MirAcLe WoRdS

27 March 2016

Perancangan masa depan.

Assalammualaikum readers ! 
(Ada ke readers ?) hahahaah.

Di pagi ahad yang indah permai ini. Sesudah subuh aku takde mood nak sambung tidur so aku duduk diam diam kat tingkat bawah. 
(Okey tipu, aku menyanyi lagu Ziana Zain sambil terfikir tentang masa depan  )

Apa yang aku fikir kan ?

Masa depan.

Tolak tepi dulu cerita sambung belajar, kerja, kahwin beranak apa semua. Ni perancangan pasal rumah.

Orang kata, kalau benda tu penting, kita kena tulis pasal dia. Macam tulis nota lecturer tuu.
So, aku nak tulis perancangan perumahan aku.

Aku tak kisah kalau rumah tu teres ke, semi-d ke apartment ke, asalkan ia sebuah rumah yang boleh sumbat satu family masuk. Tapi taknak rumah besar-besar sangat. Nanti penat nak kemas .

Dalam rumah tu, aku nak wajibkan ada satu ruang untuk solat. Nak buat mini library. Dan wajib ada bilik main anak anak.

So, kegunaan ruang solat adalah, mungkin sementara waktu Maghrib ke isyak tu, boleh la tenangkan badan dekat situ. Tadarus ke, solat sunat ke. Lagi best kalau ada tazkirah maghrib kan ? In Shaa Allah, satu hari nanti.
atau kalau ada tetamu nak tumpang solat, kan mudah ada mini surau ni. tak perlu lah dia nak masuk masuk bilik kita kan. segan !

Image result for surau di rumah

simple.

Mini library ?
Aku tak limitkan bahan bacaan kepada akademik saje. Mungkin boleh letak komik Naruto. Novel remaja macam Dunia sains Aiman tu. Majalah wanita kee. ( cheh, siapa baca majalah tuuu  )

Asalkan minat membaca dapat ditanamkan dalam setiap ahli keluarga aku. Aku membayangkan bilik ni ada rak rak almari yang disusun buku mengikut genre. lepastu ada aircond dan ada kerusi malas. Air cond tu bukan apa, it's just like daya penarik untuk orang berkunjung ke bilik tu. Bila dah masuk bilik tu mestilah tergerak hati nak pegang buku kan ? awal-awal biar la pegang dulu, nanti  lama lama mesti ada minat nak baca kan ? kerusi malas tu pulak untuk buat kita membaca dalam keadaan santai. macam ni :


haaa, teruja kan ? lagi syiok kalau sofa tu menghadap tingkap. macam ni kee..

Image result for home library

sebenarnya ada impian nak yang macam ni


tapi disebabkan cuaca kat Malaysia ni tak sesuai dengan decoration camni. terpaksalah aku kuburkan dulu impian ni. hmm. 

and kalau boleh, rak buku tu nak yang fancy sikit design dia. macam ni :
Image result for fancy bookshelf designs Image result for fancy bookshelf designs Image result for fancy bookshelf designs
cantik menarik tertarik kannnn ? 

mungkin nak letak satu ruang untuk mengajar anak-anak kecil kenal huruf dan menulis. macam ni

tapi taklah sebesar ni. buat kecik je, simple.

dan ada ruang untuk aku dan suami (cheh) untuk buat kerja yang kena guna komputer.

Bilik main anak-anak ?
bukan apa, senang nak kemas nanti. takdelah bersepah satu rumah. just siapkan satu ruang untuk mainan diorang. satu rak untuk diorang letak balik mainan. karpet untuk diorang golek golek. meja dengan kerusi kecik untuk dia main tea time dengan teddy bear. cukuplah tu. 


karpet tu tak yah besar besar sangat kot. sebab nanti kalau dia nak main hotwheels, kereta tak mau gerak pulak. pastu dia ngamuk. kau gak yang susah nanti. tak gitu ?

okay, sekian sahaja cerita tentang impian saya. 
this is not relationship goals tapi ni family goals. and i'm working hard for it. 
study rerajin. nanti bila kerja, kena rajin menabung. 

doakan saya dapat capai impian saya yaaaa !?



