MirAcLe WoRdS

16 April 2014

encik Teddy .

pagi tadi . masa alarm bunyi . kepala rasa berat gila . rasa tak larat nak bangun .
time azan tu , aku gagah kan jugak la untuk duduk . tak elok baring masa azan kan .

kepala jadi macam ni sebab semalam aku tak boleh tidur .
banyak gangguan . hehe . gangguan bunyi je . masa aku dah terlelap dalam 1 lebih tu , member g bukak tutup pintu pulak , pintu tu dah la bunyi ala ala rumah hantu dalam cerita seram .

bising .

kreeeeeeeeet sana . 

kreeeeeeeeeeet sini .

aku tersedar .

dah pukul 2 lebih lebih . aku tak tido tido lagi .

aku target nak bangun pukul 5 sebab nak study dengan aman .
kalau aku sorang , bole aku buat bising nak menghafal .

malang nya , lain pulak yang jadi . ALLAH tak izinkan . 

lepas subuh , aku baring balik . memang tak larat . last last , aku tertidur .
sejam lebih jugak la . 

aku mimpi . mimpi kan dia .
time tu macam kat asrama . banyak katil double decker . ramai orang .
tetibe ada spotcheck . time tu encik Teddy ada kat katil . 
and kalau ikut peraturan asrama tu , memang tak boleh bawak teddy bear .
time tu aku tak sempat nak buat apa apa sebab spotcheck mengejut kot .

apa lagi ?
encik Teddy kena culik aah .
aku kena panggil masuk pejabat .
rasa nak nanges time tu sebab warden amek encik Teddy .
no way ! no way !
cecepat aku siap siap nak pegi pejabat . 

masa aku masuk pejabat , aku nampak teddy ngan warden . dia pun ada kat situ .
tapi muka dia garang . sikit pun tak nak senyum . pandang aku pun dia tak sudi .
aku sedih , aku serba salah . 

'dia marah aku ke? mesti dia fikir aku tak pandai jaga barang . aku tak hargai apa yang dia bagi'

encik Teddy tu dia yang tuntut . dia amek , dia tulis nama kat buku barang rampasan tu . pastu dia amek encik Teddy and dia blah camtu tu je . tak cakap apa . tak buat apa . and warden pun suruh aku keluar .

aku cuba kejar dia . tapi tak boleh . dia laju sangat . and dia da balik dorm . aku terdiam time tu . tak tau nak buat apa . so , aku ....
aku naik tangga . sedih .

sampai tu je mimpi aku . 

pastu aku tersedar .


dengan mamai nya . aku rasa lega sangat . sakit kepala pun dah hilang ! 
yeay !
*berjoget joget*

don't you ever take it away from meeeeeeyyyhhh !!

p/s : kawan aku cakap , dia amek encik Teddy sebab nak ganti kan encik Teddy tu dengan diri dia =p 
"yela , kau kan suka tidur kat encik Teddy"


MirAcLes dO HaPpEn!

04 April 2014

throwback .

pepagi Jumaat yang hening ni . aku bangun masa azan subuh .
selalu nya bangun awal sikit . tapi semalam aku lupa nak set alarm . tu yang terlajak sikit tidur nya =p
sikit je okayy ! aku bangun dalam 6.04 pagi . haa .

lepas tu , aku solat subuh dulu . lepas tu , buat kerja dapur sikit . masak air je pun =p
hiks .
kerja lah jugak kan ?

lepas mandi , aku online .
saje je bukak album orang kat fb tu . tetibe jumpa gamba lama lama .

gambar masa kurus . masa kulit muka bersih . masa pipi cecomel gitu . hmmm .


dia tu junior . masa orientasi aku jaga group dia . dia form 1 . aku form 5 .
abaikan pasal ketinggian T^T

huuu . rindunya nak kurus .


MirAcLes dO HaPpEn!

03 April 2014

dot dot dot

permudahkanlah urusan menuntut ilmu ini , YA ALLAH .



MirAcLes dO HaPpEn!