MirAcLe WoRdS

24 January 2014

injection .

semalam . Khamis , 23 Januari .

dapat injection HPV dos 1 .
8.30 aku dah sampai dewan .
lambat gila dia start weh . 9.48 pagi baru dia bagi taklimat . itu pun sebab aku cakap ada kelas pukul 10 . kalau tak , tah pukul berapa agak nya dia nak bagi taklimat .

kitorang kena isi borang .



dapat pamphlet


lepas tu , kena daftar online
akak ni yang daftar kan .

haaaa , ni ha muka muka sebelum injection .

muka mengantuk saya jelas kelihatan . haha .


budak baju purple tu tengah cuak sebenarnya . hoho.

lepas tu , kitorang masuk lab digital circuit .
tangan aku ni terasa la cam lenguh lenguh sikit . tapi tak effect sangat la .
saya kan sihat dan kuat . weeeeee ~

sekian sahaja . 

" jagalah kesihatan diri anda "

^^V



MirAcLes dO HaPpEn!

Kuala Lumpur .

nak tahu tak ? aku dah lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak g KL .
serius . seingat aku , yang last , masa sekolah rendah . hehe .
masa balik last month haritu pun , bas ada lalu kat Pudu . lalu je laaahh . takde nak stop stop nyee .

oh ya . lupa pulak nak cakap kenapa aku pegi KL .
aku g sana under Tennis club .
aik ? dah kenapa aku masuk kelab tenis pulak kan . background tenis pun takde . table tennis pun cam hape je yang aku main .

well , bagi aku . time ni la aku nak cuba sesuatu yang baru . tak salah kalau kita mencuba kan ?

okay okay . dah melalut ni .

sekarang , nak cerita pasal weekend harituu .

Jumaat , gerak g KL pukul 6.30 petang . eksaited wa cakap luuu .
kitorang pegi tujuh orang termasuk lecturer . aku , Zira a.k.a akak , Liza , Izhar dengan Hafiz .
ada lagi sorang tu , senior , nama dia Afiq . kitorang sem 2 . dia sem 5 kalau tak silap .

dalam pukul 8.40 malam , kitorang sampai Jalan Duta . dekat dengan stesen bas tu ada court tennis .
kitorang terus masuk situ .

first impression . aku terkejut . tersentap dan bermacam macam terr lagik lahh .

usha ni ......

yup . diorang ada kekurangannya . tapi , teror kot diorang main !

tetibe coach panggil kitorang . erk ?
dia suruh main weh . perghh ! kemain segan lagik . aku mana la pernah main benda alah tu .tetibe dia suruh .
main depan bebudak pro pulak tu . bebudak wheelchair tu bebudak MSN kot . ada yang wakil Malaysia lagik tuu . wuwu , maluuuu !

tapi , kena ingat , 
1. dalam nak belajar ni , tak boleh nak memalu 
2 . setiap orang ada kelebihan masing masing .

hmm . time ni la first time aku belaja main tenis . dengan coach MSN tu . wuwuwu .
bola aku semua dah gaya main baseball . asek homerun aje semuaa . lawak habis aa !

masa aku duk tepi court . melayan text mak aku . tetibe bola muncul dari atas . dia jatuh kat bahu aku and melantun hentam rahang aku .
pergh ! sedap dapat makan bola . =,=

main sampai dekat pukul 12 . then , pegi lepak rehat bagai kat Subang Perdana .
tidur lena habis . baring je terus melayang tah kemana . hahaha .

Day 2 
hari sabtu . bangun subuh , terus siap siap .
pukul 7 lebih dah turun court tennis . mula mula main single , half court . pastu single full court . last , lawan beregu dengan lecturer sekali . haha . seriius kelakar bila aku servis . free free je aku bagi diorang menang . tah apa apa lah aku nii =,=

lepas tu , pegi beli breakfast . balik rumah , mandi . 
berpeluh habis basah satu badan oi . nikmat habis wa cakap luuu .
lepas tu , kitorang pergi Jalan Duta balik . the boys , stay kat situ dengan player tennis tuu .
sampai2 je , kitorang lepak . then , lecturer ajak main tennis . heeee . apalagi oi ?
main la sesuka hati . sampai pukul 2 petang kot main . tak heran panas terik dah .
perasaan nak main tu tinggi sangat . seronok habis .

