MirAcLe WoRdS

Showing posts with label #masak. Show all posts
Showing posts with label #masak. Show all posts

27 February 2014

roti

ape kejadah nye budak ni tetibe rajin masak kan ?

haha . ni aku nak habis kan sisa roti sebelum dia berkulat .

ingat tak resepi roti sosej haritu , kan aku buang kulit tepi kan ?

aku simpan dalam satu bekas .

so , harini , aku masak beliau .

bread sticks

bahan bahan ;

Kulit roti
Garam
Telur
Butter / Majerin
Susu 



mula mula , pecahkan telur , lepas tu , letak garam secukup rasa .
campurkan dengan susu *aku guna susu dutch lady* dalam 2 sudu .
pukul telur . then , panaskan kuali . cair kan butter or majerin tu . celup kulit roti dalam campuran telur tadi ,
and gorengggggg ~

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh 


setinggi tinggi penghargaan di ucapkan kepada Encik Mayonis dan Puan Sos kerana sudi menjadi pelakon tambahan dalam cerita ini . semoga mereka tetap sudi untuk terus bekerjasama dengan kami .

*mengarut*


hehe .

p/s: resepi ni sesuai utuk budak budak yang ngengade sangat sampai tak nak makan kulit roti .
tak baik membazir ye dik . amalan syaitan tu . kata sayang ALLAH ?



MirAcLes dO HaPpEn!

26 February 2014

western sikit .

hai hai . 

Assalammualaikumm ! sihat ?

aku sihat je alhamdulillah . just penat sikit . and , serabut . haha .
takpe la . put that aside . aku nak cerita pasa experiment aku yang mendapat pujian semalam . hehe .

experiment 1 

Roti sosej

bahan bahan 

- Roti 
- Sosej 

mudah kan ?

mula mula , sosej tu dipotong 4 . then ,  rebus sosej dengan garam sikit . pastu aku letak blackpepper sikit . nak bagi rasa kat sosej tu . 
sementara nak tunggu sosej tu , amek roti , buangkan kulit dia . 

*opppss . jangan buang terus . simpan kat dalam satu bekas*

lepas tu , roti tu , potong kepada 2 bahagian . penyekkan roti tu sikit .

bila sosej dah siap , tunggu dia sejuk sikit . then , gulung dia dalam roti . macam ni ........



bila da siap gulung tu , boleh la goreng dia .

cadangan hidangan ;

1. Bread crumbs

kan lebihan kulit roti tu , panaskan dalam 5 minit dalam oven . lepas tu , sejukkan pada suhu bilik . 
then , baru boleh masukkan dalam blender . jangan blend sampai hancur . bila bread crumbs tu da siap , letak dalam pinggan . 
salutkan gulungan roti tadi dengan telur , lepas tu , golekkan roti tu atas bread crumbs .
goreng ....

roti akan lebih crunchy =D

*rumah ni takde blender T^T*


2. Cheesy

and , bagi sesape yang suka cheese , mudah je . just potong cheesedale kepada 2 bahagian . letak atas roti . then , gulung dengan sosej .  

*bajet lari , tak boleh beli cheese =p*

3 . Penambah rasa

boleh makan dengan sos atau mayonis




Experiment 2 

Potato salad

- Kentang
- Kobis
- Carrot
- Mayonis

mula mula , rebus kentang . letak garam dengan blackpepper sikit .
* biasa nya aku tak buang kulit kentang . sebab bila dah siap rebus nanti lagi senang nak buang kulit dia guna tangan*

sementara menunggu tu , potong carrot jadi dadu dadu kecil . 
hiris kobis sekali . masukkan dalam satu bekas .

bila kentang dah siap , buang kulit dia , and masukkan dalam satu bekas lain . 
buat la kentang tu jadi mashed potato . hancur lumat kan beliau .

bila da siap , masukkan kentang tadi dengan mayonis dalam bekas yang ada kobis . 
gaul sebati .

and , siap !

cadangan hidangan ;

1. Letak kismis , epal , atau anggur 

untuk kombinasi rasa yang lebih menarik . 

