MirAcLe WoRdS

06 September 2009

Pelik tapi benar

Pelik tapi benar…
~Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar apabila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil untuk kita bawa ke supermarket.
~ Pelik ya, 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
~ Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.
~ Pelik ya, tak sampai 30 minit mendengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali.
~ Pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam TV rasa tak sabar-sabar nak pergi membeli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar saluran lain.
~ Pelik ya, pasar malam jauh sanggup pergi naik kereta tapi pergi masjid dekat dengan rumah rasa berat kaki nak melangkah pergi.
~ Pelik ya, susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa tapi mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan-kawan.
~ Pelik ya, betapa seruan dan sorakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Terawih bacaannya lama dan panjang.
~ Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walaupun satu halaman tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis dilahap.
~ Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tapi berebut cari saf belakang ketika solat Jumaat supaya boleh keluar cepat.
~ Pelik ya, susahnya mengajak orang menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.
~ Pelik ya, kita begitu percaya dengan apa yang dikatakan di e-mel, Internet, SMS dan MMS tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran

Inilah tabiat manusia akhir zaman...
renung-renungkan....
MirAcLes dO HaPpEn!

0 MirAcLes WilL HaPpeN !:

Post a Comment