masa kat rumah nenek .
masa kat sekolah rendah.
masa naik motor Mak na nak pergi sekolah agama .
masa tumpang motor tok akob balik dari mengaji kat masjid .
semalam aku baru sedar yang dah 10 tahun aku tinggalkan semua tu .
aku tak tau apa yang aku rasa .
kampung sekarang ni dah maju . banyak perumahan . banyak rumah kedai .
dah ada sekolah cina . sekola krubong pun dah banyak bangunan .
masa aku dulu , kelas sampai kelas C aje . sekarang dah sampai E .
orang dah makin ramai dalam kampung ni .
dah tak sama macam dulu .
ingat lagi masa tadika .
" esok kita main lagik tau , pukul 3 tunggu kat tempat biasa "
tempat biasa ? haha , dekat pokok durian belanda tepi rumah nenek aku .
aku rindu tempat tu .
childhood friend aku , bihah , mira , acap , zaed , adam .
rindu sangat masa dulu2 tu .
main basikal kat Kampung Ladang . pergi sana without permission sebab taknak kena marah dengan mak .
mak tak kassi main basikal tepi jalan besar tu sebab banyak lori lalu lalang .
lepas tu , kalau diorang ingat lagi , kitorang ade main kat tapak taman perumahan . masa tu ada air bertakung , than , kitorang gelar tempat tu , TASIK NAGA HARAPAN .
tiaptiap petang pergi tempat tu sebab nak main air .
teman nenek pergi memancing kat elakang sana tuu .
hem,, how i miss my childhood .
masa tu , tak kesah la kotor macamana pun , still nak main .
jatuh basikal sampai berdarahdarah pun still nak main lagi .
aku ingat lagi kaki BIHA berdarah sebab terpijak batu masa main tingting.
baju kotor sbab main baling selipar .
seluar kotor pergi panjat pokok rambutan .
buat rumah atas pokok .
main guli kat laman Cik ton .
lepastu curi air paip sebab nak main tanah .
main masakmasak . cari tempurung dalam kebun , beli lighter 20sen kat kedai paklong , lepastu mula lah main . masak macamacam. padehal masak tanah dengan air aje pun , kann ?
lepastu , bila aku masuk tadika .
aku still sama tadika dengan biha n mira .
tapi , dorang senior setahun lah .
hemm .. masa aku 6 tahun , aku dah dapat kawan baru .
kitorang selalu rebut tempat dalam kelas . hehe. and aku lah yang hebad !
1st place , aku , NURUL AFIQAH IZZATY TAMBY CHIK
2nd place , NURUL AZRA IZZATIE NOOR AZMAN
3rd place , NUR AMALINA IZZATI ALI
cari aku !
aku tak ingat sangat la position yang sebenar . tapi , yang pasti , nama tu betul ! hehehe.
masuk darjah satu , aku menangis time first day !
haha , lawak betul !
sebab , masetu aku sorang aje pakai pinafore . orang lain pakai baju kurung . tak ke aku nampak pelik .??
lepastu , yang aku ingat orang first aku kenal , FARAH AZUWA .
aku masuk kelas 1 Bestari . guru kelas masa tu , Cikgu ABDUL RAUF . ajar BM . and , aku jadi ketua kelas ! haha, berlagak betul masatu , nasib baik still ade orang nak kawan ngan aku .
aku ingat aku ade jentik telinga AZMANIZAL guna getah . AZIZ ngan FARID duk depan aku . then , kalau rehat , aku gilirgilir beli nasi lemak . aku share dengan AZRA . kalau harini aku beli air , esok aku beli nasi lemak pulak . macam tu lah seterusnya .
masa aku darjah 1 tu , aku pakai baju kurung biasa hari Isnin, Selasa dengan Khamis , pinafore m hari Rabu , tudung pakai hari Jumaat je . mask darjah 2 baru start pakai tudung setiap hari .... ke sekolah SAHAJA . betapa hipokritnya aku masetu .. hahah ! darjah 3 , terus jadi pengawas . masa ni lagiklah bajet kann , ?
kursus kepimpinan darjah 3 . how chubby i was .
darjah 4 , aku masuk kelas ARIF pulak . masa ni , ramai lah mukamuka baru yang aku jumpe , contohnya , NABIL , ADEEB , AJWAD , ATIKAH JAYA , ALYANI , NURUL , and tah sapesape lagiklah , aku tak ingatt !
darjah 6 , NABIL dengan AZRA pindah Negeri Sembilan .
dan aku ?
DAPAT PERMISSION PERGI SEKOLAH NAIK BASIKALLLLLLL !
pergh! bukan main riang ria di hari raya lagi tau ! maklum le , 3 tahun permohonan diluluskann . mana tak happy aku ni .
haha , mase ni pun dikire jahat . kalau takde kelas tambahan , aku lepak kat kedai depan sekolah tu , pukul 2 baru balik . then, siapsiap pergi sekolah agama pulak . haha.
bajet dah besar je mase tu nak lepak sane sini . sengal betul !
ahh,,, sedar tak sedar ,, dah lebih 5 tahun pun perkara ni .
aku pun dah nak habis sekolah .
betapa aku bencikan sekolah , tapi zaman tu jugak akan aku kenang .
kadangkadang aku sedih jugak tengok budak kecik zaman sekarang dah tak kenal tingting , konda kondi , batu seremban , chaptei , ahh , banyak bende dorang tak jumpa dah .
kesiann kan ?
warghhh ! aku rindu semua tuuuuuuuu !
__________________________________________________________________
dear friends , aku rindu korang sangat ! aku harap satu hari nanti kita dapat gather same2 .
aku nak korang tau betapa aku berterima kasih kat korang sebab bagi aku satu zaman kanakanak yang riang ! thanks kepada sesiapa yang still contact aku , AZIM, FARID, AJWAD , MUADZ , NANI , AZRA , and kepada sesiapa yang nama nya tiada di sini , tolong cakap dengan aku . nanti aku edit post ni ! aku SANGAT RINDUKAN KORANG !
*comment please . i need your respond !
__________________________________________________________________
5 MirAcLes WilL HaPpeN !:
best nye member lame still contact kau lagi!
member aku? harapan lah nak contact aku..
ibarat kacang lupe kan kulit,,,pheww..
a'ah piqa..untung sgt coz dorg still contact ko.. aq ni ha, aq yg kne cri dorg sesorg pulok..ntah pape ntah..
wahahahaha! muke kau time tadika !! kiut der! ahahaha,,, err, tapi,asal tak senyum? mesti lagi kiut ~ kui kui kui ~
masa ni panas lah . tak sempat nak senyum punn !
Post a Comment