ecececeeeeehhhh =p




Experiment 3

Mashed potato 

tapi , yang ni , tak menjadi la gravy sauce dia tak menjadi sebab bahan tak cukup .
aku takde butter dengan tepung jagung . aku share je la resepi diaaa ,

bahan bahan 

kentang 
butter
kiub ayam 
kicap
tepung jagung
air
serbuk black pepper

untuk buat gravy sauce ,
mula mula cairkan butter . lepastu , masukkan kiub ayam . 
bila dah sebati , masukkan campuran tepung jagung dengan air .
*campuran ni untuk pekat kan kuah. so , pepandai adjust ye..*
masukkan blackpepper .
last sekali , letak kicap sikit untuk bagi warna kat beliau ...

siap .



as a conclusion ,

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh !


3 in 1
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


alhamdulillah . kenyang .

gendang gendut tali kecapi , kenyang perut , senang hati 


=D

MirAcLes dO HaPpEn!

25 February 2014

Nasi Ayam Goreng

halo halo .
apa khabar anda anda semua ?

Assalammualaikum =)

ni cerita semalam sebenarnya . saya teringin saaaaaangat nak makan nasik ayam goreng . hari ahad haritu , tak jumpa pulak kat pasa malam . so ,aku beli nasi ayam .
malam tu , tak selera nak makan . maybe sebab penat baru balik dari kem . dan jugak sebab tak dapat apa  yang aku nak ... kot . 

malam tu tido , kelaparan ..... masih nak nasik ayam goreng jugaaaaaakkk !

so , apa lagi choice yang aku ada kan ?

time ni la aku kena tunjukkan skill memasak aku .. cewaaah . menyampah kan ? hahaha .
poyos sangat aku ni . 

ye , aku tau =p

so , untuk dinner semalam ( Isnin ) aku try la buat nasik ayam goreng tuu .

Bahan bahan nya ....



Nasi ayam
Bawang merah 
Bawang putih
Carrot
Cili kisar
Telur
Kicap
Garam 

semuanya secukup rasa . 

mula mula tu , tumis bawang merah ngan putih yang dah siap hiris .


Lepas tu , masuk kan cili kisar , carrot . Pecahkan telur . gaul semua sekali .
dah masak sikit tu , masukkan ayam daripada nasi ayam tu . *ayam tu aku da cincang halus sikit la*
masukkan nasi ayam tu . letak kicap . then adjust la garam tu secukup rasa ... 

ending nya , aku masukkan sup ayam kat nasik goreng tu . biar dia kering sikit . 
*ni ikut taste aku la*

and , tadaaaaaaaaaaahhh


makan sampai habis . wuwu , sedap weyy . rugi tak rasa =p

 makan sampai licin .

hehehehheeh . puji diri sendiri pulak budak ni , kan ? . 
hahahahahahahahhaaha

mana ada orang lain nak puji .
biar la kita masuk bakul angkat sendiri .... *cerita sedih*


 sebenarnya . resepi tu hentam je . 

kah kah kah . 



MirAcLes dO HaPpEn!

15 January 2014

saya budak baru belajar .

harini kelas pack gilaaaaaaaaaaaa !
Encik Chau tetibe nak buat kelas programming pulak pukul 8 pagi .
terpaksa la kitorang gerak awal . kalau tak , kelas start pukul 9 ,
then , da dekat setengah jam menunggu . tetibe dia datang and dia kata dia ada meeting =,=

haihh . bertuah punya lecturer !
tak memasal je dah buang masa satu jam .
last last dok lepak kat kafe je sebab house mate aku belum breakfast .
aku breakfast roti dengan susu je , ala ala omputih gitu =p

pukul 9 baru class start cam biasa .
and , kelas digital sepatutnya habis pukul 1 ,tapi  puan bagi balik pukul 11.30 . ada la kerja yang dia suruh buat . sebab tu dia bagi balik awal .
balik , buat la kerja sikit .
lepas solat , terus g kampus . masuk kelas math 2 jam . belaja differentiation pulak tu .
haishh. menguji keimanan guwa betul !

maklum la , masa SPM dulu mana la aku pandang bab ni . hehe  padan muka , kan dah jumpa balik time diploma ni . ohohoho .

encik bagi latihan . aku  buat la sikit sikit . pastu dah sampai satu tahap tu , aku terdiam . pastu aku angkat tangan .

