MirAcLe WoRdS

27 February 2014

roti

ape kejadah nye budak ni tetibe rajin masak kan ?

haha . ni aku nak habis kan sisa roti sebelum dia berkulat .

ingat tak resepi roti sosej haritu , kan aku buang kulit tepi kan ?

aku simpan dalam satu bekas .

so , harini , aku masak beliau .

bread sticks

bahan bahan ;

Kulit roti
Garam
Telur
Butter / Majerin
Susu 



mula mula , pecahkan telur , lepas tu , letak garam secukup rasa .
campurkan dengan susu *aku guna susu dutch lady* dalam 2 sudu .
pukul telur . then , panaskan kuali . cair kan butter or majerin tu . celup kulit roti dalam campuran telur tadi ,
and gorengggggg ~

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh 


setinggi tinggi penghargaan di ucapkan kepada Encik Mayonis dan Puan Sos kerana sudi menjadi pelakon tambahan dalam cerita ini . semoga mereka tetap sudi untuk terus bekerjasama dengan kami .

*mengarut*


hehe .

p/s: resepi ni sesuai utuk budak budak yang ngengade sangat sampai tak nak makan kulit roti .
tak baik membazir ye dik . amalan syaitan tu . kata sayang ALLAH ?



MirAcLes dO HaPpEn!

26 February 2014

western sikit .

hai hai . 

Assalammualaikumm ! sihat ?

aku sihat je alhamdulillah . just penat sikit . and , serabut . haha .
takpe la . put that aside . aku nak cerita pasa experiment aku yang mendapat pujian semalam . hehe .

experiment 1 

Roti sosej

bahan bahan 

- Roti 
- Sosej 

mudah kan ?

mula mula , sosej tu dipotong 4 . then ,  rebus sosej dengan garam sikit . pastu aku letak blackpepper sikit . nak bagi rasa kat sosej tu . 
sementara nak tunggu sosej tu , amek roti , buangkan kulit dia . 

*opppss . jangan buang terus . simpan kat dalam satu bekas*

lepas tu , roti tu , potong kepada 2 bahagian . penyekkan roti tu sikit .

bila sosej dah siap , tunggu dia sejuk sikit . then , gulung dia dalam roti . macam ni ........



bila da siap gulung tu , boleh la goreng dia .

cadangan hidangan ;

1. Bread crumbs

kan lebihan kulit roti tu , panaskan dalam 5 minit dalam oven . lepas tu , sejukkan pada suhu bilik . 
then , baru boleh masukkan dalam blender . jangan blend sampai hancur . bila bread crumbs tu da siap , letak dalam pinggan . 
salutkan gulungan roti tadi dengan telur , lepas tu , golekkan roti tu atas bread crumbs .
goreng ....

roti akan lebih crunchy =D

*rumah ni takde blender T^T*


2. Cheesy

and , bagi sesape yang suka cheese , mudah je . just potong cheesedale kepada 2 bahagian . letak atas roti . then , gulung dengan sosej .  

*bajet lari , tak boleh beli cheese =p*

3 . Penambah rasa

boleh makan dengan sos atau mayonis




Experiment 2 

Potato salad

- Kentang
- Kobis
- Carrot
- Mayonis

mula mula , rebus kentang . letak garam dengan blackpepper sikit .
* biasa nya aku tak buang kulit kentang . sebab bila dah siap rebus nanti lagi senang nak buang kulit dia guna tangan*

sementara menunggu tu , potong carrot jadi dadu dadu kecil . 
hiris kobis sekali . masukkan dalam satu bekas .

bila kentang dah siap , buang kulit dia , and masukkan dalam satu bekas lain . 
buat la kentang tu jadi mashed potato . hancur lumat kan beliau .

bila da siap , masukkan kentang tadi dengan mayonis dalam bekas yang ada kobis . 
gaul sebati .

and , siap !

cadangan hidangan ;

1. Letak kismis , epal , atau anggur 

untuk kombinasi rasa yang lebih menarik . 

ecececeeeeehhhh =p




Experiment 3

Mashed potato 

tapi , yang ni , tak menjadi la gravy sauce dia tak menjadi sebab bahan tak cukup .
aku takde butter dengan tepung jagung . aku share je la resepi diaaa ,

bahan bahan 

kentang 
butter
kiub ayam 
kicap
tepung jagung
air
serbuk black pepper

untuk buat gravy sauce ,
mula mula cairkan butter . lepastu , masukkan kiub ayam . 
bila dah sebati , masukkan campuran tepung jagung dengan air .
*campuran ni untuk pekat kan kuah. so , pepandai adjust ye..*
masukkan blackpepper .
last sekali , letak kicap sikit untuk bagi warna kat beliau ...

siap .



as a conclusion ,

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh !


