MirAcLe WoRdS

10 March 2012

Pesan Cikgu Bahar

1. Banyakkan Istighfar .
-insya-Allah akan diperkenan kan doa.

ada satu cerita

Suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali) nak tidur kat surau /masjid malangnya, siak surau tak membenarkan imam berbuat demikian. maka dia pun tidur di kaki lima surau/masjid itu. tapi, dia masih dihalau oleh siak tadi. then, dia pun jalan lah dalam keadaan kesejukan. lepastu, dia terjumpa kedai roti. orang yang buat roti tu panggil dia .

" aku sedang membuat roti, tidurlah di tepi ketuhar untuk hangatkan badan tuan . "

maka, imam Hanbal pun pergilah berhampiran ketuhar .
seketika kemudian , orang tadi pun mula buat roti. sambil dia buat roti , dia istighfar.
maka imam Hanbal pun bertanya

" kenapa kau beristighfar ? "

" sesungguhnya dengan istighfar itu, Allah telak banyak memakbulkan segala doaku kecuali satu . "

"apakah doa mu yang satu itu ."

" aku mengamalkan mazhab hanbali , tapi aku tak pernah jumpa pengasasnya.. "

"akulah pengasas mazhab hanbali, akulah imam ahmad "

so, dapat tak pengisian aku ni ? perbanyakkan istighfar. bila teringat.. istighfar banyak2. nak2 lagi bila nampak maksiat. bila nak doa , bila nak solat , bila teringat benda2 yang tak elok. bila rasa nak mencarut .. istighfar banyak2.

2. solat hajat
bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang lain. contoh nya,

untuk kawan kita. tanya dia apa hajat dia .

-9A+ SPM
-Berjaya dunia akhirat
-mati dalam iman

so, kita buat solat hajat untuk dia. mana tau kot2 doa kita makbul. dah tu, jangan risau pasal hajat kita pulak.. sebab setiap doa yang kita tujukan untuk orang lain, malaikat akan doakan kembali untuk kita. jadi.. 2 in 1 kan ? ALLAH MAHA PEMURAH weyy! ingat tu. and,, ajak parents kita doa untuk kita. doa parents tiada hijab . Insya-ALLAH.

3. solat witir

sekurangkurangnya 1 rakaat 1 malam. ni amalan Rasulullah .
orang kata solat ni solat penutup. tapi, boleh aje kalau nak buat solat lain selepas solat ni.

4. Solat dhuha

fadhilat nya adalah ditambahkan rezeki . buatlah di waktu rehat kalau ada masa okayy !?

doa dhuha


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh


Renungrenungkan dan selamat beramal ~

MirAcLes dO HaPpEn!

0 MirAcLes WilL HaPpeN !:

Post a Comment