Harini puasa perdana untuk batch Prodigy, batch form 4 a.k.a batch aku..
and, again,, add-math gabung kelas, and again dia duduk tempat semalam.
ALLAH,, kuatkan iman hambaMu ini...
susahnya!!! tak tau nak jawab apa! aku tanya orang sebelah, dia tanya aku balek soalan tu. aduuhhhhhh! menangis aku dibuatnye... aku angkat kepala. tenangnye muke dia buat addmath,! siap boleh senyum lagi! jeles! aku jeles! waa,, dia siap boleh ajar kawan dia pulak tuu,, hebad kau EGYPTIAN! lama aku pandang dia. tapi dia tak pandang aku punn,, busy sangat ajar kawan dia. aku dengar suara dia, tapi, sipisipi je.. humm,, sudah la kau!
aku putus asa sebab dia tak pandang. kenapa hari ni tak seindah semalam?
oh,, waktu addmath dah abes,, bace surah al-asr..
pandang dia for the last time before dia balek kelas.
ALAMAKK! kantoi,, dia pandang aku balek,, haha!
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
ari Jumaat.. akupuasa dengan AnN... pagi,, aku ngantok weyy! hujan pulak tu,, memag la menambahkan rasa untuk berhibernasi. So, aku tido sampai 7.20 pagi kat kelas.. tima aku g DHUHA, aku nampak dia kat kanti,nak basuh tangan. waktu riadah, aku pergi maen basket, testing untuk jadi player sekolah.
=.=''
Dia ada kat padang? dia bukan ak sehat ke? dah la pakai baju melayu dengan seluar slack. ish! ta pahal betul mamat nih.. lantak kau la! dasar EGYPTIAN! aku orang melayu,, tak paham orang macam kau nih!
aku nampak dia main bola.. stylo gak diamain. tak de rupa orang sakit. tat means, sakit dia tak parah.. bila aku story kat orang lain pasal dia main bola...
"eh, bole ke dia main?"
"dia sehat ke?"
"xde pape ke tu?"
"tak pengsan ke?"
wallaweyyy,, law aku da nampak dia main bola, aktif, cergas, muka bahagia.. that means sakit dia ade harapan nak sembuh! insyaALLAh,, aku akn sentiasa doakan dia... oh,, da pukul 6.15 petang,, aku nak balik dorm..
and, satu kebetulan, aku ngan dia pakai baju hijau malam nih... aku nampak dia mase on the way nak call mak. ni berita hepi,, yang sedihnya,,, BADAR dengki ngan aku.. konfem la aku tak dapat solat jemaah kan? bace Quran pon tak dpat jemaah.. dah la dia yang conduct! ish! jeles lha!
tapi, tak pe, sekurangkurangnye, dapat jugak dengar suara dia. Dia baca surah An-Naba'..
__________________________________________________________________
Bosannya minggu nih!!!
dia tak ada, dia pergi Terengganu unutk Nadwah kepimpinan, program untuk BADAR2 SBP..
so,, tak de cerita menarekk, cume
"Walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat,
bila kau rindu oejamkan matamu
dan rasakan a...a...aku.."
and...
"pulanglah sebelumku runaway,
aku menanti mu oh everyday"
humm.. jumaat ni balik, makan puaspuas,, ari isnin nak kena puasa dhaa.. ramadhan kan..?
___________________________________________________________________
Ya ALLAH!
dia baca al-Quran untuk Ihya' Ramadhan, budak perempuan dah panjang leher nak tengok dia.
aku? humm,, statik atas kerusi. dengar bacaan dia dengan hati yang agak sayu. maklum la, orang perempuan di bulan ramadhan ni.
"semoga ramadhan kali ni lebih baik" lagi la meleleh air mata aku. mane tak sedih bhaii!
1st ramadhan dah tak dapat. mencurahcurah ke ladang gandum!
____________________________________________________________________
Comelll!!! aku nampak dia mase dia nak keluar dari DM lepas berbuka.
Dah la mulut masih mengunyah, pipi bulat macam hamster pulak tuh.. tak senonoh..
tapi,, still comel..
____________________________________________________________________
aduhh,, pedih sungguh hati ni bila dapat tau yang ade budak perempuan TERsentuh tangan dia!
weyyy! aku belum rasmi lagi lhaaa! kaw jangan nak sebuksebuk bule tak? da la arini birthday dia! sakit jiwa aku bila kawan kau kata "hadiah birthday la tu"
bnyk la kau! aku rase nak sepak korang je,, takpetakpe,, aku saba!
INNALLAH MA'ASSABIRIN!!
and,, dear dia,
aku rasa aku da kurang minat kat kau sebab budak perempuan tu, aku rasa aku tak layak untuk kau.
____________________________________________________________________
minggu ni, aku balik naik bas, dia pun! kat terminal tu, aku jumpa mira, kawan mase aku kat sekolah lame dulu. lepas tu, kitorang pergi la taketake pic kat bawah tangga surau tu. gune DSLR nikon D3100 yaww! AnN ngan Akip wat plan..
