28 March 2021
Growing up.
22 May 2017
Mood swing
Assalammualaikum.
Dah lama sangat tak post benda alah ni. Sakit kepala gila harini sebab banyak presentation and kerja nak kena submit. Maklumlah, dah hujung2 sem kaaaaannnn !
Hm apa aku nak membebel ni pasal aku sendiri la. Lately mood swing teroks. Kadang2 menangis, sambil lap airmata, boleh gelak sakan. Kadang marah tiba2.
Okay guys, bukannya PMS ke apa eh. Ni memang mood swing sampai sakit kepala.
Aduh.
11 January 2017
random.
1.SUAMI
tak. tak. aku belum nak kawin lagi. calon puk takde lagi. nak kawin macam mana ?
cumanya, tengok realiti harini membuatkan aku terfikir. aku cuma berharap dapat suami yang memahami. suami yang, boleh terima aku apa adanya. suami yang, kalau tahu aku busy seharian, dia balik rumah, dia tak bebel. contohnya, satu hari tu aku kerja, balik rumah letih, nak masak nak cuci pinggan mangkuk kuali bagai. kalau dia taknak tolong, takpe. asalkan jangan nak membebel kat aku.
" ni apa pinggan kotor ? "
" nak minum pun takde cawan "
dey brader, kalau awak cuci satu cawan untuk awak minum da cukup bagus brader. yang lain tak cuci takpe. aku boleh buat. eh, tapi kalau nak tolong cuci semua pun bagus juga. suami mithali gitewwwww..
and aku harap suami aku pandai masak sebab kalau aku sakit kena admit wad ke apa ke, at least dia boleh masak kenyangkan perut dia.
p/s: nak cikgu math sorang boleh hihi
2.BAKAT
aku takde bakat langsung dalam bidang seni. seni lukis ke seni tari ke seni suara ke, semua takde. baram jadah ke laut.
tapi memang dari dulu teringin nak belajar main gitar. bila fikir-fikir balik, jari ai pendek. kalai belajar ukulele boleh jugek kan ?
teringin nak belajar. tak tahu bila ada peluang.
dan aku juga sangat cemburu dengan orang yang nyanyi high pitch. macam Ernie Zakri, Ziana Zain dengan Nana.
3.WATTPAD
banyak sangat cerita type kat wattpad tapi tergantung. tak tahu nak susun plot dia macam mana. banyak sangat plot yg bercelaru dalam kepala. setakat ni ade 5 cerita yang tergantung rasanya.
even dekat blog ni pun, ade 3 cerita yang dibuat daripada 2011 tapi tak habis sampai sekarang. acano tuh ?
4.TRAVEL
aku teringin nak travel solo. tapi takut juga. mesti parents tak bagi punya.
teringin jadi indipendent women yang sangat wow. tahu, lelaki tak suka perempuan indipendent sangat, tapi apa salahnya nak merasa kan ? kalau takde orang masuk minang, aku travel la sana sini.
oh, aku jenis tak kisah travel luar ke dalam negara. aku jenis redah je. pastu, aku jenis backpack punya. bukan vacation. kalau pergi satu tempat, aku nak jalan jalan pergi tempat lain. ambik gambar. cakap dengan local people. bukannya jenis buat hal sendiri, harap orang bawakkan pergi sana sini. that's me.
setakat ni, tu je lah nak taip.
sekiannnnn...
19 October 2016
Tired.
I did study I did exercise, maybe it's not enough idk.
argh, stress gila masuk degree.
kawan, kolej, kelas semua okey tapi tulah, result test tak berapa memberansangkan malah mejatuhkan mood aku jauh ke teras Bumi. alahai.
kena tune balik cara belajar la camni.
letih.
12 April 2016
Setiakawan.
Alhamdulillah harini diberi nyawa untuk terus bertaubat. Eceh, ala Islamik gittew~
But, it is fact, you know.
Okay okay, taknak post yang serius serius. Kita mengamalkan konsep penulisan santai sahaja di sini ecehh :p
Lepas subuh, aku diberi kesempatan pergi jogging. Bukan apa, Isnin ni (18/4/16) aku aku ada ujian kecergasan ! Mampus aku sebab memang dah lama aku tak jaga stamina akuuuuuu *haha, padan muka*
Aku jog sorang. Baru 1km dah letih amat dah. Skru longgar lah. Apelah. Macam-macamlah rasa tetibe muncul.
Saat tu aku terfikir, macam mana, dulu, aku boleh lari 2.4km, 3.5km dengan 5km tanpa henti ? Siap ada kena naik tangga 4tingkat sambil berlari pulak tu. Gila betul !
