MirAcLe WoRdS

24 January 2014

Kuala Lumpur .

nak tahu tak ? aku dah lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak g KL .
serius . seingat aku , yang last , masa sekolah rendah . hehe .
masa balik last month haritu pun , bas ada lalu kat Pudu . lalu je laaahh . takde nak stop stop nyee .

oh ya . lupa pulak nak cakap kenapa aku pegi KL .
aku g sana under Tennis club .
aik ? dah kenapa aku masuk kelab tenis pulak kan . background tenis pun takde . table tennis pun cam hape je yang aku main .

well , bagi aku . time ni la aku nak cuba sesuatu yang baru . tak salah kalau kita mencuba kan ?

okay okay . dah melalut ni .

sekarang , nak cerita pasal weekend harituu .

Jumaat , gerak g KL pukul 6.30 petang . eksaited wa cakap luuu .
kitorang pegi tujuh orang termasuk lecturer . aku , Zira a.k.a akak , Liza , Izhar dengan Hafiz .
ada lagi sorang tu , senior , nama dia Afiq . kitorang sem 2 . dia sem 5 kalau tak silap .

dalam pukul 8.40 malam , kitorang sampai Jalan Duta . dekat dengan stesen bas tu ada court tennis .
kitorang terus masuk situ .

first impression . aku terkejut . tersentap dan bermacam macam terr lagik lahh .

usha ni ......

yup . diorang ada kekurangannya . tapi , teror kot diorang main !

tetibe coach panggil kitorang . erk ?
dia suruh main weh . perghh ! kemain segan lagik . aku mana la pernah main benda alah tu .tetibe dia suruh .
main depan bebudak pro pulak tu . bebudak wheelchair tu bebudak MSN kot . ada yang wakil Malaysia lagik tuu . wuwu , maluuuu !

tapi , kena ingat , 
1. dalam nak belajar ni , tak boleh nak memalu 
2 . setiap orang ada kelebihan masing masing .

hmm . time ni la first time aku belaja main tenis . dengan coach MSN tu . wuwuwu .
bola aku semua dah gaya main baseball . asek homerun aje semuaa . lawak habis aa !

masa aku duk tepi court . melayan text mak aku . tetibe bola muncul dari atas . dia jatuh kat bahu aku and melantun hentam rahang aku .
pergh ! sedap dapat makan bola . =,=

main sampai dekat pukul 12 . then , pegi lepak rehat bagai kat Subang Perdana .
tidur lena habis . baring je terus melayang tah kemana . hahaha .

Day 2 
hari sabtu . bangun subuh , terus siap siap .
pukul 7 lebih dah turun court tennis . mula mula main single , half court . pastu single full court . last , lawan beregu dengan lecturer sekali . haha . seriius kelakar bila aku servis . free free je aku bagi diorang menang . tah apa apa lah aku nii =,=

lepas tu , pegi beli breakfast . balik rumah , mandi . 
berpeluh habis basah satu badan oi . nikmat habis wa cakap luuu .
lepas tu , kitorang pergi Jalan Duta balik . the boys , stay kat situ dengan player tennis tuu .
sampai2 je , kitorang lepak . then , lecturer ajak main tennis . heeee . apalagi oi ?
main la sesuka hati . sampai pukul 2 petang kot main . tak heran panas terik dah .
perasaan nak main tu tinggi sangat . seronok habis .

memula lawan hafiz . bola dia tinggi weh . sangat sesuai dengan akuu =,="
lepastu , lawan Izhar pulak . hmm. yang ni tak payah cerita . dia main dah gaya pro dah . padehal semalam , sama je tahap dia dengan aku . dia ni , bola laju . memang tak sempat nak kejar . 
mesti dia fed up main ngan aku . hahahaha . 

pukul 2 stop . 
masuk kat pejabat Abah .
liza kepenatan . dia menahan mengantuk . abah pulak suruh Hafiz panjat kerusi and check aircond tu .


baju aku basah habis . macam baru lepas kena siram dengan air .
rambut basah macam baru lepas mandi . air menitik wa cakap luu .
gila ahhh . dah lama tak bersukan sampai basah begini . selalu basah sikit je .
pastu , lecturer bagi rehat kat dalam bilik tu . Liza ngan Akak dah lena . aku je dok terkebil kebil . 
nak tido , tak boleh . pahal tah .
last last , aku skodeng bebudak tu  main tenis kat court . haha . 