3 in 1
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


alhamdulillah . kenyang .

gendang gendut tali kecapi , kenyang perut , senang hati 


=D

MirAcLes dO HaPpEn!

25 February 2014

Nasi Ayam Goreng

halo halo .
apa khabar anda anda semua ?

Assalammualaikum =)

ni cerita semalam sebenarnya . saya teringin saaaaaangat nak makan nasik ayam goreng . hari ahad haritu , tak jumpa pulak kat pasa malam . so ,aku beli nasi ayam .
malam tu , tak selera nak makan . maybe sebab penat baru balik dari kem . dan jugak sebab tak dapat apa  yang aku nak ... kot . 

malam tu tido , kelaparan ..... masih nak nasik ayam goreng jugaaaaaakkk !

so , apa lagi choice yang aku ada kan ?

time ni la aku kena tunjukkan skill memasak aku .. cewaaah . menyampah kan ? hahaha .
poyos sangat aku ni . 

ye , aku tau =p

so , untuk dinner semalam ( Isnin ) aku try la buat nasik ayam goreng tuu .

Bahan bahan nya ....



Nasi ayam
Bawang merah 
Bawang putih
Carrot
Cili kisar
Telur
Kicap
Garam 

semuanya secukup rasa . 

mula mula tu , tumis bawang merah ngan putih yang dah siap hiris .


Lepas tu , masuk kan cili kisar , carrot . Pecahkan telur . gaul semua sekali .
dah masak sikit tu , masukkan ayam daripada nasi ayam tu . *ayam tu aku da cincang halus sikit la*
masukkan nasi ayam tu . letak kicap . then adjust la garam tu secukup rasa ... 

ending nya , aku masukkan sup ayam kat nasik goreng tu . biar dia kering sikit . 
*ni ikut taste aku la*

and , tadaaaaaaaaaaahhh


makan sampai habis . wuwu , sedap weyy . rugi tak rasa =p

 makan sampai licin .

hehehehheeh . puji diri sendiri pulak budak ni , kan ? . 
hahahahahahahahhaaha

mana ada orang lain nak puji .
biar la kita masuk bakul angkat sendiri .... *cerita sedih*


 sebenarnya . resepi tu hentam je . 

kah kah kah . 



MirAcLes dO HaPpEn!

21 February 2014

mimpi .

assalammualaikum awak awak semuaaaaaa ~
sihat ? 

saya . alhamdulillah sihat . cuma serabut sikit je . pack sangat jadual saya niiiii . tapi tak pe la , saya yang pilih jalan ni . so , kena hadap je semua . telan . digest . and jadi manusia yang tabah menghadapi dugaan . *poyo*

actually . nak post pasal mimpi . 
sebab lately , aku mimpi yang .... entah la . petunjuk , maybe ?


i was dreaming that everyone are leaving me alone .


mane la aku tau kenapa aku mimpi macam ni . 

hmm .

hoping for the best .
lagipuuuuuunnnnnn ,


take it positively =)

eheeeeehhh . why so serious muka tu baca post ni ? rilek laaaa . mimpi je .
kan ? =)


MirAcLes dO HaPpEn!

20 February 2014

packed

weekend ni aku ada kem .
weekend depan aku ada latihan lain pulak .
tidak lupa kepada kelas ganti pada hari sabtu .

p/s : dear encik sabtu and encik ahad . i really need youuuu *menangis tak berlagu sampai  Ipoh banjir*



MirAcLes dO HaPpEn!

14 February 2014

midsem .

ALLAHU RABBI .
sekejap je rasanya dah pertengahan sem 2 . 
ada 6-7 minggu je lagi sebelum final exam .
and minggu ni , dah start practical test , quiz apa semua tu .
cuak sangat weh .

tapi , aku ada satu cerita .
pasal practical test .

hari ahad , aku baru sampai rumah sewa pukul 8 lebih . malam .
memang mood study apa semua tak sampai lagi . diorang naik kura kura dari melaka pegi ipoh .
*okey , hiperbola sangat*


aku tak belaja sangat pasal practical test tu . aku tengok tengok je experiment lepas .
moga moga ada lah yang terlekat kat kepala otak aku yang bergeliga ni kan .  *perasan*

First of all , sorry kalau ada term term electrical yang tak paham . tak tau nak terang kan cemana . hehe . 



aku baca experiment 4 , Semiconductor Devices = " DIODE AS A CLIPPER "

aku target lecturer tak nak buat test tu hari isnin . aku mengharapkan dia buat isnin depan . tu yang aku baca camtu camtu je .


