MirAcLe WoRdS

23 June 2015

Adik ?

Dah kenapa nak post pasal adik tetibe pulak kan ?

Dia bukan adik kandung aku. Bukan juga adik sekolah. Dia ni aku kenal masa latihan MalPTAAC siri 10/2015.

First day kenal masa dalam markas waktu jen nak bagi loreng digital. Tapi masa tu aku tak tahu nama dia. Yang aku ingat ayat first aku dengan dia

" dia tinggal mana ? "
" kelantan "
" bapak jauhhhh "
*maseni senua tengah cakap pasal Rahman*

Tu je la. Kali kedua jumpa, tak cakap apa2 sebab takde kepentingan lagi. Lagipun masetu nga sibuk nak ukur badan nak alter baju digital tu. Memang tak pandang orang lain dah laaa.

Kali ketiga, dalam bas nak pergi Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Sebab seat aku dengan dia dalam bas dekat je. And bila aku bebel, dia akan gelak or menyibuk sekali. Hehe.

Tak sangka aku dengan dia cm sekepala plak kan. Hahahaha. *menyampah sangat statement ni*
Then, sepanjang kat PSAS tu, memang aku buli je dia sebab dia junior then aku senior. Should be like that kan ? Well. Normal la senior buli junior. Isn't it ? Ahaa, whateverr.

Masa latihan medan pun, haha. Masing masing mental. Dia penat dgn hal dia. Aku penat dgn hal aku. Parah time tu. Waktu all group la aku kacau dia. Hahaha. Kalau tak all group tak sempat nak kacau.

Aku tahu kadang2 dia bengang gak bila aku kacau dia. Tapi, haha. I kenot bendung perangai kacau orang ni.. heheheh. Sorry budak kecik.

Oh ya. Aku teringat ni. Nama dia sama dengan sorang senior. So, bila nak panggil, dua dua akan pandang. Untuk mengelakkan ke-confuse-an, aku bagi nama Hagemaru kat dia sebab muka dia ala2 kartun botak pendek tu. Muka la.. tapi dia tak pendek. Dia macam tak rela. Tapi kerana terpaksa dia relakan. Hahaha.. maaf ye. Pernah sekali tu dia cm tinggi suara sikit bila orang panggil hagemaru.

"Ishhhh. Jay ah punca nama hagemaru niiii "

I sentap sekejap dik oi. Hahahaha

Ye la, sape suka bila dapat nick name tak hensem kan ? Tapi, kau kena redha dik oi. Takde nama lain untuk kau. *gelak besar*

So, whyyy I create a special post for this junior ?

Sebab dia adik aku dalam Delta Force Family. Banyak sangat dah dia tolong aku walaupun perkenalan ni tak sampai sebulan pun. Terima kasih budak kecik yang tak berapa kecik.

p/s: dia lanje itew dinner plate lah malam ni 😁😁😁


MirAcLes dO HaPpEn!

18 June 2015

Kucing.

Wen I was a kid, I was afraid of CATS. why ?

Because it is a CAT and my mom always said

" jangan hulur tangan nanti kena cakar "

So, i assume that CATS were such a bad creature *am I too much or what?*
One more, CAT always make mess because of its fur.

When i was a kid, i thought that CATS are bad because they bite their kittens on the neck if they are away from the mommies.

" kucing tu kena gigit sebab dia main jauh daripada mak dia " this was my childhood imagination. Hiks.

Another thing that my mother told me,

" jangan pegang anak kucing tu, nanti mak dia taknak bagi susu kat dia sebab ada bau manusia "

I cant relate it but I'm still thinking about it. Until now, 2015.

Nevermind.

Only after SPM, I became brave enough to touch the cats. Our very first cat named Mika. It came suddenly. We dont know its owner. We decided to keep the cat. After deliver babies, Mika left. The kittens still with us. When the kittens is big enough, the male will left to find life partner while the females will give birth first before left.

After a few generations, i fell in love with this 2 cats. Kacang and Oreo. Now, Kacang already give birth to 3 kittens while Oreo is big enough to find his mate.
Okey, i dont know how to end this post.

Hm, aku sayang kucing2 ni. Dulu aku takut. Tapi sekarang tak lagi. Aku dah boleh peluk cium kucing tu. Kadang2 aku bersyukur sebab kucing aku hilang. So aku tak perlu tengok dia mati. Tapi sedih sebab dia hilang. Hm.

Aku tak tahu nak sambung apa ni. Babai. Assalammualaikum.


MirAcLes dO HaPpEn!

21 May 2015

Jarak.

" Jarak ini bukan memisahkan kita, tapi menguji kesetiaan antara kau dan aku "


MirAcLes dO HaPpEn!

20 May 2015

Kau dapat politeknik ?

So, setelah sekian lama tak post. Alangkah lebih baik aku start kan post dengan berkongsi tips tips untuk adik adik yang bakal tempuh alam IPT. Lebih lebih lagi yang bakal mendaftar di politeknik amnya, dan Politeknik Ungku Omar khasnya. *ecehhhh*

First of all adik adik ku, kat IPT sekarang takde dah nak buku terabur2 atas lantai. Kalut kutip buku pastu terpegang tangan dan bertemu jodoh. Takde2. Tak wujud dah. Zaman sekarang pakai pendrive je. Kalo jatuh tu nanti belum tentu ada jodoh kau dengan pendrive tu. Mungkin ke longkang. Mungkin dipijak orang. Masetu baru lah kau tahu jodoh mana yg lagi penting. Hehehehh.

