MirAcLe WoRdS

21 May 2015

Jarak.

" Jarak ini bukan memisahkan kita, tapi menguji kesetiaan antara kau dan aku "


MirAcLes dO HaPpEn!

20 May 2015

Kau dapat politeknik ?

So, setelah sekian lama tak post. Alangkah lebih baik aku start kan post dengan berkongsi tips tips untuk adik adik yang bakal tempuh alam IPT. Lebih lebih lagi yang bakal mendaftar di politeknik amnya, dan Politeknik Ungku Omar khasnya. *ecehhhh*

First of all adik adik ku, kat IPT sekarang takde dah nak buku terabur2 atas lantai. Kalut kutip buku pastu terpegang tangan dan bertemu jodoh. Takde2. Tak wujud dah. Zaman sekarang pakai pendrive je. Kalo jatuh tu nanti belum tentu ada jodoh kau dengan pendrive tu. Mungkin ke longkang. Mungkin dipijak orang. Masetu baru lah kau tahu jodoh mana yg lagi penting. Hehehehh.

So, adik adik, meh aku start kat sini.
Sebelum nak pergi daftar kat IPT tertentu. Make sure kau selidik dulu tempat tu. Kalau tempat tu jauh dari runah kau. Contohnya macam Melaka dengan Ipoh ni lah kan. Kau selidik la tempat penginapan dulu. Takkan kau nak bertolak pukul 2 pagi, sampai ipoh pukul 7, lepas tu pergi daftar kan ? Lepastu, kau kena survey gak jalan mana yg mudah nak sampaikan kau kat IPT tu. Sebab bukan kau sorang je nak mendaftar. Ramai lagi. Tempat parking pun nak kena rebut nanti.

Ni aku bagi checklist untuk korang.

Prepare barang awal2.

1. DOKUMEN PENDAFTARAN
- borang jawapan
- manual pelajar *kalau ada*
- dll *ikot kehendak IPT masing2. Mcm resit bayaran yuran ke.. salinan ic mak ayah ke*

2. KEPERLUAN HARIAN
- pakaian harian
- pakaian kuliah
- pakaian formal
- toiletries
- sepit dan hanger baju
- sikat rambut + bedak + alat mekap
- kasut sukan
- kasut formal
- selipar toilet
- gayung + baldi
- mug + sudu garfu + tupperware
- cadar + selimut
- towel extra
- alat solat
- ubat2an
- dll *jika perlu*

Prepare untuk hari kejadian *pendaftaran*

1. SEBELUM
- siapkan barang2 keperluan dalam beg galas / beg tangan
- baca manual pelajar
       : sebab masa aku dulu, time daftar    WAJIB pakai baju putih. Kain hitam. Tudung hitam. Kalo tak ikut manual, teruk kena marah. Pastu pendaftaran kena postponed. Orang lain dah habis daftar baru kau boleh daftar.
- bayar yuran seperti yang dikehendaki pihak IPT

2. Semasa
- bertenang dan ikut arahan AJK

3. Selepas
- masuk asrama/ kolej / kamsis
Unpack semua barang. Susun elok elok dalam almari. Pasang cadar. Dan buat la ikut suka kau.

Akhir kata, sebelum mak ayah balik rumah, mintak doa dan restu daripada diorang.

So, adik adik. Kalau ada benda nak tanya. Jangan segan silu ye. Semoga bertemu di post yang lain.

Sekian, wassalam.


MirAcLes dO HaPpEn!

07 May 2015

Bila aku sudah tiada...

Sehari dua tiga empat lima enam ni kan,,, aku scroll timeline fb laju laju. Aku scroll twitter laju laju. Jumpa aje pasal student Malaysia yang meninggal dunia kat Rusia sana.

Lepastu aku terfikir, satu hari nanti, bila aku dah pergi, akan ada ke orang yang rindu kat aku ? Akan ada ke cerita baik baik untuk aku ?

Hmm, aku harap, ada. aku tak tahu siapa. Tapi aku harap ada. Aku tahu aku tak baik mana, tapi aku harap ada orang yang sudi rindu kat aku. Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku harap Allah anpunkan aku, manusia ampun kan aku, alam ampunkan aku.

Wallahua'lam.


MirAcLes dO HaPpEn!

Tough

Tak. Aku tak tough pun. Aku manusia biasa yang selalu je mental rabak. Sejak akhir akhir ni empangan selalu pecah gara gara tekanan emosi. Mane tak nya, mesti kena sound sebab lari lambat. well, bukan suka suka nak lari lambat.... kalau nak lari 1k tu kaki aku boleh survive lagi. Tapi nak masuk 2k tu mula lah dia nak buat hal.

Sebabtu, nak tak nak, aku redah je jen suruh lari. Biar la aku sakit ke apa. Tahan je la selagi mampu. Aku tak kuat dah ni. Tapi aku taknak menyerah.

ASKAR - Azab Sengsara Kau Akan Rasa


MirAcLes dO HaPpEn!