MirAcLes dO HaPpEn!

03 March 2016

" Tegurlah aku... "

Okay, aku kat sini bukan nak cakap siapa betul siapa salah. Aku cuma nak luah je semua aku rasa. Kau nak judge, kau punya pasal.

First, aku dah lama perhati perangai kau. Perangai tak boleh mengalah kau tu. Aku kena sekali dua, boleh lah aku tahan. Sampai 3 tahun ni, sesak gak lah kepala aku. Contohnya, bila tengah sedap borak2 " Eish, tengok kaki aku luka2 ni, cm kaki jantan "... dan kau tibatiba muncul dengan ayat kau, " kau tak fikir aku ? ". Everytime kitorang borak, tak kira pasal apa pun, kau akan muncul dengan ayat kau tu. Eh, apa siak, aku nak kena fikir pasal kau !? Make up your mind lah ! Tak hengen langsung fikir pasal kau.

Second, bab projek. Aku pun tak tahu kenapa kau dalam group aku. Masa bincang2 pilih tajuk, kau ada ? Masa cari contoh report kat library, kau ada ? Masa bincang nak buat inovasi, kau ada ? Kau datang sekejap, tanya ni, tanya tu acah acah kau buat kerja, then kau lesap. Bila jumpa supervisor, kau bukan tahu apa pun. Muka je acah acah busy tahu semua benda. Angguk2 tanda faham. Blerggghhhh ! Bila orang taknak jumpa supervisor, kau sibuk nak jumpa. Tapi dalam kepala kau kosong ! You know nothing bout FYP.

Third, perasan lawa. Eh apa siak semua orang yang lalu sebelah kau, kau cakap dia pandang kau. Aku mula perasan perangai hodoh kau ni bila balik dari kedai. Nanti kau mula lah, " perasan tak lelaki yang pakai baju *** tadi. Dia lalu sebelah aku, dia pandang je aku ". And i was like, errrrrrr kau lawa ke orang nak pandang kau ? Well, dia ada mata. Biarlah mata dia nak pandang mana pun. Mungkin dia usha kau " eh, hodoh gak perempuan ni ". Kau mana tahu ? Kau tahu semua pandang kau tu, semua nak ngorat kau. Pigidaaaaahhhhh!!!

Fourth, kau memang tak boleh kurang dari orang lain. Contohnya markah quiz. Bila markah kau rendah, and markah kawan kau tinggi sikit dari kau, mula lah kau mengomel. Kadang2 kau tak sedar omelan kau tu buat kawan kau kecik hati. Dia dah berusaha nak dapat markah baik, biarlah dia dapat. Kau nak bebel2 kenapa ? Pastu, aku ingat lagi masetu Acumin selfie dengan aku masa Fit Malaysia. Bila kau tengok hambar tu, kau nak mengamuk pulak. Apahal ? Dah kau takde kat situ, kami selfie dua je lah ! Tu belum masuk cerita tempat2 yang kitorang pergi jalan2 tanpa kau lagi. Malas ah nak cerita.

Fifth, taekwondo kau. Ah, yang ni lagi cam gampang. Bapak berlagak siak kau. Baru join team poli je pun. Orang lain main Sukma,Sukipt, rilek je. Kau baru MSP dah gelabah biawak. Heboh dok tayang medal gantung dalam billk uh. Aduhhh ! Aku punya medal wataniah ada 3,4 pun aku simpan dalam laci. Malu nak tunjuk kat orang. Lepastu tak habis habis, " ah, kaki sakit. Kaki lebam. Kaki luka. Aku terjatuh tadi ". Mungkin kau dah tua kot. Orang lain okay je lari takde jatuh jatuh. Dah kau hari hari jatuh apahal ? Hilang stability ? Oh lupa, kau ada sakit telinga. Yela, telinga kan ada kaitan dengan imbangan badan. Hm, kalau kau belajar sains tingkatan 2 mesti kau tahu.