Dan aku dapat jawapan.
" kawan "
Askar Wataniah banyak ajar aku bab kawan. Setia kawan.
" kalau 1 salah, semua kena "
So, everything kena perfect. Saat tu lah kau akan mula jaga kebajikan kawan kau. Kejut dia bangun awal. Make sure dia solat. Masuk baris awal. Bila physical training (PT) , diorang akan support kawan-kawan yang lain.
" come on guys, sikit lagi "
" takpe. Tahan je "
Macam-macam lagi dan akhirnya semua survive. Alhamdulillah.
Jadi, apa kaitan kawan dengan jogging solo tadi ?
Kaitannya, kadang-kadang kita rapuh bila kita sendiri. Kita perlukan support daripada orang terdekat jugak. Jangan terlalu ego cakap " aku boleh bersendirian " sedangkan hakikatnya, Allah sentiasa ada dengan kita.
Berdoalah. Mintak didekatkan dengan orang yang baik baik.
Bila kita kehilangan kawan, JANGAN SEDIH ! Sebab kita dah doa nak orang yang baik-baik kan ?
That's it.
And,
I'm gonna miss you, Delta Force.
09 April 2016
Entah apa rasa.
Izinkan saya meluahkan rasa yang entah apa apa dalam hati ni.
Orang yang aku suka.
Okay, first of all. Aku serius dah suka dekat someone. Pastu aku cuba dekat dengan dia. Then, aku rasa macam cara tu salah. So, aku keep distance dengan dia. Number dia aku delete. Kalau nampak dia Whatsapp dalam group, aku senyap. Aku taknak dekat dengan dia. Aku nak keep distance sangat-sangat.
And kitorang lost contact. Dia dengan aku busy last sem. Good !
Aku happy dah sebab aku boleh live my life tanpa dia. Dan dia pun tak selalu dalam kepala aku. So, aku happy !
Tapi aku nak bagitahu, ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Di saat aku dah keep distance tu. Tiba tiba dia muncul. Dia Telegram aku. Dia Whatsapp aku.
Kau tahu perasaan aku macam mana ? Bila aku dah mula kuatkan hati aku, tiba tiba dia muncul balik ? Kau tahu betapa sakitnya aku tahan perasaan aku ? Kau tahu macam mana aku cuba kawal diri aku ?
Sakit. Sakitttttt sangat.
Semalam, dia Whatsapp aku.
' bro, eh jay, kau nak ikot g koop tentera kan ? '
Bro ? Yesss. FRIENDZONEEEEE ! *starlight sekali*
Hm, yep. Aku pergi dengan dia. Tapi ada 2 kawan lagi ikut. Tapi dia collect aku dulu sebab aku dah siap. Sempat berborak dengan dia dalam kereta. Tapi aku tak tahulah nak sedih ke nak gembira sebab aku jumpa dia. Aku rasa sesuatu. Tapi aku tak tahu nak explain macam mana. Dada rasa berat, sedih. Tak tahu kenapa aku jumpa crush tapi aku sedih.
Masa kat koperasi, aku keep distance. Kalau boleh tak nak pandang muka dia. Yelah, aku tahu yang aku tak boleh tengok dia senyum. Aku tunduk, soalan dia aku senyap biar budak lagi 2 tu yang jawab. Hm biarkan.
Aku tak kuat. Hati rapuh.
Orang yang suka aku.
This one guy. Aku tak perasan sangat kewujudan dia. Dia budak course lain. Kelas lain. Dia pernah tumpang subjek Communication dengan kelas aku waktu sem 5. But, still, aku tak perasan dia sangat. It's like, ' i dont care who you are '. Gittew !
Nak jadi cerita, satu hari tu, kawan dia, which is kawan wataniah aku, approach aku.
' weh, dia suka hang '
Aku sengih je sebab aku ingat budak wataniah ni main-main. Tapi...
Okay, nak jadi cerita.
Harini aku ada final exam dekat dewan Jubli.
And, both of them pun ada exam juga.
Hari yang sama.
Masa yang sama.
Tempat yang sama.
You know the feeling ?
Aku berkecamuk tau. Dengan nak exam. Dengan depa dua. Aku serabut gila.
Aku tak tahu kenapa aku kena serabut. Tapi itulah yang aku rasa sebelum masuk dewan.
Nasib baik aku dapat jawab exam aku.
Dan nasib baik lepas paper aku tak jumpa diorang.
Sekian. Terima kasih sebab baca luahan entah apa-apa ni.
06 April 2016
TRENDY RETRO FASHION STYLE
poodle skirts,
small neckties,
chiffon scarves,
funky jackets
and many more. Even