memula lawan hafiz . bola dia tinggi weh . sangat sesuai dengan akuu =,="
lepastu , lawan Izhar pulak . hmm. yang ni tak payah cerita . dia main dah gaya pro dah . padehal semalam , sama je tahap dia dengan aku . dia ni , bola laju . memang tak sempat nak kejar . 
mesti dia fed up main ngan aku . hahahaha . 

pukul 2 stop . 
masuk kat pejabat Abah .
liza kepenatan . dia menahan mengantuk . abah pulak suruh Hafiz panjat kerusi and check aircond tu .


baju aku basah habis . macam baru lepas kena siram dengan air .
rambut basah macam baru lepas mandi . air menitik wa cakap luu .
gila ahhh . dah lama tak bersukan sampai basah begini . selalu basah sikit je .
pastu , lecturer bagi rehat kat dalam bilik tu . Liza ngan Akak dah lena . aku je dok terkebil kebil . 
nak tido , tak boleh . pahal tah .
last last , aku skodeng bebudak tu  main tenis kat court . haha . 

lepas asar , lecturer ngan Abah *suami lecturer* ajak kitorang pegi makan .
sebelum tu kitorang jenjalan kat Ampang Park . Lecturer nak carik raket baru .
hmm . kat kedai tu , aku usha usha je la . nak beli tu . emmmm , banyak kali nak kena fikir . hehe .
time aku duduk kat kerusi tu . tetibe je ada raket jatuh . hentam tangan aku . tepat pada tulang radius .
sakit woi .
aku terdiam 2 saat . lepas tu , baru aku terasa sakit . adoi lahhh
semalam makan bola . harini makan raket . cool enough huh ?

lepas tu , abah bawak kitorang pegi makan .
tapi , aku tak tau tempat tu kat mana . hehe .
me with nasi pataya and barli ais . yeeeeeeppppiiii !

lepas tu , kitorang g solat maghrib isyak kat masjid .
then , balik pejabat abah .

Izhar dengan Hafiz kena present ' Dream Board ' diorang . 

Pembelajaran luar kelas harini adalah ; 
1 . cara nak handle event . 
2. atur cara majlis
3. Izhar cakap " kalau nak cari diri sendiri , kita kena banyak mengembara "
4. Hafiz cakap " kalau kita berani pasangan angan angan , kita kena yakin yang kita boleh buat + kita kena fikirkan impak kalau kita tak dapat capai angan angan tu "

dekat pukul 1 pagi baru balik rumah .
apa lagi , dah letih satu hari tuuu . tido aaaaaaaahhhhh .
nikmat oi . tidur yang sangat berkualiti . mantapp !

Day 3 ,
hari ahad .
pepagi dah siap . 
kemas barang nak balik sekali . then , pegi pejabat . jumpa abah .
abah ajar kitorang guna walkie talkie . siap ajar bahasa radio sekali .
nama aku kalau guna bahasa radio 
" Juliet Alfa Yankee "
haha . pelik kan ? tapi , comel . aku suka . hiks .

dalam pukul 9 lebih tu ,
 Lecturer bawak kitorang pegi Times Square .
ada event kat situ sampai pukul 4 .
lepas tu dia bawak pegi kelua makan .
and round kat KL jap .


lecturer ngan abah ada dinner . diorang drop kan kitorang kat TS pukul 6 petang.

tapi , member aku kata , kalau nak masuk kat dalam tu cm tak berbaloi sebab bayar mahal tapi dapat main kejap je .
so , kitorang jenjalan , explore TS sampai pukul 9 malam .

bende alah ni comel bila kena pijak . aku segan nak lelama kat situ sebab yang memain kat situ just budak kecik umur 2-3 tahun je . 
pastu , aku suka memain kat tangga piano tu .ada bunyi bunyi lagi tuuu . heeeeeeee~

nah , TS .





kitorang nak contact satu sama lain guna walkie talkie .
serius best . serius seronok . dah macam Running man dah kat dalam tuu . 

dalam 11 lebih baru kitorang gerak balik Ipoh . pergh . dia punya mengantuk , tak payah cerita lah . seharian weh berjalan sana sini . memang penat . penat sangat . dalam van pun , the girls duduk blakang skali . so , kitorang tak dengar apa yang the boys dengan lecturer borak .
last last , kitorang tertido . kih kih . tah cemana lah agak nya gaya aku tido .
macam buruk je . macam buruk je .
hahaha .