Sixth, kau selalu rasa diri kau je yang betul. Even adik2 kau kau kutuk. Kakak kau kau kutuk. Makcik2 kau, sedara mara kau. Semua kau kutuk. Inikan pulak kami yang kawan2 kau ni. Lagik la sedap kau nak kutuk sesuka hati. Up moment dekat WeChat. Lepastu budak lelaki tanya2 kat aku. Apebenda yang ada dalam kepala otak kau eh ? Ke kosong ?

Seventh, driving. Aku tahu kau kutuk driving aku. Yela, aku kan tak biasa bawak kereta. Tiba2 sem ni ayah aku bagi bawak kereta kat sini. Lepastu sedap kau kutuk aku, brek mengejutlah, masuk simpang tak bagi signal lah. Okay fine, kau cakap aku pemandu teruk, tapi sekurang kurangnya mak ayah aku percaya kat aku. Diorang bagi aku bawak kereta. Kau ? Hahahahahahahahaahahahahahahahahahahaha.
Start enjin je lah !
Itu pun kalau mak ayah kau percaya kat kau. Hahahahahahaahhahaahahahahahahahahahaha.
Oh ya, pasal statement kau kat WeChat yang ' Driver Melaka ' tu, ingat ya ! Bukan aku sorang je driver. Raaaaaaamaaaaaiii lagi.
And, nampak sangatlah kau jarang drive opsss tak pernah drive kot, sebab kau tak jumpa lagi driver negeri lain. Even driver negeri kau pun buat taik. Pengalaman aku sendiri, dia keluar simpang tak tengok kiri kanan lepastu nak hon aku ? So, still nak cakap " Driver Melaka " kurang ajar ?
Lain kali, nak up moment, pakai jari, fikir pakai akal fikiran ya ! Janhan ikut sangat rasa hati tanpa otak yang waras tu. Takut takut kecundang kihkihkih

Eighth, kau suruh aku reflect kenapa aku tak ramai kawan. Okay, now let me tell you. Aku tak ramai kawan sebab aku jahat. Aku senang benci orang. Aku tak suka perangai kau, aku benci. Kau buat hal, aku benci. Aku mengamalkan sikap PERGI MAMPUS. Yang sama perangai dengan aku je stay. Adalah 2,3 orang. Tu je. Sekarang aku nak tanya, kau ramai kawan ? Kalau ramai, baguslah. Jangan lupa amek selfie dengan diorang 😂😂

Ninth, aku tahu semua orang sayang negeri masing masing. Tapi tak perlu kot nak kutuk negeri orang lain. Yes, aku Melaka piaww, aku hormat negeri lain. Aku ingat ayat kau. Kau sengaja kuatkan suara kau nak tarik perhatian aku. But, sorrylah... aku malas nak layan perangai oink oink kau ni.
" masetu kat melaka, aircond Viva rosak. MELAKA DAH LAH PANAS. Takkan nak bukak tingkap pulak ? "
Well, memang Melaka je panas kat Malaysia ni. Negeri lain bersalji. Macam tu ke ? Maaflah, saya kurang cerdik bab geografi. Mungkin Melaka tu sebelah Sahara, negeri lain tu dalam Britain. Mungkinlah kannnnn ? Nanti saya check peta dunia eh awak ! Biar pandai sikit kepala saya ni !

Tenth, aku bukan k-poppers tapi aku tak suka kau kutuk orang yang kau tak suka. Example, kau suka CNBLUE, so takpayah nak kutuk SNSD ke fx ke... xpayah eh . Xpayah buang masa kau, air liur kau. Baik kau diam sebab orang lain tak kutuk pun CNBLUE kau tu. Bukan kpop je, artis lain, orang lain, yang kau tak suka, kau takyah kutuk. Mungkin dia lebih baik dari kau dari segi agama ke, akidah ke, sedekah ke. Kau apa tau ? Kau tau kau lawa je...

