MirAcLe WoRdS

31 May 2012

childhood .

entah kenapa tetibe aje semalam aku teringatkan zaman kanakkanak aku dulu .
masa kat rumah nenek .
masa kat sekolah rendah.
masa naik motor Mak na nak pergi sekolah agama .
masa tumpang motor tok akob balik dari mengaji kat masjid .

semalam aku baru sedar yang dah 10 tahun aku tinggalkan semua tu .
aku tak tau apa yang aku rasa .
kampung sekarang ni dah maju . banyak perumahan . banyak rumah kedai .
dah ada sekolah cina . sekola krubong pun dah banyak bangunan .
masa aku dulu , kelas sampai kelas C aje . sekarang dah sampai E .
orang dah makin ramai dalam kampung ni .
dah tak sama macam dulu .

ingat lagi masa tadika .

" esok kita main lagik tau , pukul 3 tunggu kat tempat biasa "

tempat biasa ? haha , dekat pokok durian belanda tepi rumah nenek aku .
aku rindu tempat tu .
childhood friend aku , bihah , mira , acap , zaed , adam .
rindu sangat masa dulu2 tu .

main basikal kat Kampung Ladang . pergi sana without permission sebab taknak kena marah dengan mak .
mak tak kassi main basikal tepi jalan besar tu sebab banyak lori lalu lalang .
lepas tu , kalau diorang ingat lagi , kitorang ade main kat tapak taman perumahan . masa tu ada air bertakung , than , kitorang gelar tempat tu , TASIK NAGA HARAPAN .
tiaptiap petang pergi tempat tu sebab nak main air .
teman nenek pergi memancing kat elakang sana tuu .

hem,, how i miss my childhood .
masa tu , tak kesah la kotor macamana pun , still nak main .
jatuh basikal sampai berdarahdarah pun still nak main lagi .
aku ingat lagi kaki BIHA berdarah sebab terpijak batu masa main tingting.
baju kotor sbab main baling selipar .
seluar kotor pergi panjat pokok rambutan .
buat rumah atas pokok .
main guli kat laman Cik ton .
lepastu curi air paip sebab nak main tanah .
main masakmasak . cari tempurung dalam kebun , beli lighter 20sen kat kedai paklong , lepastu mula lah main . masak macamacam. padehal masak tanah dengan air aje pun , kann ?


lepastu , bila aku masuk tadika .
aku still sama tadika dengan biha n mira .
tapi , dorang senior setahun lah .
hemm .. masa aku 6 tahun , aku dah dapat kawan baru .
kitorang selalu rebut tempat dalam kelas . hehe. and aku lah yang hebad !

1st place , aku , NURUL AFIQAH IZZATY TAMBY CHIK
2nd place , NURUL AZRA IZZATIE NOOR AZMAN
3rd place , NUR AMALINA IZZATI ALI

cari aku !

aku tak ingat sangat la position yang sebenar . tapi , yang pasti , nama tu betul ! hehehe.

masuk darjah satu , aku menangis time first day !
haha , lawak betul !
sebab , masetu aku sorang aje pakai pinafore . orang lain pakai baju kurung . tak ke aku nampak pelik .??

lepastu , yang aku ingat orang first aku kenal , FARAH AZUWA .
aku masuk kelas 1 Bestari . guru kelas masa tu , Cikgu ABDUL RAUF . ajar BM . and , aku jadi ketua kelas ! haha, berlagak betul masatu , nasib baik still ade orang nak kawan ngan aku .
aku ingat aku ade jentik telinga AZMANIZAL guna getah . AZIZ ngan FARID duk depan aku . then , kalau rehat , aku gilirgilir beli nasi lemak . aku share dengan AZRA . kalau harini aku beli air , esok aku beli nasi lemak pulak . macam tu lah seterusnya .
masa aku darjah 1 tu , aku pakai baju kurung biasa hari Isnin, Selasa dengan Khamis , pinafore m hari Rabu , tudung pakai hari Jumaat je . mask darjah 2 baru start pakai tudung setiap hari .... ke sekolah SAHAJA . betapa hipokritnya aku masetu .. hahah ! darjah 3 , terus jadi pengawas . masa ni lagiklah bajet kann , ?
kursus kepimpinan darjah 3 . how chubby i was .

