So, setelah sekian lama tak post. Alangkah lebih baik aku start kan post dengan berkongsi tips tips untuk adik adik yang bakal tempuh alam IPT. Lebih lebih lagi yang bakal mendaftar di politeknik amnya, dan Politeknik Ungku Omar khasnya. *ecehhhh*
First of all adik adik ku, kat IPT sekarang takde dah nak buku terabur2 atas lantai. Kalut kutip buku pastu terpegang tangan dan bertemu jodoh. Takde2. Tak wujud dah. Zaman sekarang pakai pendrive je. Kalo jatuh tu nanti belum tentu ada jodoh kau dengan pendrive tu. Mungkin ke longkang. Mungkin dipijak orang. Masetu baru lah kau tahu jodoh mana yg lagi penting. Hehehehh.
So, adik adik, meh aku start kat sini.
Sebelum nak pergi daftar kat IPT tertentu. Make sure kau selidik dulu tempat tu. Kalau tempat tu jauh dari runah kau. Contohnya macam Melaka dengan Ipoh ni lah kan. Kau selidik la tempat penginapan dulu. Takkan kau nak bertolak pukul 2 pagi, sampai ipoh pukul 7, lepas tu pergi daftar kan ? Lepastu, kau kena survey gak jalan mana yg mudah nak sampaikan kau kat IPT tu. Sebab bukan kau sorang je nak mendaftar. Ramai lagi. Tempat parking pun nak kena rebut nanti.
Ni aku bagi checklist untuk korang.
Prepare barang awal2.
1. DOKUMEN PENDAFTARAN
- borang jawapan
- manual pelajar *kalau ada*
- dll *ikot kehendak IPT masing2. Mcm resit bayaran yuran ke.. salinan ic mak ayah ke*
2. KEPERLUAN HARIAN
- pakaian harian
- pakaian kuliah
- pakaian formal
- toiletries
- sepit dan hanger baju
- sikat rambut + bedak + alat mekap
- kasut sukan
- kasut formal
- selipar toilet
- gayung + baldi
- mug + sudu garfu + tupperware
- cadar + selimut
- towel extra
- alat solat
- ubat2an
- dll *jika perlu*
Prepare untuk hari kejadian *pendaftaran*
1. SEBELUM
- siapkan barang2 keperluan dalam beg galas / beg tangan
- baca manual pelajar
: sebab masa aku dulu, time daftar WAJIB pakai baju putih. Kain hitam. Tudung hitam. Kalo tak ikut manual, teruk kena marah. Pastu pendaftaran kena postponed. Orang lain dah habis daftar baru kau boleh daftar.
- bayar yuran seperti yang dikehendaki pihak IPT
2. Semasa
- bertenang dan ikut arahan AJK
3. Selepas
- masuk asrama/ kolej / kamsis
Unpack semua barang. Susun elok elok dalam almari. Pasang cadar. Dan buat la ikut suka kau.
Akhir kata, sebelum mak ayah balik rumah, mintak doa dan restu daripada diorang.
So, adik adik. Kalau ada benda nak tanya. Jangan segan silu ye. Semoga bertemu di post yang lain.
Sekian, wassalam.
0 MirAcLes WilL HaPpeN !:
Post a Comment