apa yang aku ingat . 
aku bukak mata je terus nampak pintu pagar politeknik ungku omar .
dalam hati aku " saba ehh poli . esok aku lalu situ "
hhahaha .

aku sampai rumah dalam pukul 2 pagi . 
lepas tu , aku bereskan kerja aku sikit . basuh baju bagai . siapkan lab report yang aku lupa nak buat =.=
sampai pukul 4 pagi . 
lepas tu tido . 6 lebih , bangun .
siap siap nak g kelas . dia punya mengantuk tu ,
tak payah cerita . serius . aku tak produktif langsung ! 

waktu rehat ,

kura kura duduk di tangga !

drugs for me . menahan the mata yang like this -,-

nasib baik dapat bertahan weh .

balik rumah . mandi . makan . rehat jap .
tah bila tertidunya pun aku tak perasan .
yang pasti , aku tertidur depan TV . beberapa kali aku tersedar , tapi tak larat nak bangun . last last , dekat pukul 12 malam baru aku baik bilik . hoho .

that's it . cerita Kuala Lumpur berakhir di sini =)



MirAcLes dO HaPpEn!

22 January 2014

unknown .

kalau sempat , nak update pasal weekend harituu .
I pegi KL uolllss !

stay tuned !
MirAcLes dO HaPpEn!

20 January 2014

him .

" tadi tak nak salin . sekarang baru sibuk nak salin . orang nak balik dah "

"bssszzzzzzzzzttttt *tak dengar dia cakap apa*"

" you cakap apa ? "

" eh , tu masalah you ? "

" masalah apa ? " aku dah berkerut dahi .

" eh , you kan girlfriend i ? "

" since when aa ? "

" sincee ,, emm ... don't you remember .... "

" what ? "

" our moment together .... "

" dah la Lim . mengarut je . nak balik dah ni . babai ~ "


MirAcLes dO HaPpEn!

16 January 2014

girlfriend .

" eyyy  pendrive you aa , i tak sempat copy lagi la "

" ahh , tak kire i nak jugak . petang ni you hantar kat rumah "

" I tak sempat jumpa senior i la . petang ni i nak balik dah "

" eh , you balik ? sambut thaipusam ehh ? "

" iya lah . girlfriend i sambut maa . "

" ooo . girlfriend you , semua race (bangsa) ada meyh ? "

" I belum ada malay punya . you nak ? "

0,o

haihh . Lim , Lim . memacam la kau ni =,= aku mintak Running Man je pun . sampai ke situ pulak jadi nya .

p/s:tadi stalk orang . pastu jumpa benda yang tak sepatutnya . pastu , babai ~

MirAcLes dO HaPpEn!

15 January 2014

saya budak baru belajar .

harini kelas pack gilaaaaaaaaaaaa !
Encik Chau tetibe nak buat kelas programming pulak pukul 8 pagi .
terpaksa la kitorang gerak awal . kalau tak , kelas start pukul 9 ,
then , da dekat setengah jam menunggu . tetibe dia datang and dia kata dia ada meeting =,=

haihh . bertuah punya lecturer !
tak memasal je dah buang masa satu jam .
last last dok lepak kat kafe je sebab house mate aku belum breakfast .
aku breakfast roti dengan susu je , ala ala omputih gitu =p

pukul 9 baru class start cam biasa .
and , kelas digital sepatutnya habis pukul 1 ,tapi  puan bagi balik pukul 11.30 . ada la kerja yang dia suruh buat . sebab tu dia bagi balik awal .
balik , buat la kerja sikit .
lepas solat , terus g kampus . masuk kelas math 2 jam . belaja differentiation pulak tu .
haishh. menguji keimanan guwa betul !

maklum la , masa SPM dulu mana la aku pandang bab ni . hehe  padan muka , kan dah jumpa balik time diploma ni . ohohoho .

encik bagi latihan . aku  buat la sikit sikit . pastu dah sampai satu tahap tu , aku terdiam . pastu aku angkat tangan .

