MirAcLe WoRdS

29 October 2014

jangan sampai.....

kau mesti selalu dengar 

"sabar orang pun ada limit "

memang lah .

dan orang Melaka selalu kena label " cakap kasar "

no way ! we are no talking harshly . it's just our unique way to communicate . got it ?

haha . macam serious talk pulak ni kan ?

well actually , yes !

jangan sampai sabar aku hilang and .......

akal aku pun hilang and mulut ni mula mendatang kan dosa kat semua orang .
jangan sampai keluar bahasa bahasa Melaka klasik yang aku sendiri tak pernah keluarkan .
jangan sampai iman aku hancur sebab kata kata aku .

akhir kata .  

" kalau takde kata kata yang baik untuk dituturkan . lebih baik berdiam diri "


hashtag-prayforAfiqah'IzzatyTambyChik
hashtag-sabau je le!

MirAcLes dO HaPpEn!

kau dan aku ?

' kau dan aku adalah satu , tak kira apa .... '

ehehh . karok di petang hari pun best jugak kan ?
sambil ditemani angin sepoi sepoi bahasa daripada kipas rumah sewa ni .
melayan je la .

sebenarnya, aku tak tahu nak post apa . dah dekat sejam aku tenung post kosong .
serius, jari aku gatal gila nak menaip . tapi otak aku malas amat .
so, aku buat kerahan tenaga kat mata aku . suruh dia gugel sikit idea .
aku bukak belog orang lain . hmm . dia citer pasal bini dia . citer pasal anak dia .

aku ?

mana ada anak bini laki bini mak mertua kakak ipar bagai .
cerita mak ayah kan dah buat semalam .
mana boleh cerita banyak banyak .
tersentap hati nurani ni kang .
homesick =p

hesh . apakah ?
dah tua bangka pun tak sedar diri . dasarrrr sangat !

haha . tua tak tua . itu hak aku nak homesick okayy !

aku tak tahu nak cerita apa ni .
aku tak pandai nak berpuitis bagai.

hmm .

cuma nya .

p/s: masuk rumah jangan lupa beri salam . kan dapat kesejahteraan =)


MirAcLes dO HaPpEn!

28 October 2014

ke-sado-an

tiba tiba ter-throw back .

teringat masa kecik kecik dulu . masa aku still the only child of the family .
masa tu ayah aku dok kerja KL sana . busy oi dia . handle bahagian jenayah . lepak KL .
memang superb lah . busy tahap tak ingat .

seminggu sekali je kot aku jumpa ayah aku . tak pun 2minggu  sekali T_T
*untung kau jumpa ayah kau hari hari . tu pun kau nak buat gaduh jugak*

entah . aku tak ingat . aku kecik lagi mase tu . baru setahun jagung . *uuu . guna peribahasa kata nya*
aku rasa aku setahun dua la umur . sebab aku dapat adik masa 3 tahun .

yang aku ingat . bila ayah aku balik je , mesti aku dapat coklat berkepuk kepuk . seronok weh .
dah la boleh makan sorang sorang . tak yah nak rebut dengan sape sape . hehe hehe .
*ketamakan terserlah* ^^V

dan , masetu . kalau pergi shopping kan , mesti keluar rumah pepagi dalam pukul 10 ke 11 ke . then , shopping banyak banyak tempat . sampai ke petang baru balik rumah .

kenapa ?

sebab ayah aku bukannya ada kat rumah pun . aku dengan mak aku dengan makcik aku pergi la jalan jalan carik barang rumah . makan pun kat luar . kalau g shopping ni , mau 3-4 mall jugak la kitorang serbu . btw, zaman dolu dolu tu, barang bukannya mahal macam sekarang .
kau kena tahu tu ..... lagipun , bukan nya setiap mall tu kitorang borong sakan ...
kitorang banding kan harga dulu . mana murah , baru sambar laju laju . hehe .

punya lah sikit masa aku dengan ayah aku..... sampai satu saat tu, aku rasa aku boleh hidup tanpa ayah....

aku pun tak tahu kenapa rasa macam tu . mungkin masetu aku kecik and aku tak faham betapa penting nya beliau dalam hidup aku .

