serahkan slip final exam dengan slip pendaftaran online .
bayar yuran jabatan .
dapat buku koko .
and sepatutnya ada lantikan wakil kelas yang baru .
tapi , PA taknak buat . cissssssssssss ..
diorangpun taknak tuka wakil kelas .
takpe la . orang da bagi kepercayaan tu . buat aje la sebaik mungkin .

hari selasa , aku ada perjumpaan wakil kelas dekat dewa kuliah .
aku jadi AJK untuk program ' Transformasi Minda '
tanggungjawab lagi tu . haaaaaa , redha je la .
ini pun kira latihan untuk perbaiki diri kan ?
alhamdulillah .
and insya ALLAH aku akan buat sebaik mungkin .

Khamis , aku kena pergi jumpa Encik Mizan . nak bincang pasal program tu .
eleh . sembang kencang la aku ni .
bukan aku sorang je , semua AJK kena jumpa dia la =p
dia suruh datang pukul 2 .
pastu , dia pesan kat presiden , " tunggu 30 minit "
last last , dia lewat sejam .
haihh . sabar aje lah dengan Encik ni .

dah la aku belum lunch lagik . budak budak kat rumah semua dah ugut nak habis kan nasik .
sampainya hati koraaaaaaaaaaaaannggg ! kita bagitahu mak kita !
haha . xde la . xde berani nya diorang nak buli aku . aku balik rumah pukul 4 .
tima tu la baru aku nak lunch . nasib baik dorang tak habiskan nasik .
aku siap boleh menambah nambah lagik . haha .
lapa gila oii !

hari Jumaat , kitorang ada program " Transformasi diri " under kaunseling .
aku dah buat kat skola dulu .
Inventori Personaliti Warna (IPW)
aku dapat warna JINGGA .
which means ,

  • benci peraturan
  • inginkan kebebasan
  • jenis tak kesah
dan yang sama waktu dengannya .

sempat lagi nak amek gamba sebelum serahkan borang jawapan .


bebudak tu nga beratur panjang . kitorang dok lepak bermalas malasan . wuhahaha .



semalam , kitorang kemas rumahh .

atas bawah , luar dalam .
semua kasik kemas sampai shining shining
kasik kashing kashing
bling bling bagai .


mula mula kemas kat bahagian depan rumah . lantai dia karat sangat weh .
dengan bau haruman dari kucing pulak tuu . stress gila bersihkan ruang tuu ..
bau taknak hilang . kotoran degil pun sama  arghhhh !
last last , buat je apa yang termampu . pastu nikmati pemandangan indah .


kewll kan ? 
dapat main hujan semalam ! 
haha .

lepas kemas kat luar , kitorang kemas bahagian dalam pulak .



memasing busy dengan bahagian memasing .

dah lepas kemas rumah tu , lapa .
harini tak masak . makan kat luar je . sebab memang lapa gila . xde masa nak tunggu lagik .
kitorang mandi , then , terus g cark makan .
plus , aku nak carik sabun . dah habis oii . cemana nak basuh bajuu .

lastly ,


liza punya kerja . kejam !





MirAcLes dO HaPpEn!

hujung semester satu .

weeee wuuu . lama dah nak update pasal benda ni . tapi , takde mood and takde masa lah wak .
tu yang kita postponed dulu . maafin gue dong .

hemm . so , nak dijadikan cerita , seminggu sebelum last payperr aku tu . sempat lagik aku kelua pegi jalan jalan dengan Nafal + Iman . Diorang nak beli kasut sukan baru . disebabkan aku memang nak sangat makan kfc time tu . aku saje saje lah ringankan kaki mengikut budak berdua tuu . hikhik .


mase tu dah lunch treats time . gila aaah . aku memang lapar tahap gaban .
aku order 2 set kot !
famous bowl 
snack plate 
weeuuuuuuuuuu .
gila seronok makan makan makan .


ini Nafal . saje nak sibuk sibuk suruh amek gambar roti dia nii .
haha .