"Encik , i'm lost ! " haha .
Encik pun ikut aku cakap ... " ape yang awak Lost ni ? "
" yang ni camne ? "
pastu encik ajar step by step sampai aku paham and sampai aku boleh tolong ajar kawan aku sikit sikit . hehe . Mak , anakmu ini dah cerdik sikit lagi . wuwu ~

ada satu soalan tu , aku tak habis buat lagi , tetibe encik cakap jawapan aku salah . then

" dah dah , awak tak payah buat . kejap lagi saya tunjuk kat depan . ni soalan mana , E ke F ? "

" E "

"haaaa , korang yang lain ni dapat tak jawapan E ? "

" dapat dapat . senang je la yang E "
hmm , yelah , bila the boys berkata kata kan . senang aje la sume bende . pastu berlagak . grrrrr . menyampahhhh !

" so , dah la . tak payah tunjuk E saya tunjuk F "

pastu encik diam . tak buat pape . aku terus la buat kerja aku .
kejap lepas tu encik datang kat aku .

" dapat jawapan tak ? "

" dapat dah . betul la saya buat tadi . just belum siap je . pastu encik da cakap saya salah . "

" benda ni agak hitam tau . . . " encik ugut nak tepek muka aku dengan pemadam white board .

" eh , encikk ! bukan salah saya . saya tak siap lagi tadi ...... encik cakap salah .... "

pastu encik gelak . ciss . gelakkan aku la tu . saba je laaaa .
haha . nice . aku suka lecturer ni . dia ajar sorang sorang . step by step . so , aku pun kalau tak paham , terus je angkat tangan . senang dapat guide terus daripada dia . hopefully , math aku sem ni pun okay . tip top macam sem lepas . insya ALLAH . aamiin =)

lepas kelas math , kokurikulum .
petang tadi still tak dapat main tenis . kitorang memain biasa je .
balik lewat . 6.15 petang baru balik . tambah 20 minit berjalan kaki , baru la sampai rumah =,=
baru la nak solat bagai . makan pun belum .

aku decide nak beli . tapi masa on the way balik tadi , kedai feveret tu ramai sangat orang . kalau tunggu nanti lewat pulak solat nya . so , aku fikir nak masak je la kat rumah . boleh la jimat sikit kan ?

aku dah lama teringin nak makan nasik goreng tom yam .
tak pernah rasa pun .
saje je nak try .


bawang merah 
bawang putih
cili padi
kiub tom yam 
nasi 
telur
sosej 
garam

*semuanya secukup rasa , ikut selera memasing ye*

hiris bawang merah , tumbuk bawang putih .
panaskan kuali , letak minyak .
tumis bawang tadi . then , masukkan kiub .
kalau kering , tambah air sikit . 
lepastu , masukkan cili . 
sosej .
*ni sebenarnya pengganti kepada ayam . maklum la , rumah bujang ada apa je kan ?*

lepastu baru masukkan nasik . gaul rata . pecah kan telur .
finally , garam . gaul kan semua sampai diorang jadi mesra . 

and , tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh ~


wuwu . okay tak ? okay tak ?

well , komen aku untuk masakan sendiri ... kurang garam . terlebih kiub . haha . rasa dia tak balance . 
pastu tak de sayur pulak tu . tak feel sangat la aku makan . hehe . 
kalau ada timun fresh , or tomato , mesti best . 

ala , bersyukur je la dengan apa yang ada . ehehe 
ni je la meal aku harini . makan lunch siap pakej dinner supper sekali . hehe .

pukul 8 malam baru dapat makan T^T
kesian baby baby cacing dalam perut I ni .

nampak tak ke-pack-an jadual aku harini .
okey okey , aku over . haha .




 cuaca malam ni ---->

best . hujan lebat . dapat mandi hujan sampai basah lencun . wuwuwuwuwu ~

p/s : jangan bagitau mak aku tau aku mandi hujan . nanti aku kena marah . hehe . peace yo ^^V


MirAcLes dO HaPpEn!

