MirAcLe WoRdS

11 January 2017

random.

tak tahu kenapa tiba-tiba macam nak post pasal benda ni.

1.SUAMI

tak. tak. aku belum nak kawin lagi. calon puk takde lagi. nak kawin macam mana ?

cumanya, tengok realiti harini membuatkan aku terfikir. aku cuma berharap dapat suami yang memahami. suami yang, boleh terima aku apa adanya. suami yang, kalau tahu aku busy seharian, dia balik rumah, dia tak bebel. contohnya, satu hari tu aku kerja, balik rumah letih, nak masak nak cuci pinggan mangkuk kuali bagai. kalau dia taknak tolong, takpe. asalkan jangan nak membebel kat aku.

" ni apa pinggan kotor ? "
" nak minum pun takde cawan "

dey brader, kalau awak cuci satu cawan untuk awak minum da cukup bagus brader. yang lain tak cuci takpe. aku boleh buat. eh, tapi kalau nak tolong cuci semua pun bagus juga. suami mithali gitewwwww..

and aku harap suami aku pandai masak sebab kalau aku sakit kena admit wad ke apa ke, at least dia boleh masak kenyangkan perut dia.

p/s: nak cikgu math sorang boleh hihi

Image result for pietro boselli teaching
hottest math teacher :  Pietro Boselli.. nak sorang camni tapi muka melayu la.. tall dark and handsome. taknak sado ketui sangat. nanti makan cerewet. susah nak jaga. huhu

2.BAKAT

aku takde bakat langsung dalam bidang seni. seni lukis ke seni tari ke seni suara ke, semua takde. baram jadah ke laut.

tapi memang dari dulu teringin nak belajar main gitar. bila fikir-fikir balik, jari ai pendek. kalai belajar ukulele boleh jugek kan ?

teringin nak belajar. tak tahu bila ada peluang.

dan aku juga sangat cemburu dengan orang yang nyanyi high pitch. macam Ernie Zakri, Ziana Zain dengan Nana.

Image result for talent


3.WATTPAD
banyak sangat cerita type kat wattpad tapi tergantung. tak tahu nak susun plot dia macam mana. banyak sangat plot yg bercelaru dalam kepala. setakat ni ade 5 cerita yang tergantung rasanya.
even dekat blog ni pun, ade 3 cerita yang dibuat daripada 2011 tapi tak habis sampai sekarang. acano tuh ?

Related image

4.TRAVEL
aku teringin nak travel solo. tapi takut juga. mesti parents tak bagi punya.
teringin jadi indipendent women yang sangat wow. tahu, lelaki tak suka perempuan indipendent sangat, tapi apa salahnya nak merasa kan ? kalau takde orang masuk minang, aku travel la sana sini.
oh, aku jenis tak kisah travel luar ke dalam negara. aku jenis redah je. pastu, aku jenis backpack punya. bukan vacation. kalau pergi satu tempat, aku nak jalan jalan pergi tempat lain. ambik gambar. cakap dengan local people. bukannya jenis buat hal sendiri, harap orang bawakkan pergi sana sini. that's me.

Image result for solo women backpacker

5.GADJETS
aku dari dulu lagi teringin sangat nak ada DSLR. lepastu aku kuburkan impian tu seba ekonomi family yang tak menentu. lagipun, DSLR tu cuma kehendak, bukan keperluan. tapi sejak masuk degree tu, keinginan tu muncul kembali. mungkin sebab aku target nak banyak travel kut. teringin nak gambar yang cantik sebagai kenangan. 

Image result for female photographer with camera travelling

tak cukup dengan DSLR, aku rasa trend sekarang, ambil gambar guna drone pun macam sesuatu yang menarik. jadi, hati ni melonjak teringin jugak. 

Image result for backpackers photo taken by drone
sangat wow kalau kau travel and boleh ambil gambar cantik macam ni.. just WOW !



setakat ni, tu je lah nak taip.

sekiannnnn...
MirAcLes dO HaPpEn!

0 MirAcLes WilL HaPpeN !:

Post a Comment