"time dia turun, kau klik uke?"
dorang cakap kat aku..
time dia turun tu,, aku klik lhaa! then, dia masuk toilet.
dalam 3 minit lepas tu, dia keluar.
AMBOI AMBOI AMBOI.. bertukar wajah! dia pakai baju cheetah lengan panjang warna kuning air... bas melaka dengan johor sebelahsebelah je. aku masok bas dulu. then usha dia dari dalam. tiket kitorang sama.. gerak kol 2.30ptg. Amboi,, kasut kulit pun dah jadi sandal! erm,, tak de la baik mana mamat EGYPTIAN ni..
eh,eh, suke hati je label orang ehh,, kau tu,, cermin diri sikit!
bas ni pon satu! lembap gaya siput sedut, bas joho da gerak,, bas aku? maseh belum..
tak pe la.. aku tak nampak dia, aku nak usha gamba dia yang dekat tangga tadi..
ngehngehngeh! brader! kantoi la lu pandang kamera wa... sengal! muke blur gile lak tu.. senyum la sikit brader oiii! haha!
____________________________________________________________________
ari ahad dha,, aku gagah kan kaki untuk balik ke asrama
KALAU KAU BALIK ASRAMA, KAU BULE JUMPA DIA!
itu yang aku bisikkan kat hati! haha, sahsah aku dha angau nih!
lepas asar, aku pergi study sejarah kat surau... and timbul satu niat murni di hati suci aku nih,, haha.... aku amek kertas warna hijau ngan salotape..
'jom solat dhuha'
aku tulis kat kertas kecik tu.. kecik je,, lagi kecik dari jari kelinking aku.. dah tu aku letak salotape n aku pergi naik kelas Da vinci. aku cari meja dia.. ishh! mane nihh?
susah pulak nak cari sebab meja dah ubah kedudukan,, nak exam le katekan..
haa,, jumpe pon! aku tampal kat sudut meja dia..
aku nampak dia kat DM! pakai baju warna biru, eh,eh, same pulak dengan aku!
da janji kea? haha!
lepas prep malam, aku amek keputusan untuk kembali ke kelas dia untuk tengok balik kertas yang aku tampal...
=.=''............... mane kertas ituwwww? takkan dia buang kot?.. takpetakpe.. bak kate AnN, maybe dia simpan.
bole percaya ke? tak pe,, just wait and see...
____________________________________________________________________
exam addmtah bukan main susah lagik,, tah pape je la yang aku jawab!
ahh,, waktu rehat pon tiba,,, aku dengan bangganya melangkah ke surau.. solat DHUHA jgn lupa.. lepas ni exam sejarah pulakk..
than, aku tunggu kelibat dia. tunggu punya tunggu.. hummmm... tak de..
takpe, aku takkan menyerah kalah. aku akan tampal kat meja dia selagi aku tak nampak dia solat DHUHA. Just wait! aku akan buat dia muak! muahahahaahhaa!
____________________________________________________________________
nah, amek kaw! arini kertas biru pulak..
alamkkk! kantoi pula ade budak nampak aku keluar dari kelas dia! ahh,,
lantaklah.. bukan dia nampak pun ape yang aku buat dalam gelap tuhh..
____________________________________________________________________
exam BI agak susah... mathmode,, tak payah crite la,, mg niche area aku maths ponnn! kan..?
time DHUHA.. ohhh,, nakal ea? xnk pegi DHUHA... tak pe tak e.. akan ku teruskan perjuangan ini! i'll fight to the end! arini,, baju kitorang tak same.. aku pakai ijau, dia pakai biru.. takk pe,, aku pakai favourite kale dia,, dia pakai favourite kaler aku.. saling melengkapi kan?
sementara nak tunggu isyak.. dia duduk depan kipas lantai yg disediakan unutk imam.
lepas prep.. aku g tampal lagi kertas tuh.. tapi warna kuning pulak..
____________________________________________________________________
10.47 pagi...
"tengok tuu.." cha'ie ngan AnN tunjuk kat luar.. aku yang sedang borakborak ngan member terus usha tingkap tu..
ALAMAKKKKK! dia turun DHUHA lhaa!
punyerla hepi aku sampai nak lompatlompat jea.. aku sengih memanjang.
tapi, mase dalam surau.. kawan dia perasan aku. aku takut kawan dia dapat detect. lantak ahh,, aku menyeru ke arah kebaikan kann...?
lepas prep petang.. aku usha kelas dia japp.. huuu,, line clear..
aku tampal kertas lagi,, warna hijau,, tapi kali ni aku letak smiley.. tande aku suka sebab nampak dia pergi DHUHA. sempat jugak aku usha markah chemist dia.. 19/30.. bula tahan la jugak.. daripada aku?? humm entah lah.. yg before this,, aku FAIL!
____________________________________________________________________
*continue lagi
2 MirAcLes WilL HaPpeN !:
hoo,,kantoi g meja dye senyap senyap ,,haha..
butt,,comel jea !
well,, 'aku' dlm crite ni dikire stalker gak ahh
Post a Comment