dulu, masa aku nak masuk sekolah, mak aku yang belikan barang barang aku .
ayah aku ? kerja .

bila aku dapat anugerah ke apa apa ke kat sekolah ... mak aku yang datang .
ayah aku ? kerja .

nak pergi sekolah... mak aku yang hantar .
ayah aku ? kerja .

haaa.. jangan salah anggap pulak . ayah aku bukannya lebihkan kerja dari family . cumanya, dah memang kerja incik pulis busy memanjang kan . katenye Malaysia negara aman ? *ehh?

normal lah kalau busy bekerja . kalau tak, makan gaji buta pulak .

kau tahu, bila aku besar... orang duk kutuk kutuk polis ni .
kau fikir tak pasal anak bini dia ?
kau pernah rasa tak ?

aku dulu duduk asrama . balik sebulan sekali .
ada sekali tu . time aku balik .. ayah aku takde kat rumah ?

dia pergi mana ?

bertugas untuk riot yang konon nak tuntut keamanan negara .
mungkin aku terlalu kebudak budakan untuk faham "keamanan negara" yang kau cakap tu .

bila polis bertugas , kau takde nak ucap terima kasih .
bila polis buat salah , kau kutuk tak sudah .
yang buat tu sorang je . bukan semua ...

pernah terfikir ?

and now , i'm wondering how SADO is my mom ....
cemana agaknya mak aku hadapi semua situasi yang aku cerita tadi .
mak aku kerja jugak .
mak aku uruskan aku ,
mak aku masak .
kemas rumah .
apa semua dia buat .

aku pernah tengok airmata mak aku 2 kali ja sepanjang 19 tahun ni .
1. masa arwah atuk aku meninggal .
2. masa mak aku tinggalkan aku kat Ipoh ni .

itu sahaja .

sado isn't it ?

and i'm also wondering .... mampukah aku se-sado mak aku ?

dapat pahala bila pandang wajah kedua dua nya . miss them  lot !

okay, sebelum aku blah. jangan salah anggap cakap ayah aku macam macam eh .
dia ayah yang baik dan bertanggungjawab .
aku je yang salah interpret dulu ...
dan... dulu je dia kerja KL . lepas kitorang pindah rumah, lepas aku dapat adik ke 2 dan 3 , ayah aku dah pindah . tak duduk KL dah .
lepak kat rumah je . itupun, kengkadang busy gak .

faham je lah kerja pak polisi ni . kan ?

sape geng anak polis ... angkat tangan !
MirAcLes dO HaPpEn!

alone .

aku dah 3 kali bukak blog post . aku ada benda nak story . tapi bila taip separuh jalan .... aku rasa citer tu boring . so aku delete post tu . hehe. sengal tak sudah .

and now . aku still tak tahu nak post apa. hehe ehehhehehehe...

well . sekarang tengah demam final ekzammmm ..

haha . den takdo la demam mano . den kan budak pandai . den makan tido makan tido yo .
tak setadi ape pun . *okey , menipu sangat*

cm biasa la . berhempas pulas nak final ni . sebelum ni bukan aku tak study . aku study okay !
aku antara pelajar cemerlang dalam kelas tuu *aamiin*
cuma nya, bila final ni ... datang satu nervous yang turun dari mana tah . dia menyerang aku sepanjang hari .
tido tak boleh . apa tak boleh . tapi bab makan aku berselera pulak ! =.=''
epinggan nasik tak cukup woi !
hehe

semalam , time nga dok buat latihan math, *pagi tadi ekzam math* tetibe tangan menggigil . tu dia baq hang !
tangan gigil nak tulis cemana oi ?

terpaksa aku stop kejap. aku sidai sidai baju . kilat kasut kawad . rehat beberapa ketika .
then , baru aku sambung study .

kenapa aku jadi macam ni ?

entah . ALLAH bagi . bagus lah dia bagi aku nervous ni .. kalau tak, mau nya aku tak study. jadi paus terdampar je atas tilam . haha .

hehe . okay okay . bukan nak cerita pasal gigil .. ni nak cerita pasal alone .

selalu sangat jumpa

bila perempuan cakap " leave me alone ", jangan tinggalkan dia alone .

hmmm , tak berani nak komen la ... tapi, apa yang aku mampu cakap .
bagi dia ruang sikit untuk dia tenang . dah lama sikit .... sikit je tau ... kau pujuk dia sikit . dia nak perhatian kau . tu je . tapi kau jangan tinggalkan dia terus .
lain lah kalau kau memang tak sayang dia ke ? ehhh , mengarut apakah aku ni ?

