MirAcLe WoRdS

14 January 2014

Rumah sewa

so , seperti yang diperkata kan semalam , aku buat harini . 
nak update pasal rumah sewa kan . 
emm , rumah sewa ni boleh tahan besar dia . 
3 bilik , 2 tandas , 1 dapur .
rumah teres dua tingkat .

housemate aku ada 7 orang .
5 orang adalah classmate aku . sorang budak seni bina . sorang lagi sama course tapi kelas lain .


ni gambar lama .

alkisahnya , pagi tadi aku bangun awal sikit . niat hati nak kemas rumah . bila aku tengok semua orang still lena dibuai mimpi , aku pun TER TER TER TER join diorang plak . hehehh . mane tak nye , dorang kata nak start kemas pukul 8 . time lepas subuh aku baring baring . pastu , dapat call . si Cu`a tercall aku . tup tup ,dia end call . di sebabkan bateri phone aku dah ber kelip kelip mintak diisi , aku pun rajinkan kaki menuruni tangga . charge phone . then , aku duduk termenung kat meja makan .

"semaknya ! " 

bekalan makanan tu dah bersepah kot . memasing dah amek barang , tak reti nak susun elok elok . termasuk la tuan punya blog ni . asal boleh capai , asal boleh letak je . camtu la cara nya . haha .
tapi , ni da sampai tahap aku sakit kepala tengok bekalan tu , so , kemas la semua sekali dengan pika . 

pika start menyapu dapur . so , aku sapu ruang tamu . lepastu , terus kemas kat bahagian luar . dah banyak sangat pasir habuk rumput bagai kat bahagian tu . kasut selipar pun dah bersepah . semalam time aku kabut nak keluar , aku tersepak selipar siapa tah . nasib baik tak keluar pagar . ehehehehe *gelak sopan*

ini hasil nya .

lepastu , aku siap tuka cadar , kemas nota nota lama . pack barang banrang yang aku nak bawak balik nanti . semua benda aku dapat settlekan harini . mood mengemas aku hadir dengan jaya nya . ahaha .

selepas mengemas . keadaan menjadi bersih , kemas dan teraturrrrrr .

ini baru la panggil  "HOME SWEET HOME "

=)

by the way , semalam aku tengok cerita LUTH MAHFUZ kat TV3 .
best gak la cerita dia . 

cerita dia camni secara ringkasnya ;
encik suami mintak cerai kat puan isteri . anak dia pulak ada sakit jantung .
puan isteri letak syarat , encik suami kena ikut semua cakap dia . and hanya boleh ceraikan dia selepas 40 hari . so , sepanjang 40 hari tu , puan isteri didik suami dia ikut sunnah Rasulullah .

  • sarung kasut dengan kaki kanan .
  • baca doa naik kenderaan - puan steri siap tuliskan doa tu untuk encik suami hafal .
  • baca doa sebelum makan
  • utamakan buah sebelum makan nasi - ini penting sebab , ada satu artikel tu aku baca , boleh dapat kanser kalau makan buah kemudian . wallahu`alam .
  • masuk tandas dengan kaki kiri 
  • pakai alas kaki
  • guna kayu sugi 
  • sebelum tidur , kibas tempat tidur sebanyak 3 kali + baca bismillah sekali .
  • tidur menghadap kiblat .
  • tidur mengiring ke kanan sambil letak tapak tangan kat pipi kanan . 
itu la antara yang aku ingat .

ending nya , encik suami dia tak jadi ceraikan puan isteri . malang nya ,puan isteri sakit . and , meninggal .
anak dia dapat penderma jantung . so , anak dia sihat . mak dia jadi arwah . 

that's all .

p/s: Bukan harini je kita amalkan sunnah Baginda . bukan harini je kita berselawat . Bukan harini je kita rindu Baginda . moga harini menjadi titik permulaan untuk diri kita . 


Salam Maulidur Rasul .


MirAcLes dO HaPpEn!

0 MirAcLes WilL HaPpeN !:

Post a Comment