MirAcLe WoRdS

27 February 2015

move on .

sedar tak sedar, tinggal lebih kurang lima hari je lagi result SPM nak keluar . kalau tanya result aku dua tahun yang lalu, amatlah tidak memberansangkan . malah, bagi aku, amat amat lah teruk nya .  bila aku kaji kaji balik . banyak silap yang aku buat sampai aku terkandas .
first thing, mula mula masuk form four, mindset aku dok kata add math susah . sebab tu tak pernah yang lulus masa sekolah . eh, ada sekali tu je aku lulus. masa trial . kire hebat jugak lah kan ? heheheh . mau tak hebat, dah tiap tiap malam masuk 'klinik' add math . hari hari makan ubat add math . dengan member yang supportive . diorang tak give up ajar aku . tapi, aku yang give up sebab tak dapat buat . serius, masa form four tu, aku memang tak faham langsung add math !

masuk form five, aku cakap kat diri aku ' kau nak jadi engineer. tapi math kau hancur. apa cer ?'
di situ la aku terinspired sikit. aku mula la meleseh leseh kat kawan yang teror add math . alhamdulillah markah aku makin lama makin okay . soalan addmath tu makin lama makin banyak aku boleh jawab sendiri. tapi, kalau kimia, huiyoooo ! awal awal aku angkat bendera putih . memang dari form  four aku tak paham . menatang apa la kau cakap ngan aku ni . permanganate manga harum manis. apa apa tah la . tak ingat dah . fizik, yup! minat sangat walaupun tak score malam genius genius kat sekolah tu . tapi kire boleh la nak hidup dalam kalangan genius tu. bio ? haiyooo. ni least favourite subjek . tapi tah macamana, markah bio lagi tinggi daripada fizik. hehehh. jujur, aku tak minat bio. reticulum polypeptide . banyak lagi term yang tak ingat. subjek lain, alhamdulillah boleh bawak .

nak jadi cerita, result spm 2012 keluar 21 mac 2013. masatu aku memang sengaja datang lambat kat sekolah . aku tau yang nama aku takkan panggil untuk naik pentas punya. buat apa nak datang awal kan ? wat lek dulu ! masa aku sampai sekolah tu, nama budak budak straight A dah sebut. means, memang takde nama aku dah . hehehh . aku terus beratur kat meja tepi dewan tu. nak amek result . aku sedih dah time tu. tapi, BERLAGAK tenang sebab ramai orang . aku check result aku, 5A je . well, ramai boleh cakap, 'okay kot result kau. orang lain dapat satu dua je.' well, bukan aku tak bersyukur, tapi,aku as anak sulung should be a role model untuk adik adik aku .plus, aku taknak buat parents aku sedih . plus, kawan kawan sume dapat result yang better than me . so , tak sedih ke ? cube kau cakap . tak sedih ke ? tak sedih ke kalau kau stay up setiap malam, kau pergi kelas lepas subuh, kalau balik prep lewat. aku struggle kot nak score spm aku . tak sedih ke ? kau buat semua kerja, latihan , yang cikgu bagi. kau takde tiru tiru orang . but, still kau tak score. kau tak sedih jugak ke?

gila kau tak sedih . 3 hari aku berkurung dalam bilik. tak makan . aku just baring . renung siling . cari kesilapan diri. 3hari aku tak tengok muka ayah aku sebab aku taknak tengok dia kecewa dengan aku . muka mak aku pun aku tengok sekejap je . tak sanggup rasanya . most of the time aku tidur. keluar bilik untuk minum and pergi tandas je . selalu aku marah diri aku . aku jadi allergy gila dengan SPM.

yang lagi sedih, bila keputusan UPU keluar, aku dapat Politeknik je wey. 'bersyukurla kau dapat politeknik'. wey, when you're among the boarding school students, the feeling is different! kau bayangkan la, kawan kau masuk U, buat asasi . ramai gak yang pergi matriks. aku ? diploma .๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ . aku sedih juga mase tu . nak tak nak , pergi jugak lah aku ke politeknik ni. mula mula masuk politeknik tu, aku bersemangat sangat nak new start. lupakan dah segala titik titik hitam SPM tu. tapi, biasalah, there's always someone yang akan jadi spoiler. masetu dia call aku.

"kau study mana ?"
"politeknik ipoh"
"ohh, politeknik je. aku dapat U. tak macam kau" *ohh, sentap*
"oh, tahniah la . aku tak teror macam kau. tu yang masuk politeknik je"
"hahaha . course apa ?"
"electronic engineering"
"fakulti?"
"not faculty la wey, kitorang just jabatan"
"ahahahahahahhaa . jabatan, ape la"
nasib baik kawan. aku tak ingat sangat apa aku cakap lepastu sebab aku dah lost interest dah nak cakap. should be member support member kan. bukannya dia celup aku dalam lumpur. hampeh !

dah lah, lupakan kat orang yang dah lupa kat kita tu.

alhamdulillah, dengan segala kesedaran yang aku belajar selepas SPM tu, aku perform dengan amat baik sekali kat politeknik *skema sangat ayat ni* . mungkin sebab taraf diploma ni mudah. tak macam matrik or asasi kan? mungkin sebab tu aku score. but, who cares? kalau kau tak percaya, kau tanya la orang yang rapat dengan aku. kau tanya la kat orang yang struggle dengan aku masa diploma ni. kau tanya la orang yang aku share masalah aku dengan dia.