darjah 4 , aku masuk kelas ARIF pulak . masa ni , ramai lah mukamuka baru yang aku jumpe , contohnya , NABIL , ADEEB , AJWAD , ATIKAH JAYA , ALYANI , NURUL , and tah sapesape lagiklah , aku tak ingatt !
darjah 6 , NABIL dengan AZRA pindah Negeri Sembilan .
dan aku ?
DAPAT PERMISSION PERGI SEKOLAH NAIK BASIKALLLLLLL !

pergh! bukan main riang ria di hari raya lagi tau ! maklum le , 3 tahun permohonan diluluskann . mana tak happy aku ni .

haha , mase ni pun dikire jahat . kalau takde kelas tambahan , aku lepak kat kedai depan sekolah tu , pukul 2 baru balik . then, siapsiap pergi sekolah agama pulak . haha.
bajet dah besar je mase tu nak lepak sane sini . sengal betul !

ahh,,, sedar tak sedar ,, dah lebih 5 tahun pun perkara ni .
aku pun dah nak habis sekolah .

betapa aku bencikan sekolah , tapi zaman tu jugak akan aku kenang .

kadangkadang aku sedih jugak tengok budak kecik zaman sekarang dah tak kenal tingting , konda kondi , batu seremban , chaptei , ahh , banyak bende dorang tak jumpa dah .
kesiann kan ?

warghhh ! aku rindu semua tuuuuuuuu !




__________________________________________________________________

dear friends , aku rindu korang sangat ! aku harap satu hari nanti kita dapat gather same2 .
aku nak korang tau betapa aku berterima kasih kat korang sebab bagi aku satu zaman kanakanak yang riang ! thanks kepada sesiapa yang still contact aku , AZIM, FARID, AJWAD , MUADZ , NANI , AZRA , and kepada sesiapa yang nama nya tiada di sini , tolong cakap dengan aku . nanti aku edit post ni ! aku SANGAT RINDUKAN KORANG !


*comment please . i need your respond !
__________________________________________________________________
MirAcLes dO HaPpEn!

30 May 2012

minta maaf .

baiklah , post kali ni mungkin agak berbeza sedikit sebab ...
entah lah . mungking sebab aku yang berego tinggi ni cuba membuat post tentang ' MAAF '
. satu perkataan yang cukupcukup payah nak keluar dari mulut aku ni . maklum laa , ego tinggi sangat . 16 tingkat .. fuhhh , gayat !

ok lah , . untuk kau yang berkenaan ,

aku tau aku banyak salah dengan kau .
selama ni aku buat tak layan kau sebab aku nak kau belaja dari kesilapan kau .
kau tau kan masa form 1 dulu pun kita pernah gaduh , dan pasti kau ingat macam mana kita boleh berbaikbaik . masa tu , aku sangat percaya yang kau akan berubah dan kau akan faham situasi orang lain . aku cuba terima kau dan aku nak kau tahu yang setiap orang ada teman masing masing . setiap orang mesti pandai sesuaikan diri dengan keadaan . kau kena pandai fit kan diri kau dalam masyarakat . bukan masyarakat fitkan diri dorang dalam kau .

then , masa form 4 tu .. kau buat hal lagi kann ? kau ulang balik kesilapan kau masa form 1 dulu . kau tahu tak masa tu aku baru aje mencekik kek birthday aku yang lewat sebulan .
kau tau tak yang aku still penat sebab 2 hour dalam bas ? kau tau tak aku dah cakap elok2 ngan kau tapi , apa kau balas .... ?