*okey, kepala celaru sangat sebab ekzammmm*

ni. aku nak cerita . kadang kadang kita akan rasa alone . even bila ada kawan kawan keliling pinggang pun , kita mungkin akan rasa alone .

kenapa ??


pernah terfikir tak yang ALLAH tu nak kau jumpa dia ?

pernah terfikir tak yang kawan ramai pun tak guna kalau kau tak ingat ALLAH ?

pernah terfikir tak yang ALLAH yang beri kebahagiaan ?

pernah terfikir tak yang everything happens for reasons ?


so, bila kau alone ... or kau dengan kawan kawan .... jangan lupa kat ALLAH ...

ceritanya, malam tadi aku tak boleh tido . aku sambung setadi sampai ke dua pagi .
ceritanya lagi . time tu semua orang dah tido.. aku tinggal sorang .
mula lah kepala ni fikir benda bukan bukan . haremmmm !

fikir benda tepi tingkap lah . benda begayut kat pintu ke .
hesh . kepala ... kepala ... macam macam .... *ketuk kepala dengan pen biru*
bila dah siap latihan tu , aku tutup lampu nak tido . pastu, aku terfikir benda mencangkung sebelah aku la . dia dok hadap muka aku la . heshhh . mengarut . tapi tak boleh nak buang imaginasi melampau ni . ....

tapi bila fikir fikir balik ... sekurang kurang nya , sempat la jugak baca ayat kursi sebelum tido ...
sebelum ni kira lebur je ,.. ada bismillah sebelum tido pun kira baik dah tu . haha .
mindset teruk aku ni .
entah bila nya nak berubah pun aku tak tauuu ..

*hashtag-pray for Afiqah'Izzaty TambyChik*


p/s: aku juga manusia . kadang aku terlupa . kadang aku terleka .
MirAcLes dO HaPpEn!

13 October 2014

spot the difference .

semester 1



semester 3


*KLIK PADA GAMBAR KEDUA UNTUK TUMBESARAN YANG LEBIH SIHAT*
aku ada buat circle bulat warna merah . tapi tak cukup tebal pulak. hehe . maaf ye.

selamat menyepot or menspot the difference !
astala vista !

MirAcLes dO HaPpEn!

12 October 2014

kepala angin .

mak aku selalu cakap aku ni kepala angin . bukan dia sorang je . mak aku punya mak pun cakap benda yang sama . *nenek aku laaa*

" kau pun kepala angin jugak "

hehe . suka bila mak cakap macam tu . tak tahu kenapa . ngeh ngeh ngeh .

aku mengaku la aku ni kepala angin .
*kepala batu pun ye gak*

mood selalu je berubah . kalau pagi tu kau nampak aku gelak . tak mustahil petang tu kau nampak aku monyok pulak . bende ni pun terjadi harini .

pagi nya , aku dah start mengusik orang . hampir semua yang rapat ngan aku kena bahan dengan aku . hehe . lepas tu  bila da masuk tengah hari tu , dorang dah mula buat serang hendap kat aku .

sikit sikit diorang kacau aku pulak . dah la mental nga koyak , diorang g kacau fizikal aku pulak . dijentik jentik nya tangan aku . heshhh . sabau je le . sudah nya , aku sepuk diorang guna tuala lap peluh . amek la kau bau busuk aku tuuuuu . siapa suruh carik pasal time mental aku koyak ! haha . padan muka ! =p

time aku sibuk sibuk sepuk orang tu . ada la yang mengusik aku ...