14 January 2014

Rumah sewa

so , seperti yang diperkata kan semalam , aku buat harini . 
nak update pasal rumah sewa kan . 
emm , rumah sewa ni boleh tahan besar dia . 
3 bilik , 2 tandas , 1 dapur .
rumah teres dua tingkat .

housemate aku ada 7 orang .
5 orang adalah classmate aku . sorang budak seni bina . sorang lagi sama course tapi kelas lain .


ni gambar lama .

alkisahnya , pagi tadi aku bangun awal sikit . niat hati nak kemas rumah . bila aku tengok semua orang still lena dibuai mimpi , aku pun TER TER TER TER join diorang plak . hehehh . mane tak nye , dorang kata nak start kemas pukul 8 . time lepas subuh aku baring baring . pastu , dapat call . si Cu`a tercall aku . tup tup ,dia end call . di sebabkan bateri phone aku dah ber kelip kelip mintak diisi , aku pun rajinkan kaki menuruni tangga . charge phone . then , aku duduk termenung kat meja makan .

"semaknya ! " 

bekalan makanan tu dah bersepah kot . memasing dah amek barang , tak reti nak susun elok elok . termasuk la tuan punya blog ni . asal boleh capai , asal boleh letak je . camtu la cara nya . haha .
tapi , ni da sampai tahap aku sakit kepala tengok bekalan tu , so , kemas la semua sekali dengan pika . 

pika start menyapu dapur . so , aku sapu ruang tamu . lepastu , terus kemas kat bahagian luar . dah banyak sangat pasir habuk rumput bagai kat bahagian tu . kasut selipar pun dah bersepah . semalam time aku kabut nak keluar , aku tersepak selipar siapa tah . nasib baik tak keluar pagar . ehehehehe *gelak sopan*

ini hasil nya .

lepastu , aku siap tuka cadar , kemas nota nota lama . pack barang banrang yang aku nak bawak balik nanti . semua benda aku dapat settlekan harini . mood mengemas aku hadir dengan jaya nya . ahaha .

selepas mengemas . keadaan menjadi bersih , kemas dan teraturrrrrr .

ini baru la panggil  "HOME SWEET HOME "

=)

by the way , semalam aku tengok cerita LUTH MAHFUZ kat TV3 .
best gak la cerita dia . 

cerita dia camni secara ringkasnya ;
encik suami mintak cerai kat puan isteri . anak dia pulak ada sakit jantung .
puan isteri letak syarat , encik suami kena ikut semua cakap dia . and hanya boleh ceraikan dia selepas 40 hari . so , sepanjang 40 hari tu , puan isteri didik suami dia ikut sunnah Rasulullah .

  • sarung kasut dengan kaki kanan .
  • baca doa naik kenderaan - puan steri siap tuliskan doa tu untuk encik suami hafal .
  • baca doa sebelum makan
  • utamakan buah sebelum makan nasi - ini penting sebab , ada satu artikel tu aku baca , boleh dapat kanser kalau makan buah kemudian . wallahu`alam .
  • masuk tandas dengan kaki kiri 
  • pakai alas kaki
  • guna kayu sugi 
  • sebelum tidur , kibas tempat tidur sebanyak 3 kali + baca bismillah sekali .
  • tidur menghadap kiblat .
  • tidur mengiring ke kanan sambil letak tapak tangan kat pipi kanan . 
itu la antara yang aku ingat .

ending nya , encik suami dia tak jadi ceraikan puan isteri . malang nya ,puan isteri sakit . and , meninggal .
anak dia dapat penderma jantung . so , anak dia sihat . mak dia jadi arwah . 

that's all .

p/s: Bukan harini je kita amalkan sunnah Baginda . bukan harini je kita berselawat . Bukan harini je kita rindu Baginda . moga harini menjadi titik permulaan untuk diri kita . 


Salam Maulidur Rasul .


MirAcLes dO HaPpEn!

13 January 2014

tidak tahu.

saya nak update belog . tapi saya tidak tahu nak update apa . harap maklum . hehe .
saya cuba update pasal rumah sewa la nanti . kot . kot . kot
saya pun tak pasti . maaf =,=''

sekian , terima kasih  ^^v
MirAcLes dO HaPpEn!

