MirAcLe WoRdS

12 April 2016

Setiakawan.

Alhamdulillah harini diberi nyawa untuk terus bertaubat. Eceh, ala Islamik gittew~
But, it is fact, you know.

Okay okay, taknak post yang serius serius. Kita mengamalkan konsep penulisan santai sahaja di sini ecehh :p

Lepas subuh, aku diberi kesempatan pergi jogging. Bukan apa, Isnin ni (18/4/16) aku aku ada ujian kecergasan ! Mampus aku sebab memang dah lama aku tak jaga stamina akuuuuuu *haha, padan muka*

Aku jog sorang. Baru 1km dah letih amat dah. Skru longgar lah. Apelah. Macam-macamlah rasa tetibe muncul.

Saat tu aku terfikir, macam mana, dulu, aku boleh lari 2.4km, 3.5km dengan 5km tanpa henti ? Siap ada kena naik tangga 4tingkat sambil berlari pulak tu. Gila betul !

Dan aku dapat jawapan.
" kawan "
Askar Wataniah banyak ajar aku bab kawan. Setia kawan.

" kalau 1 salah, semua kena "

So, everything kena perfect. Saat tu lah kau akan mula jaga kebajikan kawan kau. Kejut dia bangun awal. Make sure dia solat. Masuk baris awal. Bila physical training (PT) , diorang akan support kawan-kawan yang lain.

" come on guys, sikit lagi "
" takpe. Tahan je "

Macam-macam lagi dan akhirnya semua survive. Alhamdulillah.

Jadi, apa kaitan kawan dengan jogging solo tadi ?

Kaitannya, kadang-kadang kita rapuh bila kita sendiri. Kita perlukan support daripada orang terdekat jugak.  Jangan terlalu ego cakap " aku boleh bersendirian " sedangkan hakikatnya, Allah sentiasa ada dengan kita.

Berdoalah. Mintak didekatkan dengan orang yang baik baik.

Bila kita kehilangan kawan, JANGAN SEDIH ! Sebab kita dah doa nak orang yang baik-baik kan ?

That's it.

And,

I'm gonna miss you, Delta Force.


MirAcLes dO HaPpEn!

0 MirAcLes WilL HaPpeN !:

Post a Comment