Aku tahu kau dah taknak tumpang kereta aku. Baguslah. Xde terlebih muatan. K bai 😂😂. Kau naiklah dengan junior taekwondo kau tu. Junior baik kau tu, yang sanggup belikan makanan untuk kau memalam tu.
Naik dengan driver lelaki selamat ye dak ?
Driver perempuan ni cemerkap sikit. Nak nak lagi Driver Melaka. Lagiklah terukk ! Tak gitu , MISS ALWAYS RIGHT !?

Mungkin kau lupa masa kau sakit mata tu.. hm. Aku bukan nak ungkit tapi aku nak ingatkan. Ok bai.

Banyak lagi nak "tegur" kau ni. Takut kau tak boleh terima je. Maklum le,

P E R E M P U A N .

Tegur sikit,

sentap.

Putus kawan.

AKU DAH BIASA DAH, SEBAB TU AKU TAK RAMAI KAWAN !


MirAcLes dO HaPpEn!

06 December 2015

Memori datang menyinggah

Dulu, masa aku rapat dengan someone ni, aku selalu berangan nak plan dating kitorang macam mana. Aku anggap dia pakwe aku. Tapi aku tak tahu lah dia anggap aku macam mana. Malangnya, dalam 2 tahun lebih perhubungan tu, kitorang tak pernah dating. Kire malang ke ni ? Hahahaha.

Kenapa tak dating ?
Entahlah. Allah tak bagi buat dosa banyak banyak kot. Cukuplah dosa 'rindu rinduan' tu.
Hm, sebenarnya, long distance relay ni susah. Unless kau tahu kau ada hati yang nak dijaga. Aku dengan dia, sorang kat Ipoh, sorang kat Kuala Lumpur. Kalau balik cuti pun, aku banyak lekat dekat rumah sebab banyak kerja kerja runah kena settlekan. Bila lagi nak berbakti dekat mak ayah kan ?

Nak dijadikan cerita, hubungan tu tak berjaya. Mungkin sebab aku terlalu lewa kot. ' dia tak mesej, aku diam je lah ' itu yang ada dalam kepala aku. Dia selalu cakap dia busy. Yelah, askar kan ?

Pernah sekali aku mesej dia. Tapi dia balas lambat. Sejak tu aku tak berani mesej da sebab aku takut aku ganggu dia. Hm, kalau mesej pun dah payah, nak jumpa lagiklah payah. Hahahaha.

I don't' know why i'm writing this post. Benda dah lepas. Bukan aku tak move on, cuma sesekali, kenangan tu datang menyinggah.


MirAcLes dO HaPpEn!

10 September 2015

Pasca diploma

Memandangkan aku sekarang dah sem 5. Tinggal satu sem je lagi nak berambus dari politeknik ni, aku rasa dah sampai masa untuk aku rancang aktiviti lepas diploma aku.

Hm. Takkan duduk rumah nak mereput ja kan ? Tak produktif langsung.

So, bende pertama adalah, aku nak kerja.
Guru sandaran tidak terlatih. Ajar budak budal sekolah rendah maths ke science ke seronok apa ! Paling tak pun, aku mintak kerja dekat tempat tuisyen aku dulu tu. Makcik Normah mesti tak hesitate punya nak amek aku. Aku kan best student dia ? Hahahaahahaha perasan sangat !

Teacher Afiqah - isn't it sweet ?

Second, travelling.
Masa ni lah aku rasa aku nak pergi jalan jalan kat Penang, Kedah, Pahang ahhh semua tempat yang best kat semenanjung ni ahhh. Tapi travelling ni boleh consider kalau ada kekangan kerja.
Third, guitar.
Lama dah teringin nak belajar tapi malu dan tak tahu nak belajar dari siapa. Belajar untuk suka suka. Tu je .