esok nya , " awak ada practical test harini "
haaa , sudah . aku aptb -,-
aku suruh Tubasheni masuk dulu . sebab sem lepas , kitorang buat gilir2 .
tapi , lecturer cakap cam ni " eh , takde takde . semua masuk . semua sekali buat serentak "
sudah nya ......

memang aku menggigil nervous dah masa tu .aku cuak sangat . aku takut tak dapat perform je .
ye la , baca pun tah apa apa . dengan penat naik bas nya tak habis lagi . huihhh .
member aku cakap muka aku dah semacam . memang aku cuak masa tu . 

masa kena angkat oscilloscope tu pun , rasa cam tak mampu je . nasib baik la aku tak terlepas kan machine tu . kalau jatuh , jahanam ... dah cemana aku nak ganti oi ? mau ribu ribu agaknya bende tu . barang engineer kan =p

aku risau gak , sebab masa practical test untuk Electrical circuit masa awal sem haritu , aku tak dapat buat .
aku blank habis . aku tak dapat calibrate oscilloscope tu . memang hancur kertas akuu . entah ada markah ke tidak agaknya . tak tau la kitaaaaa . 
so , untuk kali ni pun aku risau jugak kalau tak dapat perform . markah ni kan nanti campur dengan final exam . so , boleh effect pointer jugak .

puan suruh calibrate dulu machine tu . sebab dia taknak kitorang banyak buang masa nanti .
so , aku on la machine . alhamdulillah .. machine tu okay . da siap calibrate kan . maybe orang yang guna sebelum aku tu lupa nak putarkan balik button tu .

kena dapat camni 


 lega lah jugak hati aku ni . tapi  , sekejap je . thennnn .... 

risau .

risau .

risau .

ALLAH . ALLAH . ALLAH .

aku istighfar je sementara nak tunggu puan bagi kertas soalan tu .

aku punya cuak tu , tak payah cakap la . graf dia makin menaik .
hishh . bila dapat soalan . yup . bersyukur sangat sebab memang DIODE AS A CLIPPER yang keluar .

mula mula , aku carik dulu warna resistor ikut nilai yang soalan bagi .

resistor 1 = 1K ohm > warna brown , black , red .
resistor 2 = 20K ohm > red , black , orange .

soalan mintak diode 1N4001 . kena susun komponen tu cam ni ...


V in = waveform yang aku tunjuk tadi .
R 1 = resistor 1
R 2 = resistor 2
D 1 = diode 1N4001
power supply = 1 volt 

lepas connect kat function generator , aku guna power supply untuk dapatkan nilai 1 volt tu .

then , aku pasang la komponen komponen tadi kat atas protoboard .

pasang punya pasang ..

' eh , dah siap ? betul ke aku pasang ni ? cemana ni . ahhhhhhhh '

pastu , aku terus panggil lecturer . suruh dia nilai je terus la . cuak dok lelama dalam lab ni .

result nye , wave form tu muncul cenggini ,


Puan Puteri kata " ha , betul ni . betul la awak punya ni "
hehe . aku senyum . YA ALLAH . terima kasih !

pastu , puan Saadah lalu sebelah pulak . 
" dah siap ? "
aku angguk je . senyum aku masih bersisa . YA ALLAH , lega nya hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !

" eh  kejap , tengok connection dulu , betul ke salah . positive negative dia cemana ... "

pergh . cuak datang balik ... 

puan Puteri cakap " betul la ni . dah dapat jawapan dah "

" haaa , okay . awak lukis waveform tu . jangan lupa label . lepas tu boleh keluar . nanti tolong panggil Amir . suruh dia masuk lab . "

aku angguk . " okey puan "

masa buat test , 40 minit . tapi , aku buat 10 minit je . 5 minit aku kemas kemas barang yang dah guna . then , aku keluar dari situ .

lega . lega sangat . 
aku duduk . aku fikir dalam dalam .

memang ALLAH bantu aku .

ALLAH makbulkan doa aku subuh tu . 
alhamdulillah . 

nak tahu doa nya ?



jom amalkan =)


MirAcLes dO HaPpEn!

09 February 2014

hai .

hai awak . saya stress .

saya perasan , sejak akhir akhir ni saya selalu abaikan kawankawan saya .

AZALINA / DAYAH

sori weh . aku banyak kali cakap nak text korang . tapi tak text text pun, sampai lah korang yang text aku setelah beberapa minggu aku menyepikan diri . aku pun xtau kenapa aku boleh jadi camni .

malas mungkinn . entah la .

yang pasti , sorry sesangat tau . aku tak lah busy cam perdana menteri nak uruskan rakyat bagai .
entah lah . aku pun tak tau . sorry sorry sorry


banyak lagi nak luah . tapi , tak terluah . hmm . babai ~


MirAcLes dO HaPpEn!