MirAcLe WoRdS

28 June 2014

21 hari .

baca tajuk je dah ada gaya nak buat filem blockbuster baru kan ?
hahaha . acah je .

21 hari tu , represents jumlah cuti yang aku ada sebelum kena balik ipoh balik . memang la amat sedikit ya ampun cuti aku ni kalau nak banding dengan orang lain . opppssss , orang lain tu means budak poli . bukan universiti or tempat tempat belajar yang lain .
hmm , budak poli yang lain cuti 8 minggu . den cuti tigo minggu yo . dari 28April sampai 17Mei.
apakan daya . cheeeeeehhhh . ayat cliche .

well , cuti ni tak buat apa sangat pun . makan makan makan makan all the way .







ni yang sempat amek gambar . banyak lagi yang tak sempat . lauk kenduri . orang kawen bagai . belum lagi kira yang snacks lagi . heeeeeee . seronok duduk rumah !

hehe .
ada la aku kemas rumah sikit . practice driving balik . maklum je la . da 2 sem tak bawak kereta .
lesen tu buat masuk frame pun lagik cantik agaknya . ohohohoho .
lepas ni , boleh la aku jadi pemandu yan lebih berhemah . hihihi .

well , nothing much to say . oh yeah , sorry sebab lambat post . busy mengunyah
MirAcLes dO HaPpEn!

Tiga

tiga tiga tiga tiga tiga tiga tigaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!
ini bukan cerita ultraman tiga ataupun anak ketiga ataupun hutan taiga . ehh . apakah , mengapakah ini ?
okey abaikan .

tiga . hmmm . semester tiga dah weeehhh . bagi yang tak tahu tu . hmm . aku dah sem tiga . T I G A !
sekejap je rasenya masa dah berlalau pergi . bak angin lalu . kita tak perasan dia pergi . tapi kita rasa kehadiran dia .
cheh . kejiwangan apakah ini ? *muntah*

entah .

well . aku seram nak masuk sem 3 ni . subjek dia . fullaweeeeeyyyy !
mostly killer . mane tak nya . dah masuk major electronic . so , mendalam kepada bahagian komputer la .
final , 5 paper . wuwuuuuuuuhhh . *kesat peluh kat dahi*

aku risau subjek Microprocessor FundaMENTAL.seram kan tajuk dia ?
senior ramai repeat sebab subjek ni la . then , lecturer pun cakap , sem lepas , ada sorang je yang dapat A . hmmmmmm . aku nak A . A sahaja . aku taknak gred lain . do pray for me ? *muka comel*

lepastu , subjek Computer Architecture and organisations . adoi . subjek ni pun ada yang repeat . lecturer pun cakap yang subjek ni tak ramai dapat A . dah la kitorang belajar 3 kelas sekali gus . hmm . acaner la agak nya aku nak tempuh sem ni kan ?? *dahi berkerut*

Electronic Circiuts tu macam tak kesah sangat la buat masa ni .
sebab sem lepas dah belajar benda tu . just sem ni lebih mendalam . *muka tenang sambil buat peace*

Communicative English 2 , takde masalah kot . ehhhh , ada ada . mesti nervous tahap gaban tu datang bila kena buat speech .
*ketuk kepala kat dinding*

Engineering Mathematics 3. hmm . kena tunggu dan lihat la sem ni belaja tajuk apa - feeling curious .
haha . lecturer tak masuk lagi . dia ada hal haritu . so , tak dpt nak expect pape dari dia .

Computer Networking Fundamentals . entah la . leturer macam okay . cara dia pun takde la garang or tegas . aku selesa dengan dia . then , aku tengok silibus pun . macam okay je , ada belaja pasal wireless la , troubleshoot . macam macam adaa . yang jadi masalah sikit bila subjek ni teori . hmmm . tau tau je la kalau teori ni mata memasing cemana kan? aku mengharapkan yang terbaik .

Electronic Computer Aided Design (ECAD) - ni pun lecturer tak masuk gak . tapi benda ni da belaja sem lepas . cuma sem ni kena la mendalam lagi ke arah electronic or electric kan . hmm .

Softskill . dalam bahasa melayu nya , kemahiran lembut . apakah ini kan ? well . aku direct translate je tu . haha . softskill ni , dia penting untuk Latihan Industri nanti (LI) a.k.a praktikal untuk sem depan .
subjek ni tak masuk final tapi kami wajib lulus untuk pergi LI . subjek ni mudah , public speaking , presentation , buat surat rasmi and resume bagai etc etc .

macam ni la semester 3 yang akan aku tempuhi dengan jaya nya . moga aku boleh dapat 4 rata atau , paling tidak pun , aku nak pointer aku naik . tinggi . mungkin biar cecah sampai 3.9 pulak . aamiin~


MirAcLes dO HaPpEn!