tapi yang lebih penting, kali ni aku belajar dengan yakin . tak macam SPM dulu. mindset aku, memang aku jaga betul betul . aku taknak lagi mindset macam SPM dulu. musnah masa depan aku .

so, nasihat aku untuk adik adik yang nak amek result minggu depan. result elok ke tak elok ke, kau still ada peluang nak baiki masa diploma, asasi or matrik nanti. jangan rasa rendah diri sebab kita ketinggalan. aku dulu pun, setiap kali exam mesti ada satu paper gagal. tapi sejak masuk diploma ni, deans list tu tak mustahil. math aku pun,, alhamdulillah tiga sem yang lepas, Aplus sederet. kalau aku boleh buat, kenapa kau tidak ? kau lagi pandai daripada aku .

tapi, aku tak boleh tipu, setiap kali nampak slip SPM, aku still allergic. aku memang tak boleh tengok. BILA AGAKNYA AKU BOLEH MOVE ON NI ? ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

p/s: sorry kalau kau rasa post ni agak kelam kabut . kejap cerita ni kejap cerita tu. aku tak pandai nak susun ayat dah sejak sejak tak buat karangan bahasa Melayu . Plus, bila kau menulis dari hati, dan hati kau tengah celaru, maka nya ? post pun celaru. hehehh


MirAcLes dO HaPpEn!

22 February 2015

mimpi .

" Lately I been, I been losing sleep
Dreaming about the things that we could be "

haha . well , memang mimpi pun . mimpi ngeri . tak baca doa barangkali . hahaha . padan muka .
first tu , aku mimpi dia . lawak gila . aku pergi jalan jalan dengan family aku . tetibe aku terasa nak pandang kiri . trus je aku nampak dia . dia dah memang pandang aku masetu. Terus dia senyum *omaigaaaadd, aku memang cair dah even dalam mimpi pun . hahahh* 

lepastu dia cakap " rindunyaaaaaaaaaaa " . and I was like ... errr ,'kau jerit kot.chill lah weh. ramai orang ni'  aku terus tarik tangan mak . kenalkan dia kat mak and mak was like "kau pergi lah jalan dengan dia kang mak call bila nak balik"

so, kitorangg just jalan jalan kat situ. dia ajak lepak minum minum jap . . so, time tu aku rasa friendzone gilaaaaaaaaa . takde pape special feeling dah . dia cakap macam nothing happen. and, aku follow the flow je lah . malas nak tanya . tapi deep inside rasa macam ..... krik krik krik . tandus gersang siot hati aku . 

tadi cakap rindu . pastu buat macam friendzone . apakah ?
lawak ke mimpi ni ?

second mimpi . haha. yang ni lawak sangat . siap ada maya karin lagik .
this one guy . aku tak pernah cakap dengan dia pun masa kat sekolah . actually, dia pun bukan jenis yang cakap dengan perempuan sangat*setahu akulah*. but dalam mimpi kan, aku dengan dia jadi bestfriend gila bapak . dalam mimpi tu macam aku suka dia . tapi pendam perasaan sebab friendzone lagi . hahahahh . mase tu macam ada computer-oriented camp . tapi cam tu dah nak habis . time tu that guy borak borak dengan aku . tetibe dia kata "excuse me" and dia blah terus pergi dekat sorang perempuan ni. and again, aku krik krik krik ah kat tempat aku .

dalam few minutes lepastu, dia datang balik dekat peti ais belakang aku . 

"tolong pilihkan air untuk dia" dia cakap kat aku.

"siapa?" aku tanya

"tuuu . " dia muncung sikit kat arah tepi tingkap sana

"ohhhh " bapaklah cantik ! maya karin kot ! hahah . cemana tah aku boleh sebaya dengan maya karin ni . dasar mimpi betul !

dia nak piliha  air apa tah . tin warna kuning. aku cakap lah

" dia bukan suka yang ni ke ?" blackcurrent dengan aloevera ni. dia capai tin tu .

"ni ha , kau pilih lah ni" aku syorkan kitkat chunky kat dia . dia senyum kat aku then dia amek kitkat tu .

dia jalan nak g kat maya karin. aku still tenung tin tin dalam peti ais tu .

"I love you" aku cakap.

dia pusing. pandang aku . aku pun pusing belakang.

" kau cakap apa ?" dia tanya.

" i love you . tapi, as friend. good luck dengan dia " aku senyum . nampak tak ketabahan aku kat situ . mampu lagi tersenyum walaupun hati aku remuk dah .*cehhhhhhh*

"dah dah , cepat kemas . bas dah tunggu" ada suara instructor

aku cepat2 kemas tempat aku punya keybooard monitor bagai semua tu . then, terus naik bas . pastu aku tersedar .

hahaha . mimpi . mimpi ngeri . mimpi mainan tidur . mimpi mimpi mimpi. 

friendzone pun ngeri jugak . hehehhh .

bai .

assalammualaikum .

MirAcLes dO HaPpEn!