03 January 2014

( ,_,)

harini semua kelas cancel .
so , duduk rumah . layan perasaan aje la jawab nya . member memasing buat hal sendiri . sorang layan drama korea . sorang pegi CC . sorang layan majalah dengan komik . and me ??
scroll atas bawah kiri kanan aje kat twitter dengan pesbuk .
masa dok  scroll scroll tu . jumpa dialog kat bawah ni .
A : Cuba jatuhkan pinggan yang kau pegang tu ..   
B : Ouh okay ..  
A : Pecah kan ? 
B : Ha'ah pecah .. 
A : G minta maaf dekat pinggan tu cepat .. 
B : Sorry .. 
A : Dia bercantum semula tak ? 
B : Mesti lha tak syg oi .. 
A : Macam tu lha hati manusia .. Sekali pecah , tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal .. Jadi jangan lha kita memainkan hati dan perasaan seseorang tu sesuka hati .. Walaupun dah minta maaf .. tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal .. ingat tau 


no hard feeling okay . cuma . hmm .

yup, people make mistakes . so , forgive and forget .
jangan fikir sangat salah orang kat kita . fikir salah kita kat orang jugak .
kadang kadang ALLAH uji kita camtu . biar kita sedar sikit yang kita pun ada buat salah kat orang .
kalau bukan orang sama , mesti kat orang lain .

well , bila kita buat salah , and orang tegur . jangan cepat melenting .
cuba duduk sekejap and fikir kan kata kata orang tu .
kita memang tak sedar kesalahan kita . sebab tu ALLAH kirim seseorang tu untuk tegur kita .
DIA nak kita tau apa yang kita buat tu salah .
paham ?

kalau nak menegur pun , ada caranya . tak boleh berkasar sangat bahasa tu ,
kalau kasar kasar , cemana la orang tu nak berubah .
kena guna psikologi . kena guna cara yang orang tu suka .
cara lembut . camtu la . nak cakap lebih lebih pun dah tak tau nak explain cemana . hihi .

so , camni lah . just forgive . terima dia . manusia tak sempurna . takmo gado gado .
okayy ?

" sometimes we forgive easily because we still want them in our life "

kan ?

current mood :

p/s: cara penerimaan setiap orang tu berbeza beza . kena pandai amek hati dia ;)

MirAcLes dO HaPpEn!

02 January 2014

jatuh cinta .

well , lama tak update blog .
malas . and tak ada cerita yang best sangat sebenarnya .
hehe .

tajuk post menarik kan ?
uuuuuuuu ... jatuh cinta .
yup . aku jatuh cinta .
kat sorang budak lelaki ni .
muka dia cute . kulit cerah . rambut dia perang sikit .
kerinting kat hujung rambut .

first time nampak dia , aku terus cakap " comel nya " 
jujur . aku rasa dia sangat comel .
masa dia cakap dengan mak da pun , lembut aje .
mata dia comel bila dia renung mak dia .

dia tolong angkat kan handbag mak dia .
dia tolong bukak kan pintu untuk mak dia keluar .
dia sangat comel . sangat baik . sangat gentle .

serius , aku jatuh cinta dengan dia .
aku suka bila lelaki macam tu .
sweet .

hakikat nya , budak tu baru setahun dua umur dia .
kecik lagi. muka comel . suara comel .
bila mak dia tak bagi apa yang dia nak , dia senyap je .
tak de pun sampai nak hentak hentak kaki . nangis bagai .
masa mak dia solat pun , dia duduk senyap je kat tepi mak dia .
siap tolong jagakan handbag lagik .
lepas mak dia solat , dia borak dengan mak dia . baik aje bunyi nye .
heeee , suka la aku kat bebudak cemni .

masa mak dia letak telekung , dia tolong angkat handbag mak dia
dia dah la kecik . handbag mak dia pulak besaa and nampak berat .
bersungguh sungguh muka dia masa angkat beg tu . sampai senget senget badan dia .
" comel nyaa "

masa dia bukak kan pintu surau tu , lagik comel .
pintu tu dah la berat . dia pulak tak sampai nak capai tombol .
dengan tangan kecik comel dia tu , dia cuba jugak bukak pintu untuk mak dia .
seboleh boleh nak bukak jugak even mak dia kata nanti mak dia nak bukak sendiri .
dengan badan kecik tu , dia tahan jugak pintu tu untuk mak dia even dah nampak dia menggigil gigil tahan pintu .

" ya ALLAH , comel nya budak niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii "

aku geram sangat kat budak tuu .
aku harap dapat anak sebaik budak tu or mungkin yang lebih baik . hiks .



MirAcLes dO HaPpEn!