Fourth, mandarin class.
Masa aku intern, officemate aku SEMUA Cina. Aku rasa kerdil bila aku tak paham dia cakap apa. Aku rasa macam diorang ngumpat aku pun iye gak sebab dorang cakap2 then ada sebut nama aku pastu pandang2 aku. Bila aku kerut muka, dia sengih. APAKAHHHHH !?

Fifth, cooking classes.
Hm kata nak jadi isteri dan ibu mithali, kena la belajar masak macam2. Appetizer, main course, desserts hm macam2 lagik laa kan. Baru la family aku jarang makan menu yang sama. Gitewwwww!

Sixth, manual driving class.
Nak mahirkan bawak kereta manual sebab dah lama tak bawak manual.

Hm baru plan sampai sini. Ada rancangan lain ?


MirAcLes dO HaPpEn!

07 September 2015

Something to ponder

I've been thinking about this for a long time agoooo.

Zaman study ni memang aku study sehabis baik. Then aku nak kerja bagi mak ayah aku duit. Support adik adik aku belajar.

But once aku dah jadik bini orang, aku harap sangat aku dapat kerja kat rumah je. Means aku dapat hadap rumah tangga aku dan anak anak aku sambil bekerja.

I want to cook for the family. Bagi anak2 bawal bekal pergi sekolah. Isi dalam bekas comel.comel warna warni. Bagi suami bawak mangkuk tingkat. Call me old fahsioned but thats the way to show your kasih sayang towards them. Besides, kau dapat cabar kreativiti kau untuk menginovasikan resepi kau hari2 hahahahahh ape do ayat aku ?

Working mummy,
Dapat kemas rumah.
Dapat tengok anak anak buat kerja rumah.
Dapat pantau aktiviti anak anak.

Gitu....

Haa jauh ke aku berangan ?

Tapi tengok ekonomi sekarang ni tak tau ah cmne nak biar suami sorang je yang bekerja. Unless i run a bussiness and the business is success. Mana tahu kan ?

" apa guna belajar tinggi2 tapi jadik housewife? "

Nanti kau boleh tolong anak anak kau buat homework. At least.
Kau boleh buat tuisyen kat rumah kau. Ajar anak anak orang. Dapat gak side income . Belajar engineering tak semestinya jadi engineer. Banyak je cabang kerja dalam dunia ni. Ikot rezeki kau.

Hm. Ni angan angan. Moga jadi impian.  Peace yo.


MirAcLes dO HaPpEn!

10 August 2015

Have some respect you little girl !

Kisahnya pagi tadi waktu duduk dekat surau sementara nak tunggu zuhur tu.
Makin dekat nak masuk waktu, makin ramai orang masuk surau. Ada la dua makhkuk Allah ni masuk. Duduk dekat dengan aku. Baring. Pastu selfie. Yep, baring sambil selfie.

Em, that's not really the point actually. But do have some respect in surau too. Jaga sensitivity sebab agama lain takde pulak selfie kat rumah ibadat diorang kan ?

Hm, pastu bila Mimie cerita pasal Jieha, budak sorang tu dia menganjing balik ah apa Mimie cakap. Aku perhati je. Dia buat memek muka. Pastu tiru ton suara Mimie and dia kecikkan macam suara kartun. Tapi kalau ikotkan memang agak kurang sopan la perangai budak tu. Orang tak kacau kau, kau tak puas hati kenapa ?

Aku pandang je dia. Aku tahu dahi aku dah berkerut marah time tu tapi dia tak perasan kot sebab sibuk nganjing orang kan. Mana la nak nampak.
Tapi aku rasa kawan dia perasan.

Hem. Lepas dia nganjing Mimie, dia usha akak Zira atas bawah. Masetu dia nga duduk, buat flow chart untuk lab embedded. Dia pandang akak atas bawah berkali kali sambil buat muka tak puas hati, pastu tanya member dia ' eh tu sem berapa ?' Member dia cakap 'tah'. Pastu dia buat muka tahi ' tak pernah tengok pun'

Dah tu. Takpernah tengok maksudnya apa ? Kau boleh kurang ajar ? Kau holeh nganjing orang ? Nganjing pon stakat kat mulut sendiri, ape hal ? Kalau berani sangat cakap depan depan la pengecut.

