MirAcLe WoRdS

10 January 2013

rahsia .

haha . rahsia dah pecah . macam mana sorok pun . orang dah tau .
nak buat cmner . yang pasti nye , aku tak buat bende tu . buat apa nak cuak kan ?

dia cakap : kita buat tak tau je laa .

and i was like , ,
okayyy . but howw ?
buat muke slumber je ?
aduii . ape ape lah . asalkan kau bahagia . and , aku update satu status ,
 " woi , AKU SINGLE lah ! tak main pakwe pakwe ni . jangan nak gosip gosip . baik kau berzikir . dapat gak topup pahala . =D "

#mohon terasa .

MirAcLes dO HaPpEn!

04 January 2013

i'm too young for that .

i'm not ready for this thing . I may listen to love songs , watch love movies . but , i don't think that i'm ready for that . i'm too young ~

aku tengok budak budak sekarang , fuhhhh . kapel dah pegang pegang macam dah kawin .

aku mungkin mungkin mungkin mungkin mungkin ada suka kat orang . tapi , untuk aku lebih dari tu . aku rasa aku tak mampu .

aku masih terasa seperti kanak kanak yang perlukan perhatian mak ayah . bila mak kata nak suruh aku drive . aku tak nak . sebab bila aku drive , aku rasa aku dah besar . aku tak nak !


okey , dah tak tau nak sambung apa . TT^TT
MirAcLes dO HaPpEn!

keep listening .

i'm DIRECTIONER !

ada masalah ? tak kan ?


#listening to Little Things .


MirAcLes dO HaPpEn!

kerja oh kerja

phewww . mengantuk gilaaaaa sekarang ni . tapi , atas permintaan seseorang . aku nak penuhi hajat dia tuh .


haaa , nampak tak ? nampak tak ? aku tak tipuu okayy !

okey , sekarang aku nak start cerita .

setakat ni , aku kira trainee lagik lah sebab baru je masuk 2 hari . aku belum belaja sukatan nak buat doh dan sebagai nya , so , kerja aku cume membersihkan takung dan sapu dengan majerin .





banyak wooo takung nye . maklum le , sekali buat sampai 8-12 adunan . memang  lah ada banyak takung . ini , baru sikit je takung nyaaa .

okay , lepas bab takung ni , aku masuk bab menggentel doh .

nampak tak ketulan hodoh tu ? besar kan ?
okey , kegunaan benda hijau tu pulak adalah untuk menimbang .
doh besaa tu , kena sukat dan timbang .

okey , satu ketul doh ni kebiasaannya seberat 50 gram . masih hodoh kan ketulan ni. so , kene gentel dia sampai jadi botak licin macam kepala budak budak kung fu Cina tuu .

haaa , ini lah ghupe nye setelah kena sentuhan lembut aku . *okey , sila lah muntah sekarang .*

lepas tu , mula lah membentuk doh .
 ni bentuk oval je . okey , tujuan aku tunjuk benda biru tu adalah , aku nak bagi tahu korangg yang roti tu perlu disembur sikit dengan downy untuk hasil yang lebih meberangsangkan . *okeyy , tipu .* kena sembur sikit dengan air minum biasa .

 hahaha . aku dah teror nak buat sosej bunga bunga niiii ~! senang je rupenye . sape nak belaja , boleh booking kelas dengan aku .
 okey , ini pulak , roti cheese . tapi , dalam dia letak majerin . sedappp !


ni pulak , dalam dia ada inti kacang . nak tengok transformation dia ? okeyy , scroll bawah .

lenyekk kan doh tadi . then potong potong sikit , lepastu , gulung . nanti dia jadi macam bentuk ulat tuu . *aku lupa nak amek gambar lah tadi . sori ~

gambar sebelum kembung .
 

gambar selepas kembung ,

bila dah kembung sikit roti tu , baru boleh dressing .


*lama jugak nak tungguk dia kembung . dalam 2 jam kutt .

 ni roti sosej sebelum dresing .

ni selepas dressing . gigil gigil lah jugak tangan aku nak buat zig zag ni . asek kena komen aje 
"jangan banyak sangat "
"tak boleh rapat sangat "
"eh , kedekut pulak "

hahahhaha . kesian aku .

masa ni dah boleh start panaskan oven .

bila temperature dah naik lebih 180 , baru boleh masukkan roti .

 sementara nak tunggu oti lain masak , boleh lah kita men'dressing'kan roti yang lain . kat atas ni , nama dia roti burger .

 dressing nye mudah , letak blackpepper sauce kat atas burger ayam tuu .
 lepas tu , letak mayonis . conteng conteng aje . kan dah siapp .


yang ni pulak roti cheese . letak cheese dengan mayonis jugak . same je macam tadi . main conteng conteng aje . hahahaha .

finally , 



roti dah masak . *guna istilah masak ke untuk roti ?

lepas masak tu , aturkan roti roti panas tu kat atas rak . biarkan dia sejuk . baru pack masuk plastik and seal . takut nanti masuk dek semut ke , ape ke . rosak pulak roti roti tu nanti kann .

keesokan hari nya , roti roti mula lah di jualll ~ 

*okeyy , tu je lah keje aku . and aku tak terlibat untuk selling .




