MirAcLe WoRdS

06 August 2015

Bangah.

Untuk kau.
Aku tak tahu apa yang kau rasa sekarang ni. Aku tak tahu apa yang kau fikir sekarang ni. Tapi aku nak kau tahu ape yang aku rasa.

Yeah. Jujur, dulu memang aku admire kau gila2. Then aku approach kau and kau balas. Kau layan aku lebih dari sorang kawan. Lebih dari teman tapi mesra. Tapi, lepas aku percaya kat kau.. apa kau buat ?

Hm, kau ingat tak dulu, aku pernah cakap, kalau kau ada org lain, kau bagitau aku. Aku boleh berundur. 
Kau cakap apa ?
Kau takde sape sape kan ?

Kau ingat tak dulu, aku tanya,
"Betul ke kau suka aku ?"
Kau cakap apa ?
"Betul, kalau aku tak suka kau, takde aku layan kau baik macamni. Takde aku mainkan hati kau. Hati orang jangan dibuat main"

Kau ingat tak dulu, aku tanya,
"Aku ni sape pada kau?"
Kau cakap apa ?
"Susahnya nak jawab soalan ni"

Kau tahu sebab apa susah nak jawab ?
Sebab dalam hati kau bukan ada aku sorang je.

Jujur aku cakap aku tak marah kau. Aku tak benci kau.
Tapi aku kecewa dengan perangai kau.
Kenapa kau tak terus terang dengan aku. Aku faham kalau kau ada orang lain. Ye la, aku bukan la macam perempuan lain yang girly tu. Aku tak sweet. Aku selekeh sakai. Hm.

Ke kau suka tengok aku diperbodohkan. Meroyan hari2 pasal kau. Tweet kat kau. Bagi mesej kat kau. Call kau.
Kau suka la buat aku terhegeh hegeh kat kau ? Seronok buat macam tu ?
Seronok la kan ada orang care pasal kau. Orang kat sana jaga kau, aku kat sini risau kat kau. Hm. Seronokkan ade orang care pasal diri kita ?

So, what happen to the words " ni bakal menantu" ? Ingat ?
Kau tunjuk gambar aku kat mak ayah kau guna ayat tu. What happen ?
Mudahkan kau buang hati tu.

Dulu kau pernah mesej aku,
Kau cakap, "mungkin kau akan lupa mana kau letak hati aku. Tapi bila ada barang kau hilang, kau cari barang tu, kau boleh jumpa hati aku balik. Masetu kau akan ingat balik semua kenangan kita. Tapi tak tau la kalau masetu angin da berubah "

Sekarang ni angin siapa yang berubah ?

Who wins the game, Bangah ?
I do. Why ?
Cause you are a loser !

Know what, thanks for the experiences. Tak pernah terfikir akan jadi macam ni. Takde niat nak burukkan kau. Takde niat nak kacau hubungan kau. Kalau kau happy, aku happy gak.

Takde ape dendam dalam hati ni. Tapi kalau kau berdendam dengan aku, kau punya pasal. Aku malas nak tahu.

Oh lupa nak cakap, AKU DAH MOVE ON.


MirAcLes dO HaPpEn!

1 MirAcLes WilL HaPpeN !:

AS said...


Hi dear, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Post a Comment