Oh Ramadhan,
Bulan yang diturunkan Al-Qur'an,
Bulan rahmat dan bulan berkat,Ramadhan al-Mubarak.
Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana diberi kesempatan menemui Ramadhan kali ini.
Aku berharap Engkau bukalah pintu keampunanMu dan rahmatMu untuk ku.Dan izinkan lagi bagiku berjumpa Ramadhan ditahun depan dan seterusnya...
Oh Ramadhan,
kedatanganmu ditunggu penuh harapan,dan ketibaanmu kami mulia dan raikan,para abidin dan solehin berpesta peluang beribadat kepada Yang Esa.
Dulu,puasa adalah satu beban yang terpaksa aku tanggung kerana suruhanMu.Sekarang ianya satu nikmat ibadat yang aku rela dan redha.Dan aku tersenyum gembira melaksananya keranaMu.
Dulu,aku lebih suka menonton Tv atau membeli-belah bersama anak2 dan isteriku.Sekarang,aku lebih suka dan rela bersama mereka setiap malam di rumahMu Ya Allah.
Oh Ramadhan,Setiap tahun Kau datang,Hanya sebulan bersamaku,Membawa bersamamu Lailatulqadar,Dan Kau akan pergi lagi,Di iringi tangisan para abidin dan solehin.
Adalah menjadi harapanku untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan istighfar,zikir dan solat memohon keampunan dan keredhaan Allah swt.
Aku panjatkan doa ini kepada Engkau Ya Allah untuk diperkenankan supaya aku tidak termasuk dari mereka yang rugi saperti firmanMu dalam surah Al-Ansr.
Oh Ramadhan,Lupalah peritiwa dulu,maafkan aku kerana mengherdikmu,Kini aku amat senang bersamamu,Aku lebih rela dan redha,Datanglah kepadaku,
0 MirAcLes WilL HaPpeN !:
Post a Comment