Assalammualaikum readers !
(Ada ke readers ?) hahahaah.
Di pagi ahad yang indah permai ini. Sesudah subuh aku takde mood nak sambung tidur so aku duduk diam diam kat tingkat bawah.
(Okey tipu, aku menyanyi lagu Ziana Zain sambil terfikir tentang masa depan )
Apa yang aku fikir kan ?
Masa depan.
Tolak tepi dulu cerita sambung belajar, kerja, kahwin beranak apa semua. Ni perancangan pasal rumah.
Orang kata, kalau benda tu penting, kita kena tulis pasal dia. Macam tulis nota lecturer tuu.
So, aku nak tulis perancangan perumahan aku.
Aku tak kisah kalau rumah tu teres ke, semi-d ke apartment ke, asalkan ia sebuah rumah yang boleh sumbat satu family masuk. Tapi taknak rumah besar-besar sangat. Nanti penat nak kemas .
Dalam rumah tu, aku nak wajibkan ada satu ruang untuk solat. Nak buat mini library. Dan wajib ada bilik main anak anak.
So, kegunaan ruang solat adalah, mungkin sementara waktu Maghrib ke isyak tu, boleh la tenangkan badan dekat situ. Tadarus ke, solat sunat ke. Lagi best kalau ada tazkirah maghrib kan ? In Shaa Allah, satu hari nanti.
atau kalau ada tetamu nak tumpang solat, kan mudah ada mini surau ni. tak perlu lah dia nak masuk masuk bilik kita kan. segan !
simple.
Mini library ?
Aku tak limitkan bahan bacaan kepada akademik saje. Mungkin boleh letak komik Naruto. Novel remaja macam Dunia sains Aiman tu. Majalah wanita kee. ( cheh, siapa baca majalah tuuu )
Asalkan minat membaca dapat ditanamkan dalam setiap ahli keluarga aku. Aku membayangkan bilik ni ada rak rak almari yang disusun buku mengikut genre. lepastu ada aircond dan ada kerusi malas. Air cond tu bukan apa, it's just like daya penarik untuk orang berkunjung ke bilik tu. Bila dah masuk bilik tu mestilah tergerak hati nak pegang buku kan ? awal-awal biar la pegang dulu, nanti lama lama mesti ada minat nak baca kan ? kerusi malas tu pulak untuk buat kita membaca dalam keadaan santai. macam ni :
haaa, teruja kan ? lagi syiok kalau sofa tu menghadap tingkap. macam ni kee..
sebenarnya ada impian nak yang macam ni
tapi disebabkan cuaca kat Malaysia ni tak sesuai dengan decoration camni. terpaksalah aku kuburkan dulu impian ni. hmm.
and kalau boleh, rak buku tu nak yang fancy sikit design dia. macam ni :
cantik menarik tertarik kannnn ?
mungkin nak letak satu ruang untuk mengajar anak-anak kecil kenal huruf dan menulis. macam ni
tapi taklah sebesar ni. buat kecik je, simple.
dan ada ruang untuk aku dan suami (cheh) untuk buat kerja yang kena guna komputer.
Bilik main anak-anak ?
bukan apa, senang nak kemas nanti. takdelah bersepah satu rumah. just siapkan satu ruang untuk mainan diorang. satu rak untuk diorang letak balik mainan. karpet untuk diorang golek golek. meja dengan kerusi kecik untuk dia main tea time dengan teddy bear. cukuplah tu.
karpet tu tak yah besar besar sangat kot. sebab nanti kalau dia nak main hotwheels, kereta tak mau gerak pulak. pastu dia ngamuk. kau gak yang susah nanti. tak gitu ?
okay, sekian sahaja cerita tentang impian saya.
this is not relationship goals tapi ni family goals. and i'm working hard for it.
study rerajin. nanti bila kerja, kena rajin menabung.
doakan saya dapat capai impian saya yaaaa !?
0 MirAcLes WilL HaPpeN !:
Post a Comment