"Encik , i'm lost ! " haha .
Encik pun ikut aku cakap ... " ape yang awak Lost ni ? "
" yang ni camne ? "
pastu encik ajar step by step sampai aku paham and sampai aku boleh tolong ajar kawan aku sikit sikit . hehe . Mak , anakmu ini dah cerdik sikit lagi . wuwu ~

ada satu soalan tu , aku tak habis buat lagi , tetibe encik cakap jawapan aku salah . then

" dah dah , awak tak payah buat . kejap lagi saya tunjuk kat depan . ni soalan mana , E ke F ? "

" E "

"haaaa , korang yang lain ni dapat tak jawapan E ? "

" dapat dapat . senang je la yang E "
hmm , yelah , bila the boys berkata kata kan . senang aje la sume bende . pastu berlagak . grrrrr . menyampahhhh !

" so , dah la . tak payah tunjuk E saya tunjuk F "

pastu encik diam . tak buat pape . aku terus la buat kerja aku .
kejap lepas tu encik datang kat aku .

" dapat jawapan tak ? "

" dapat dah . betul la saya buat tadi . just belum siap je . pastu encik da cakap saya salah . "

" benda ni agak hitam tau . . . " encik ugut nak tepek muka aku dengan pemadam white board .

" eh , encikk ! bukan salah saya . saya tak siap lagi tadi ...... encik cakap salah .... "

pastu encik gelak . ciss . gelakkan aku la tu . saba je laaaa .
haha . nice . aku suka lecturer ni . dia ajar sorang sorang . step by step . so , aku pun kalau tak paham , terus je angkat tangan . senang dapat guide terus daripada dia . hopefully , math aku sem ni pun okay . tip top macam sem lepas . insya ALLAH . aamiin =)

lepas kelas math , kokurikulum .
petang tadi still tak dapat main tenis . kitorang memain biasa je .
balik lewat . 6.15 petang baru balik . tambah 20 minit berjalan kaki , baru la sampai rumah =,=
baru la nak solat bagai . makan pun belum .

aku decide nak beli . tapi masa on the way balik tadi , kedai feveret tu ramai sangat orang . kalau tunggu nanti lewat pulak solat nya . so , aku fikir nak masak je la kat rumah . boleh la jimat sikit kan ?

aku dah lama teringin nak makan nasik goreng tom yam .
tak pernah rasa pun .
saje je nak try .


bawang merah 
bawang putih
cili padi
kiub tom yam 
nasi 
telur
sosej 
garam

*semuanya secukup rasa , ikut selera memasing ye*

hiris bawang merah , tumbuk bawang putih .
panaskan kuali , letak minyak .
tumis bawang tadi . then , masukkan kiub .
kalau kering , tambah air sikit . 
lepastu , masukkan cili . 
sosej .
*ni sebenarnya pengganti kepada ayam . maklum la , rumah bujang ada apa je kan ?*

lepastu baru masukkan nasik . gaul rata . pecah kan telur .
finally , garam . gaul kan semua sampai diorang jadi mesra . 

and , tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh ~


wuwu . okay tak ? okay tak ?

well , komen aku untuk masakan sendiri ... kurang garam . terlebih kiub . haha . rasa dia tak balance . 
pastu tak de sayur pulak tu . tak feel sangat la aku makan . hehe . 
kalau ada timun fresh , or tomato , mesti best . 

ala , bersyukur je la dengan apa yang ada . ehehe 
ni je la meal aku harini . makan lunch siap pakej dinner supper sekali . hehe .

pukul 8 malam baru dapat makan T^T
kesian baby baby cacing dalam perut I ni .

nampak tak ke-pack-an jadual aku harini .
okey okey , aku over . haha .




 cuaca malam ni ---->

best . hujan lebat . dapat mandi hujan sampai basah lencun . wuwuwuwuwu ~

p/s : jangan bagitau mak aku tau aku mandi hujan . nanti aku kena marah . hehe . peace yo ^^V


MirAcLes dO HaPpEn!