24 June 2014

Prebet Jamilah .

Assalammualaikum ahli ahli syurga !! *tiru ayat Nafal*

ramai tanya kenapa menyepi ?
mana menghilang ?
so on , so on ....

sebenarnya , aku ni perisik . ada job kejap sebulan aritu .

eh eh . okay menipu sangat kan ?? haha .

actually , aku ada rekrut .
haa . itu la aku menghilang sebulan . since 28 APRIL 2014 - 27 MEI 2014

hmm . aku cerita simple simple je la ehh .

MINGGU 1 - SENJATA

sebenarnya , 3 hari pertama tu banyak buang masa je . banyak buat pentadbiran je . kena  bersihkan kawasan , kemas sana sini . dapat loreng . dapat jungle head . dapat inner . dapat tudung  dapat segala gala nya laaaahh .

hari jumaat baru start first class . colt m16 5.56mm .
belaja la pasal mm16 tu . dia punya ukuran la , berat ,peluru , kelopak isi peluru dia . semua semua sekali kena belaja . ada la apetah lagi yang belaja . lama sangat dah . aku malas nak bukak buku balik tengok term term dia . hehe . ampun ampun .
then , hari isnin tu , ada praktikal pasal menembak tu
macam praktikal kat politeknik la . ada markah kot ! aduii . that nervous aku yang suka menggila tu datang laju laju . aihh . sabar je la aku .
take turn , aku saja pergi lambat lambat walaupun aku da ready sebenarnya .
haihh . sebab aku takut aku gelabah ! paham ?
aku bukan pengecut . hishh . .
masa aku da siap praktkal tu , Sjn komen " kau boleh buat "
ehehhh . tersengih aku time tu . nasib baik tak kena denda sebab ada certain kena . yang salah buat kena basah seratus peratus satu badan . means , kau kena tadah badan kau bawah paip . make sure la kau memang basah . kalau kau tak seratus peratus , nanti dia suruh kau pergi balik kat paip tu . haha .
and , kalau kau gelabah biawak (Sjn yang cakap) dia akan suruh kau round padang kawad , 2 kali . kalau kau still gelabah leh gak . hmmm , habislah kau masuk "lubang neraka"
lubang neraka refers to , longkang . hmm , masuk lah kau dalam longkang tu , menyarap dari hujung sana sampai hujung sini . hmm , busuk lah kau bau longkang . haha


aku yang paling kiri . aku tak tau aku ga buat apa tu . hahahahaha . 


MINGGU 2 - KAWAD

ahahahaha . minggu ni sangat sangat sangat la mencabar . bukan aku mengada taknak duduk bawah matahari . tapi , kulit aku haaa . kemain negro lagik . sampai aku gelar "ikan masin rentung" kat diri sendiri . hahaha .

hmm , tak banyak cerita pasal kawad sebab korang sendiri pun tau kawad tu cemana kan ?

ni la senarai yang kitorang bakal dapat time exam nanti .




MINGGU 3 - UJIAN ALL THE WAY !


11 Mei . malam lepas isyak . ujian bertulis . 
haila . haila . study entah apa apa . mengarut je . dengan tak masuk dalam kepala . aku pun jawab je la . kasik hentam semua asal takde tempat kosong . haha

12 Mei . ujian menembak kat lapang sasar . wehuuuuuu .  kau tau tau je la tahap gemuruh petala kelapan aku ni . masalah betul ! sampaikan aku kena ketuk dengan Koperal . hmmm , dah kena ketuk tuuuu , aku pun tak tau la same ada peluru tu kena kat benda tu ke tak . haha . tapi pengasuh which is , jurulatih yang ketuk aku tu , dia cakap , kena . tapi tak tau la dapat markah ke tak . hantam sajalah labuuu . hahaha .


ni gambar terbaru aku . ehh ? haha .
Gambar hiasan .


14 Mei . ujian kawad pulak . phewww . kena buat sepatutnya buat secara solo . tapi kat tempat kitorang ni , dia suruh buat beberapa orang sekali . aku kena buat 5 orang . yang ni pun ..... hhhhhhmmmmmmmmmmmm . Sjn Ishak cakap aku gelabah . tu diaaaaa , sedih aku sampai langit yang menangis untuk aku . aku dah bagi kawad yang the best kut . tapi dia cakap aku gelabah . haihhh . teruk sangat penyakit gelabah aku ni . esok nak interview kerja , tah cemana la agaknya kann ? heeee . seramm !

biasalah , dah gelabah tu , kena la denda . hm , nasib baik tak masuk lubang neraka . huihhh . tak rela aku !
tapi nak gak pengalaman . haha . 

denda nya , kena basah 80 peratus which is , basah dari bahu sampai kaki . nasib la ramai gak yang lencun time tu . hahahahahahahaha . 

this is us . Batalion 1 .