MirAcLes dO HaPpEn!

cerita dah basi .

okey . aku tahu ni cerita tahun lepas . tapi aku nak cerita jugak .

benda ni pasal reunion aku dengan member sekolah rendah . R I N D U amat . dah lama dah bincang nak buat .

masa mula mula tu , ramai jugak lah nak datang . then , bila dah tiba 26 DISEMBER . 5 orang je yang datang . sedih gilaaaaa !

ada lah beberapa je yang datang .

okey , pada mula nya , aku nak naik bas dengan Nanie . Gerak dalam pukul 10 . tapi , rancangan berubah last minute . Mummy nak hantar . so , jimat sikit duit kuu ~ . hahah ~

aku sampai sana dalam pukul sepuluh pagi . *10 pagi . pergi Tesco jap . beli breakfast kat King's . lepastu gerak pergi Jucso Bandaraya . Azim dengan ajwad ada kat situ masa tuu . masa tu kat food court , duduk dekat dengan playground pulak tu . HAHA   ! tak sedar diri kann ?

lepas breakfast , kitorang gerak ke setiap floor . Nanie kata

" aku tak nak tengok wayang . kita reunion ni nak tahu pasal idop masing masing . so , kalau tengok wayang nanti tak dapat borak lama . "

aku pun rasa itu ada lah cadangan yang bernas . so, mereka mencadangkan untuk main dekat tingkat atas . alaaaa , main yang kena guna token token tuuuu . hihihihi . terasa comel bila masuk tempat ni and main main dengan gembiraanyaaaa . mula mula main "ice hockey" . aku lawan Ajwad . kalah kott . BHAHAHAHA ! tak teror rupenye aku ni . next , main basketball . alah , main shoot je . and guess what ? aku ngan Nanie beat Azim ngan Ajwad ! wuhaaaa ! Kitorang dapat 84 . dioarang dapat 48 . jauh kan ? jauh kan ? hahahaha !

lepas tu main racing kereta . aku kalah kottt . malu jea . hahahaha .


okey , ni gambar masa Azim dengan ajwad sedang syokk main game ape tahh . aku pun dah tak ingat .
 punya lah syokk main game sampai kitorang amek gambar pun diorang tak perasan  ape laaaa .

lepas main game . kitorang gerak lagi . jalan jalan kat tempat CD . tengok tengok and then g carik makan .. lapaaa ~
aku ngan Nania cop tempat . Azim dengan Ajawad carik makan . lepas tu , tukar syiff pulak . gila kau , banyak pilihan . tak tahu nak makan apaaaa . lama gila nak fikir . tengok harga lagik . aduii .
lama jugak lah aku ngan Nanie pilih makanan . dah dekat 20 minit kot baru balik kat meja .

Ajwad dengan Azim baru makan separuh ,

" korang tunggu kitorang ke ? " Nanie tanya .

" yelahhh , " Azim dengan Ajwad cakap .

" alalalalalalallalaaaaaah , sweet nye korang niiii " 

#silalah jeles sebab aku masih ada kawan yang gentlemen dan tahu nak hormat orang lain . hihihihihi~


lepas makan , aku sambung borak lagii . seronok bila ingat zaman muda muda dulu . hak hak hak .
segala jenis gosip keluar balik . yang dah lupa pun di ingat kan balikk .

then , aku baru sedaa , zaman sekolah aku dah tamat . TT^TT . huaaa ~

lepas ni dah tak main dah baju putih baju putih niii . main baju kaler kaler pulak . XD .

erm , lepas tu , naik tingkat atas balik . g masuk kedai komputer . carik CD kosong nak burn assignment adik aku . budak budak 3 eko ni pulak g test WINDOWS 8 wooo. ciiisss, sampai hati tinggalkan aku . tak pe tak pe .

lepas tu , baru gerak carik surau . kat surau kannn , huuuuu , sedihh !
keychain yang adik aku bagi terjatuh kat bawah kerusi . aku tak perasan . dah sampai Melaka Sentral baruaku perasan . keychain Padang Besarr tuuu .au rasa bersalah gilaa . kalau aku patah balik , takut tertinggal bas pulak nak balik rumah nanti . takpelahh , bukan rezeki aku kali ni . TT^TT

lepas solat , Iqram datang .
so , kitorang jadi 5 orang lah .
aku cakap aku nak balik naik bas . so , diorang hantar aku sampai sana . and , aku di layan macam budak 3 tahun kott .nak bali Sentral pun kena ada orang iring . masa ni , Azim dengan Iqram naik motor . Ajwad dengan Nanie teman aku naik jejantas panjaaaaaang tu .

masa on the way tuu , aku dengan Nanie gurau gurau lah dengan Ajwad .

" alamakk , abang Ajwad , nak nombor bolehh , ? " 

" ehhh . banyak lah kau ! "

" eh , salah . hai abang baju hitamm . nak kenal bolehhh ? "

 tetibe , "abang " yang ada anak panah merah  tu pusing belakang and pandang aku dengan Nanie . apee lagi ?
bantai gelak macam orang giiillaaaaaaa lahh !
BAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA !

sumpaa perasan nak mati je orang nak mengorat dia . tolong sikit yeaa . saya tak ada niat langsung nak mengorat "abang" . saya mengorat abang lain . HAHA !

and , macam biasalah , lelaki tu pandang depan macam tak ada apa apa yang berlaku . kan , Nanie ?
hahaaahhaahah !

#okey , cukup cerita sampai di sini . tak payah nak cerita panjang panjang lagi sebab lepas ni hanya cerita aku jumpa kawan Sharodz aku and aku naik bas yang banyak "abang bangla" dan "abang myanmarr" . seram ouhhh ! TT^TT .  dah lah tambang bas naik . dah jadi RM3 kot ! mahalll ~

p/s: kepada budak budak SKK'07 , lain kali , kalau dah pandai set tarikh , pandai lah datang . ini tidak , korang yang set . tapi korang yang tak datang . yang kerja, tinggal jauh or holiday , aku faham . ni yang tukang set tarikh yang tak datang . itu parah ! aku siap ketepikan hal hal lain nak jumpe korang . tapi , korang slumber je cakap " aku tak dapat datang " ~ seronok ke susahkan orang lain ? 0.o .
#mohon terasa .
MirAcLes dO HaPpEn!