MirAcLe WoRdS

21 December 2011

Orang tengah?

part 1-
part 2-

__________________________________________________________________

"eh, sengih sorangsorang pulak kau nih! dahdah, balik kelas. lepasni add math. kau ta nak kena denda kan?"

aduh Ira, bagi lah aku peluang nak berangan kejapp. kacaulahh!

"eh, Ira, panggil Haznik dengan Fakhrul Razi kat kelas. cikgu Salmi panggil kat bilik guru. kau 2 orang pun kena pergi jumpa dia jugak." si Syafiq menegur.

"kenapa cikgu nak jumpa hah?" aduh, ni kes parah. Cikgu Salmi, cikgu disiplin woo! aku buat apa yang salah ek!? si, Haznik tu, pengawas. Fakhrul Razi, pustakawan. aku ni cuma briged bestari aje. Ira pulak BADAR. aku ada buat salah ke? setahu aku, tak ada. takkan lah sebab dorm kotor?
tak mungkin sebab aku yang last keluar dari dorm tadi. aku tengok ok aje dorm aku. takkan lah Ira buat salah?

"eh, kenapa cikgu panggil kita?" soal Haznik kepada Ira. Fakhrul Razi hanya berdiam diri.

"tak tahulah! kau ada buat salah ke?" soal Ira. Haznik hanya mengangkat bahu.

pergh! sejuk gila bilik guru ni. pengetua dah upgrade aircond ke?

Haznik selaku ketua tak diiktiraf terus bagi salam kat cikgu Salmi. alamak! tolong lah cikgu, jangan buat muka serius dengan saya. jangan sampai saya bagi penumbuk sulung saya kat muka cikgu! saya tak suka betul kat muka tu!

"batch awak ada buat salah!" tu ayat pertama dia weyy! ape yang salah? kenapa aku terlibat sama? mana ketua batch dengan penolong ? sibuk bercinta ke? kenapa cikgu tak panggil budak 2 ekor tu aje? aku pandang Ira. Blurr. Ira pandang Fakhrul Razi. angkat kening. Fakhrul Razi pandang Haznik.

"salah apa ye cikgu? boleh saya tahu?" ringan mulut dia berbicara.

"haha! cuak! rilek rilek. tak ada pape masalah pun. cuma saya nak bagi tahu yang awak semua ni ada kursus kepimpinan hujung minggu ni. awak di pilih oleh cikgu jawatan masing2. maaf sebab lambat bagitau. sekolah lambat terima surat. "

"aduh! cikgu ni. lain kali jangan buat muka serius bolah tak?" Ira dah naik angin sikit.

"rilek lah Ira, kita semua kecut perut kut!" oh, ada suara rupanya si Fakhrul ni.
aku nampak Haznik tersengih. cikgu Salmi dah tergelak. Ira masih dengan muncung beliauu!

"ok, ni senarai barang yang awak kena bawak. kita akan menginap di hotel. makan konfem sedap!"

wah, itu yang best tuh! seminggu skip sekolah. makan best. tido best! terbaeklah!

"awak boleh balik kelas sekarang. kalau ade info baru, saya bagitahu awak semua"

jadi, kami berempat pun kembali lah ke kelas masing2. aku terpaksa menghadap addmath, subjek feveret aku tu. Berasap jugak lah aku nak faham logarithm ni. naik serabut aku dengan law dia sane sini. haihh! saba aje lah.

esok hari sabtu. lepastu, ahad. isnin dah blah pergi sana. humm, kena siapkan semua homework ni. kalau tidak. menumbun lah kerja aku bila aku balik jumaat depan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"eh, Haznik. ada budak kirim salam." Ira berkata sebaik saje aku dan dia bertembung dengan Haznik dan Fakhrul Razi.

"siapa?"

"adelah. dia budak group aku."

aduh, Ira! kalaulah kau mengerti perasaan aku ni. kalaulah kau tahu apa isi hati ini. mesti hati ni tak terluka sekarang.

"wah, dah ada peminat kau ni. siapa budak tu Ira?" aku sengaja menyoal. nak tahu jugak, budak mana yang sangkut dengan mamat ni.

"adelah. nanti aku cerita."

lepastu, kamikami ni terus aje masuk dining hall. nak makan lunch. lapar gila. 2 jam duduk dalam aircond. dengar ceramah. bosan pun ade jugak. tapi, demi sekolah, ku redah jua!

"tu lah budak yang kirim salam tu."

"cantik nya dia. kurus tinggi. putih pulak tu. kau cerita apa kat dia sampai dia sangkut dengan haznik?''

"aku cakap pasal dia pandai. terus aje budak tu suruh kirim salam."

oh, macam tu. wah, tipis lah peluang aku macam ni. Haznik macam curious gila pasal budak tu. kejapkejap dia pandang group Ira. nak tengok Ira rapat dengan siapa. Aku pulak asyik pandang dia aje. sampai budak group dia pandang aku balik. aku nampak budak tu cuit bahu Haznik. errr, Haznik pandang aku!

nak buat apa ni ek!?
MirAcLes dO HaPpEn!

1 MirAcLes WilL HaPpeN !:

azalina said...

goda dye jom! muahaha!

Post a Comment