" yela yela . aku ni sape je bagi kau kannnnnn ? kau layan lah budak 2 orang tu "

weh , aku nak kau tau yang .. aku layan dorang tu sebab dorang paham aku . dan aku pun paham dorang . walopon kami mungkin tak paham 100% antara 1 sama lain . tapi , at least , kami boleh solve problem antara kami . aku nak kau terima kami seadanya . kau nampak aku rapat dengan dia . then , kau jauhkan diri kau . kau fikir lah elok elok .

jangan salahkan first day semata2 kau dah buat aku kecewa dengan sikap kau . everyone ade first day . ingat tu . kalau semua orang marah2 then mintak maaf gune ayat first day tuu .. hemm,, memang parah lah gamak nya .

now , setelah aku menjelas kan segala yang kelam bagi kau . aku nak MINTA MAAF kat kau .
aku dah lama maafkan kau , cuma aku tak bersedia nak terima kau lagi sebab hati aku dah berkecai disebabkan kau . bila aku bagi pelunag kedua . itu bermaksud peluang terakhir .
aku harap , lepas ni kau dapat KAWAN YANG JAUH LEBIH MEMAHAMI DARIPADA AKU .

nasihat aku :
kalau kau marah sepanjang baca post ni, aku mintak maaf . aku dah cuba yang terbaik untuk tidak buat kau marah . aku harap lepas ni kau jangan babitkan orang lain dalam hal ni . rasanya tak perlu lagi nak simpan number phone orang yang ada kaitan dengan aku lagi . harap maklum . !
MirAcLes dO HaPpEn!

29 May 2012

Terima kasih awakk !

holaa ! dah lama rasanya tak update belog ini .
maklum aje lah , dah lama tak balik rumah ! heee ~
10 minggu tak bukak blogger . tu yang berhabuk bersawang sana sini tu ..

MAAF ya !?

okayy ,, now nak bercerita tentang cuti sekolah ni .
semalam , saya dan keluarga bahagia itu , breakfast kat Subaidah .

hemm,, kedai mamak lah !

aku order roti tisu + teh ais aje .

sekali ... hamek kau !

dapat free lagi 2 roti tisu + 1 milo ais .

oh ,ya ! terlupa pula ,, suku keping roti cheese + daging hitam .

perghh ! puas aku nak menghabiskannya . aku paling last bangun dari kerusi tu . mamak mamak yang ada kat situ pandang aku semcam aje .

hello ! jangan nak pandang pelik , okayy ! aku yang memejukan kedai kau ni .. kalau tidak , dah lama kau bungkus balik negara kau lah ! tak pun kau jual karpet agaknya . tapi tak pe , jual karpet pun cepat kaya . karpet kan mahal .

then , hari ni , pergi tutti frutti .

pergh mak aiiiii ! sumpaa mahal gila nak mampussssss ~
menyesal datang , kalau aku tau mahal macam ni .. baik pergi singgah pizza hut or mekdi aje tadi ..

5 medium cup ,, hamek kau rm 77++ ... nak mampus ?
Frozen yoghurt aje punn .
hisssshhhhh ! tak patut tak patut .

10 gram = RM0.53
100 gram = RM5.30

erghhhhhh ! menyesal menyesall !

lepas tu , sempat pulak singgah pasar malam .

' alang alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak '

alang alang duit habis , biar habis sampai basah ketiak !

aku makan murtabak dengan popiah basah aje . hehe .

ni haa... aku malas nak rotate .
maybe ni the first and the last lah aku datangg ! melainkan kalau ADA ORANG BELANJA
*winkwink*

ok, that's all , bebeyhh !

# aku HAMPIR HAMPIR HAMPIR HAMPIR HAMPIR pengsan kat depan kedai pakcik apam tadi sebab ada orang tu buat darah aku terberhenti . haduii lah , kawan ! jangan buat aku macam tu lagi ehh ? lain kali , tanya aku dulu ,

- kau ada kat mana ?
- dengan siapa ?
- buat apa ?

kalau aku dah jawab , dan agak2 jawapan aku sesuai , baru lah tanya soalan cepu cemas . ini tidak ... main sembur aje . kalau aku pengsan tadi , camner ? kau bukannya dekat ngan aku punn . takkan pakcik apam tu pulak nak tolong aku kann ?

promise , lain kali jangan buat macam tu lagi tauuu ! grrr ~
MirAcLes dO HaPpEn!