So, adik adik, meh aku start kat sini.
Sebelum nak pergi daftar kat IPT tertentu. Make sure kau selidik dulu tempat tu. Kalau tempat tu jauh dari runah kau. Contohnya macam Melaka dengan Ipoh ni lah kan. Kau selidik la tempat penginapan dulu. Takkan kau nak bertolak pukul 2 pagi, sampai ipoh pukul 7, lepas tu pergi daftar kan ? Lepastu, kau kena survey gak jalan mana yg mudah nak sampaikan kau kat IPT tu. Sebab bukan kau sorang je nak mendaftar. Ramai lagi. Tempat parking pun nak kena rebut nanti.

Ni aku bagi checklist untuk korang.

Prepare barang awal2.

1. DOKUMEN PENDAFTARAN
- borang jawapan
- manual pelajar *kalau ada*
- dll *ikot kehendak IPT masing2. Mcm resit bayaran yuran ke.. salinan ic mak ayah ke*

2. KEPERLUAN HARIAN
- pakaian harian
- pakaian kuliah
- pakaian formal
- toiletries
- sepit dan hanger baju
- sikat rambut + bedak + alat mekap
- kasut sukan
- kasut formal
- selipar toilet
- gayung + baldi
- mug + sudu garfu + tupperware
- cadar + selimut
- towel extra
- alat solat
- ubat2an
- dll *jika perlu*

Prepare untuk hari kejadian *pendaftaran*

1. SEBELUM
- siapkan barang2 keperluan dalam beg galas / beg tangan
- baca manual pelajar
       : sebab masa aku dulu, time daftar    WAJIB pakai baju putih. Kain hitam. Tudung hitam. Kalo tak ikut manual, teruk kena marah. Pastu pendaftaran kena postponed. Orang lain dah habis daftar baru kau boleh daftar.
- bayar yuran seperti yang dikehendaki pihak IPT

2. Semasa
- bertenang dan ikut arahan AJK

3. Selepas
- masuk asrama/ kolej / kamsis
Unpack semua barang. Susun elok elok dalam almari. Pasang cadar. Dan buat la ikut suka kau.

Akhir kata, sebelum mak ayah balik rumah, mintak doa dan restu daripada diorang.

So, adik adik. Kalau ada benda nak tanya. Jangan segan silu ye. Semoga bertemu di post yang lain.

Sekian, wassalam.


MirAcLes dO HaPpEn!

07 May 2015

Bila aku sudah tiada...

Sehari dua tiga empat lima enam ni kan,,, aku scroll timeline fb laju laju. Aku scroll twitter laju laju. Jumpa aje pasal student Malaysia yang meninggal dunia kat Rusia sana.

Lepastu aku terfikir, satu hari nanti, bila aku dah pergi, akan ada ke orang yang rindu kat aku ? Akan ada ke cerita baik baik untuk aku ?

Hmm, aku harap, ada. aku tak tahu siapa. Tapi aku harap ada. Aku tahu aku tak baik mana, tapi aku harap ada orang yang sudi rindu kat aku. Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku harap Allah anpunkan aku, manusia ampun kan aku, alam ampunkan aku.

Wallahua'lam.


MirAcLes dO HaPpEn!

Tough

Tak. Aku tak tough pun. Aku manusia biasa yang selalu je mental rabak. Sejak akhir akhir ni empangan selalu pecah gara gara tekanan emosi. Mane tak nya, mesti kena sound sebab lari lambat. well, bukan suka suka nak lari lambat.... kalau nak lari 1k tu kaki aku boleh survive lagi. Tapi nak masuk 2k tu mula lah dia nak buat hal.

Sebabtu, nak tak nak, aku redah je jen suruh lari. Biar la aku sakit ke apa. Tahan je la selagi mampu. Aku tak kuat dah ni. Tapi aku taknak menyerah.

ASKAR - Azab Sengsara Kau Akan Rasa


MirAcLes dO HaPpEn!

26 April 2015

Blank.

Dear buddy,

If you are wondering why I am using twitter to send text to you... sebabnya, twitter tak bagitau dah seen ke belum. So, that's why lah.

It tooks all of my courage to text you. I'm hoping that you notice it and appreciate it
as you know that i'm not really good in 'release kan stress' orang. Hehehe.

My little pesanan for you is....
Enjoy your holiday. Release your stress. Remember me ? Hahahaah. Sure your stress will gone ! Naaa, kidding. Don't remember me unless you want your brain become more stress . Hehehe. Hope to see you soon. 😉😉😉😉😉

Know what, rasa macam nak culik dia. Bawak dia pergi jalan jalan, makan aiskrim, makan coklat. Buat dia senyum gelak. Sampai aku rasa dia betul2 ikhlas gelak dengan senyum tu. Lepastu baru boleh pulangkan dia kat rumah dia. Urghh. Mana boleh culik orang unless dia yang serah diri. 😣😣😣😣


MirAcLes dO HaPpEn!