lepas asar , lecturer ngan Abah *suami lecturer* ajak kitorang pegi makan .
sebelum tu kitorang jenjalan kat Ampang Park . Lecturer nak carik raket baru .
hmm . kat kedai tu , aku usha usha je la . nak beli tu . emmmm , banyak kali nak kena fikir . hehe .
time aku duduk kat kerusi tu . tetibe je ada raket jatuh . hentam tangan aku . tepat pada tulang radius .
sakit woi .
aku terdiam 2 saat . lepas tu , baru aku terasa sakit . adoi lahhh
semalam makan bola . harini makan raket . cool enough huh ?

lepas tu , abah bawak kitorang pegi makan .
tapi , aku tak tau tempat tu kat mana . hehe .
me with nasi pataya and barli ais . yeeeeeeppppiiii !

lepas tu , kitorang g solat maghrib isyak kat masjid .
then , balik pejabat abah .

Izhar dengan Hafiz kena present ' Dream Board ' diorang . 

Pembelajaran luar kelas harini adalah ; 
1 . cara nak handle event . 
2. atur cara majlis
3. Izhar cakap " kalau nak cari diri sendiri , kita kena banyak mengembara "
4. Hafiz cakap " kalau kita berani pasangan angan angan , kita kena yakin yang kita boleh buat + kita kena fikirkan impak kalau kita tak dapat capai angan angan tu "

dekat pukul 1 pagi baru balik rumah .
apa lagi , dah letih satu hari tuuu . tido aaaaaaaahhhhh .
nikmat oi . tidur yang sangat berkualiti . mantapp !

Day 3 ,
hari ahad .
pepagi dah siap . 
kemas barang nak balik sekali . then , pegi pejabat . jumpa abah .
abah ajar kitorang guna walkie talkie . siap ajar bahasa radio sekali .
nama aku kalau guna bahasa radio 
" Juliet Alfa Yankee "
haha . pelik kan ? tapi , comel . aku suka . hiks .

dalam pukul 9 lebih tu ,
 Lecturer bawak kitorang pegi Times Square .
ada event kat situ sampai pukul 4 .
lepas tu dia bawak pegi kelua makan .
and round kat KL jap .


lecturer ngan abah ada dinner . diorang drop kan kitorang kat TS pukul 6 petang.

tapi , member aku kata , kalau nak masuk kat dalam tu cm tak berbaloi sebab bayar mahal tapi dapat main kejap je .
so , kitorang jenjalan , explore TS sampai pukul 9 malam .

bende alah ni comel bila kena pijak . aku segan nak lelama kat situ sebab yang memain kat situ just budak kecik umur 2-3 tahun je . 
pastu , aku suka memain kat tangga piano tu .ada bunyi bunyi lagi tuuu . heeeeeeee~

nah , TS .





kitorang nak contact satu sama lain guna walkie talkie .
serius best . serius seronok . dah macam Running man dah kat dalam tuu . 

dalam 11 lebih baru kitorang gerak balik Ipoh . pergh . dia punya mengantuk , tak payah cerita lah . seharian weh berjalan sana sini . memang penat . penat sangat . dalam van pun , the girls duduk blakang skali . so , kitorang tak dengar apa yang the boys dengan lecturer borak .
last last , kitorang tertido . kih kih . tah cemana lah agak nya gaya aku tido .
macam buruk je . macam buruk je .
hahaha .

apa yang aku ingat . 
aku bukak mata je terus nampak pintu pagar politeknik ungku omar .
dalam hati aku " saba ehh poli . esok aku lalu situ "
hhahaha .

aku sampai rumah dalam pukul 2 pagi . 
lepas tu , aku bereskan kerja aku sikit . basuh baju bagai . siapkan lab report yang aku lupa nak buat =.=
sampai pukul 4 pagi . 
lepas tu tido . 6 lebih , bangun .
siap siap nak g kelas . dia punya mengantuk tu ,
tak payah cerita . serius . aku tak produktif langsung ! 

waktu rehat ,

kura kura duduk di tangga !

drugs for me . menahan the mata yang like this -,-

nasib baik dapat bertahan weh .

balik rumah . mandi . makan . rehat jap .
tah bila tertidunya pun aku tak perasan .
yang pasti , aku tertidur depan TV . beberapa kali aku tersedar , tapi tak larat nak bangun . last last , dekat pukul 12 malam baru aku baik bilik . hoho .

that's it . cerita Kuala Lumpur berakhir di sini =)



MirAcLes dO HaPpEn!

0 MirAcLes WilL HaPpeN !:

Post a Comment