Muka takyah nak kerek macam kau tu sem 10 la perempuan.. hish. Aku sorang je dengar bende tu tadi. Lepas budak tu blah baru aku bgtau Mimie. Mengamuk Mimie. Hahahahah.

Sorry la Mie, aku taknak kecoh kat surau.

So, moral of the story, sem berapa pun kau, jangan nak berlagak sangat la. Jangan nak ejek ejek orang. So have some respect to others.

THIS IS NOT SENIORITY.
THIS IS RESPECT !

p/s: hormat orang baru orang hormat kau.


MirAcLes dO HaPpEn!

06 August 2015

Bangah.

Untuk kau.
Aku tak tahu apa yang kau rasa sekarang ni. Aku tak tahu apa yang kau fikir sekarang ni. Tapi aku nak kau tahu ape yang aku rasa.

Yeah. Jujur, dulu memang aku admire kau gila2. Then aku approach kau and kau balas. Kau layan aku lebih dari sorang kawan. Lebih dari teman tapi mesra. Tapi, lepas aku percaya kat kau.. apa kau buat ?

Hm, kau ingat tak dulu, aku pernah cakap, kalau kau ada org lain, kau bagitau aku. Aku boleh berundur. 
Kau cakap apa ?
Kau takde sape sape kan ?

Kau ingat tak dulu, aku tanya,
"Betul ke kau suka aku ?"
Kau cakap apa ?
"Betul, kalau aku tak suka kau, takde aku layan kau baik macamni. Takde aku mainkan hati kau. Hati orang jangan dibuat main"

Kau ingat tak dulu, aku tanya,
"Aku ni sape pada kau?"
Kau cakap apa ?
"Susahnya nak jawab soalan ni"

Kau tahu sebab apa susah nak jawab ?
Sebab dalam hati kau bukan ada aku sorang je.

Jujur aku cakap aku tak marah kau. Aku tak benci kau.
Tapi aku kecewa dengan perangai kau.
Kenapa kau tak terus terang dengan aku. Aku faham kalau kau ada orang lain. Ye la, aku bukan la macam perempuan lain yang girly tu. Aku tak sweet. Aku selekeh sakai. Hm.

Ke kau suka tengok aku diperbodohkan. Meroyan hari2 pasal kau. Tweet kat kau. Bagi mesej kat kau. Call kau.
Kau suka la buat aku terhegeh hegeh kat kau ? Seronok buat macam tu ?
Seronok la kan ada orang care pasal kau. Orang kat sana jaga kau, aku kat sini risau kat kau. Hm. Seronokkan ade orang care pasal diri kita ?

So, what happen to the words " ni bakal menantu" ? Ingat ?
Kau tunjuk gambar aku kat mak ayah kau guna ayat tu. What happen ?
Mudahkan kau buang hati tu.

Dulu kau pernah mesej aku,
Kau cakap, "mungkin kau akan lupa mana kau letak hati aku. Tapi bila ada barang kau hilang, kau cari barang tu, kau boleh jumpa hati aku balik. Masetu kau akan ingat balik semua kenangan kita. Tapi tak tau la kalau masetu angin da berubah "

Sekarang ni angin siapa yang berubah ?

Who wins the game, Bangah ?
I do. Why ?
Cause you are a loser !

Know what, thanks for the experiences. Tak pernah terfikir akan jadi macam ni. Takde niat nak burukkan kau. Takde niat nak kacau hubungan kau. Kalau kau happy, aku happy gak.

Takde ape dendam dalam hati ni. Tapi kalau kau berdendam dengan aku, kau punya pasal. Aku malas nak tahu.

Oh lupa nak cakap, AKU DAH MOVE ON.


MirAcLes dO HaPpEn!