MINGGU 4 - MEDAN

sangat sangat sangat sangat sangat sangat menyeronokkan !
aku bersyukur sangat sebab time kat hutan ni la nampak memasing nak berbaik .
seronok .

21 mei . masuk hutan .
aku pegang jawatan Lans Koperal . Wan , pegang Koperal . which is dia ketua and aku penolong .
hmm . aku risau . sebab aku tak suka dia . bukan benci tau . tapi tak suka . it's more to , strongly tak suka . cara dia pandang aku cam aku ada buat salah ngan dia . da la bila aku cakap je , dia buat macam aku tak wujud .sakit pulak hati aku . grrrrrrr .

tetibe time kat hutan tu . perghhh .kemain pulak dia boleh cakap cakap ngan aku . cakap bebaik pulak tu . siap boleh mintak tolong aku buat jadual sentri lagi . then , aku buat la sebab tu memang tanggungjawab aku . heh . since first day tu la , kitorang aman damai . so , papehal je , budak khemah aku ngan khemah dia stick together . sebab rapat macam adik beradik dah . tak kesah . bila diorang masak air , diorang bagi sikit . bila kitorang masak nasik , kitorang buat dua bekas . sampai la ke hari last .

cerita pasal sentri . hm , aku sentri kena pukul 2-3 pagi je hari hari . paling awal pun aku kena pukul 11.30 . hampeh sangat ! aku enjoy . tapi macam tak puas hati bila ada yang tak sentri cakap dia tidur tak sedar la . ntah apa apa . ragam manusia kan ? lantak pi lah .

then , kitorang ada la buat scene serang hendap laluan musuh , serang hendap khemah musuh , ape tah lagi . seronok ! macam nga main perang perang . haha . guna peluru kosong .

hari ahad tu penutup rekrut kitorang . time ni , haaaaaaaaaaa . tak tau la ape perasaan . happy sebab nak balik kem . boleh mandi puas puas . tapi cam tak nak balik sebab family baru ni . diorang baik sangaaaaaaat ! care pasal semua orang . isk isk isk . ni yang tak suka nak touching touching niiiiiiiiiiii ! kenapa aku jadi camni eh ? hmm . sebab hari sabtu , kitorang masak ramai ramai and makan ramai ramai . lebih sepuluh orang time tu . rasa macam rapat sangat and macam dah lama sangat kenal . aaaaaaaaaaaahhhhh *kesat airmata*

tengah hari ahad , aku sampai kat kem . bersihkan senjata . lama kot . kena tunggu budak budak second trip . sampai pukul 6 petang baru siap semua nya . malam pulak , makanan tak isediakan untuk kitorang . so , jurulatih cakap , kita kena masak sendiri . so , again , kita main masak masak untuk satu platun , yeaaaaaaayyyy ! tapi kali ni aku tak join sebab aku malas nak makan . aku da tahap penat sangat sampai tak larat nak makan . ehehhh , alasan apekah ini ?? haha .

tapi aku makan gak sebab buddy aku paksa . dia kata makan la sikit . kang takde tenaga . hmm . okay okay . aku makan la ...

hm , penutup , 27hb Mei . takde buat apa sangat pun , just kemas kemas sikit kat tempat yang kitorang guna tu . pulangkan barang barang yang da pinjam . then , balik ! yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyy !


ni la family baru akuuuuuuuuu . 

ni je la kut cerita pasal rekrut aku tu . sekian , wassalam ~ 


MirAcLes dO HaPpEn!

16 June 2014

tolong tepi sikit .

assalammualaikum . .
alhamdulillah , masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini .

sekadar coretan . luahan isi hati yang tak dapat aku keluarkan dari mulut .

kadang kadang aku rasa diri aku cukup kuat nak hadap takdir aku .
tapi , aku jatuh tersembam . bukan sekali . bukan dua kali . berkali kali .
pernah aku menangis . pernah aku berputus asa .

kadang kadang , aku rasa lemah sangat . kerdil .
tapi , Allah kirimkan kekuatan untuk aku .

kadang kadang rasa macam nak kawan dengan semua orang .

kadang kadang rasa macam nak lari dari semua orang .

tolak bahu dia and cakap "ku mahu jalan sana . tolong tepi sikit . tolong tepi sikit"

"aku tak sanggup tahan buat selamanya . sebaiknya aku mempunyai rencana . dan aku sedia . aku rela . melukakan segalanya dan aku sudah berubah "

#listening to Tepi sikit - Sleeq ft Joe Flizzow
MirAcLes dO HaPpEn!

13 June 2014

babbling

when you have so much to say but ...

tak tau nak cakp cemana sebab orang buat tak layan .

sedih ?

takde sape kesah .

sekian .
MirAcLes dO HaPpEn!