" kau ni , cuba la senyap sikit "

" okey " sentap dah time ni . terus aku blah g tempat lain .
pastu aku sarjen suruh amek lunch and makan dalam markas . sementara nak tunggu yang lain siap amek makanan . aku duduk diam je la . senyap . sepi . sunyi ... *eceeehhhh , poyooss*
then , bila habis makan, jen suruh tunggu kejap. dia nak bagi taklimat sikit . time duduk tu pun aku senyap je la . sentap tak habis lagik woi !

time nak balik tu, kena susun kerusi masing masing kat stor. masa aku beratur nak letak kerusi tu, ada la beberapa orang depan aku yang meruntuhkan tingkat kerusi tu . aku diam je. malas nak campur.
bila tibe turn aku, aku dengar

" kerusi runtuh ni mesti sebab aku budak tengah marah niii "

aku diam je lagi . terus susun kerusi aku . malas nak pandang . aku tau dia perli aku .
pastu aku blah . time nak amek beg tu, dia tutup pintu . kalau aku tak perasan, memang cium pintu la aku jawabnya. tapi, nasib baik aku perasan. pastu aku bebel la ,

" ke tepilah. menyibuk je !"

aku terus amek beg and dismiss terus dari markas.
 nasib la Kak Umie sudi tumpangkan aku naik motor dia harini. takde lah jenuh aku nak menapak balik rumah . hehe . baru je merasa bahagia sekejap, budak tadi tu membahan aku " heyyyy budak merajuk ni kaaaaaaaaaaaaaaannn "

aku mampu buat muka je .

aku balik rumah dengan aman dan tenang hati nya .
masa nak bukak spike boot tu, tetibe budak tu lalu depan rumah .
*rumah kitorang selorong*
dah la lalu depan rumah aku, lepastu, dia dok jerit jerit " ada budak merajuk ada budak merajuk "
buat malu kat jiran jiran je . nasib baik la depa pakat dok tidoq dalam rumah .
*eceeehh, da pandai cakap kedah sikit sikit*
hehe . aku tak tau pun jiran buat apa. jangan terpedaya =p . tapi yang pastinya, memang diorang duduk dalam rumah je. bersantai santai dihujung minggu katanyaaa.

hmm , aku pulak nak bersantai santai ni . sekian sahaja tazkirah harini . 
haha . lawak ! datang mana aku bagi tazkirah .

okey, sekian sahaja coretan hari ni . moga ketemu di masa yang lain . heeeeeeeeeeeeeeeeeee...





MirAcLes dO HaPpEn!

10 October 2014

ketidakserasian .

kadang kadang kita sangka orang yang dekat dengan kita tu adalah rapat dengan kita .
sebenarnya tak .

kau mungkin nampak aku selalu dengan dia . tapi kau tak tahu cerita aku dengan dia .
kau mungkin nampak aku selesa dengan dia . tapi kau tak tahu cerita aku dengan dia .
kau mungkin nampak aku kawan dengan dia . tapi kau tak tahu cerita aku dengan dia .

sebab aku tak pandai jaga hati orang .
aku tak reti nak pujuk orang .
sebab aku jahat .

jangan kawan dengan aku . nanti kau jugak yang sakit .




MirAcLes dO HaPpEn!

03 October 2014

sedih .

sedih . terkejut dengar berita budak form 3 tu . kesian sangat .

aku cuba letakkan diri aku kat tempat kawan yang buli dia tu . ya Allah haiii , tak sanggup rasa nya nak hidup lagi lepas benda tu berlaku . malu kat mak ayah . malu kat kawan kawan . malu kat semua orang . yang paling penting , MALU KAT ALLAH weyyyy !

budak form 3 tu . dia budak susah . mak ayah takde dah . tinggal dengan atok dia je .
kawan dia amek pencil case dia . sorokkan kat siling dewan . lepastu suruh dia amek sendiri .
time tu la dia jatuh . 30kaki kalau tak silap . muka tersembam dulu pulak tu . habis darah semua . dorang kata , masa jumpa dia tu, pencil case tu dia genggam . erat . nampak tak kesungguhan dia tu ? dia orang susah . tapi dia tahu bersyukur dengan barang yang dia ada . kita macam mana ?

sedih weh aku dengar adik aku cakap . kesian kat atuk dia . lepas ni takde teman dah . kesian . sangat . sampai time menaip ni pun aku rasa nak menangis .

aduhai , manusia . nak prank orang pun ada had nya . nak benci orang pun ada had nya . jangan la sampai teruk teruk macam ni .


sudah nya . empangan ku bocor jua T_T




MirAcLes dO HaPpEn!