okay , malam tu , kitorang dah start nak belaja math .
diorang serang bilik akuu . nak belaja sesama .
aku ni kan .. hemmm . tak de la reti sangat nak belaja sesama .
aku jenis belaja sorang sorang . bila tak tahu baru la sibuk sibuk carik orang .
ish . apa punya orang lah kann ? teruk teruk =p

malam tu , aku tak belaja sangat sebab soalan yang diorang buat tu aku dah buat . so , untuk tidak membuang masa , aku ajar diorang . haaaa , macam teror je . macam teror je . 
haha . teror tu takde la . tapi , sikit sikit tu kira boleh laa .
kalau kita ajar orang , kan kita akan lagi ingat benda tu .
at least , dapat jugak diorang tolong apa apa yang aku tak mampu nak jawab .

yang best nya malam tu , Nafal cakap dengan kumbang .
aku pun tak tau la kenapa dengan dia . kesepian agak nya sebab roomate dia balik rumah .


itu lah kumbang nya . dia siap buatkan shelter lagik untuk kumbang tu . hahaha .
kesian la pulak tengok Nafal ni =p

_______________________________________________________________________

and , seperti biasalah . pagi pagi , kami akan jogging kat Padang Polo .
it was really fun .
mane tak nya , pagi pagi weekend , dapat jumpa budak budak kecik nga main main kat playground .
cecomel je semua .
Nafal ni pulak , terlebih mesra . sekali dengan atok nenek bebudak tu dia nak tegur .
haaa , amek kau . kan dia dah siap ajak datang rumah .
haha
Taman Perpaduan kot rumah Wan tu .
entah la .
tak ingat la pulak .
hihi .

ni gambar cucu wan tu 


comel kan ?

_____________________________________________________________________________

bila dah nak last payper tu , aku dah mula pack barang banrang masuk beg .


all the baju kurung . 

then , bila last paper habis , aku terasa malas sangat nek kemas barang sebab aku balik lewat sikit .
aku kena teman Nafal .
dia ada hal dekat Poli . 
tak pe la ka , berkorban sikit untuk kawan .

Budak elektrik antara budak yang lambat habis paper .
time tu , kamsis dah tak ramai penghuni dah .
masa orang lain balik rumah , kitorang duduk kat tepi pintu . tengok diorang angkat beg masuk kereta .
salam peluk cium mak ayah .
pastu , kitorang buat bunyik " huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
haha . memasing nak balik . tapi ada tugas yang perlu diselesaikan .
nak tak nak , kena la balik minggu depan .

kitorang buat benda alah ni same same . demi menghiburkan hati yang duka lara . eceeehh , ayat novel .


kami sepahkan bilik .


dan , akhirnya . 
kami lapar .

maka , pergilah kami berjalan jalan mencari makanan .


burger aje lah jawabnya .

___________________________________________________________________________

hmm , habis paper hari rabu .
hari jumaat kosongkan kamsis .
so , kitorang terpaksa tumpang rumah atuk sedara Nafal .
barang barang aku pulak . pepagi jumaat tu baru aku habiskan packing . 


banyak kan barang aku ? haha .


rasa sedih bila tengok bilik jadi kosong cenggini T^T

okey , bawah ni gambar gambar terakhir kat kamsis .


muka bahagia 


muka penat .










 ni gamba last kat kamsis .
lepastu , atuk sedara Nafal dah amek kitorang bawak g rumah dia .
_____________________________________________________________________________

penat dah baca post panjang panjang ?
sorry ya . sikit je lagi ni .
lepas tu , dah boleh buat kerja awak tuu .

hmm .  masa kat rumah atuk tu . dia ada la ajak g giant . 
kitorang follow je . xde benda pun yang nak dicarik . saje mengekor .



tomato and kubis . kwang hasam punya Nafal .
dia suruh amek gamba sebab tomato dengan kubis dok sebelah sebelah .
saje lah tu nak perli akuu .
dia kan panggil aku tomato .
Mira pulak dia panggil kubis . 
tergelak gelak dia kat tepi sayur ni --'


dia pulak , kemain bangga lagik dapat nickname kacang panjang . haha .

oh ya , adala sekali tu , pakcik Nafal ajak kitorang pergi pasar malam . rupanya , atuk sedara Nafal meniaga kat situ . ni gerainyaa .


okey , okey . itu sahaja . 
maaf ya . post pepanjang cenggini . 

okey . okey . taknak taip pape lagik dah untuk post ni .

current mood : 

 * selamat tinggal semester 1 *




MirAcLes dO HaPpEn!