MirAcLe WoRdS

06 June 2013

long lasting .

ada sekali tu , aku nampak couple ni . dalam hujan dorang share payung sama sama . atok tu payung kan nenek tu . slow je dorang jalan . maklum la , kudrat orang tua . dan aku kat tepi ampaian tu , hanya pandang je dorangsambil memegang baju lembab untuk disidai .

" sweet je "

aku tersenyum sorang sorang . sentimental weyy ! hahaha .

okey , itu cerita lama . ni yang terjadi siang tadi . masih di ampaian yang sama . aku nak amek baju . pastu aku dengar macam bunyik besi kena laga . TING ! TING ! TING!  aku pun mula la cuak . . aku tak biasa denga bunyik bunyik pelik cam tu kat simpang rumah aku ni . maklum la , 3 rumah je kat lorong ni .

aku pun mula lah menjengah . aku tengok atok tu nga jalan pakai tongkat . dengan badan dia yang terbongkok bongkok tu . sedih pulak aku tengok . aku nak tanya , " tok , nak gi mana ? " sebab atok ni dah tak kuat . dulu ye laa ,petang petang nampak gak dia naik moto pegi minum kopi kat kedai depan . tak pun , hari jumaat dia lalu depan rumah siap pakai baju melayu nak pergi solat jumaaat .  tapi , niat aku terbantut . kut aku tersergah dia pulak kang . buat niaya je . so ,  aku pun jalan la macam biasa nak masuk rumah .

tetiba aku denga suara atok tu panggil aku .

" kau ada nampak nenek kau tak ? "
perghh . time tu sayu gila suara atok tu . aku yang dengar ni pun dah nak leleh . tapi , aku bajet cool je . aku tanya atok tu , " nenek pergi mana ? "

pastu aku tak paham sangat atok tu cakap apa . yang aku ingat , dia cakap " nenek kau kata dia nak balik , tapi tak tau cemana . "

aku dah pening dah nii .

" nenek pergi mana ?"

and again , aku tak paham apa yang datuk cakap . T_____________________T
sedih gilaaaa weyy . kalau kau kat tempat aku pun , mesti kau rasa benda yang sama .

"pastu , atok tu hulur phone dia kat aku . dia suruh call kan anak dia .  pastu anak dia kata terima kasih kat aku . dia kata kejap lagi dia sampai .

time tu kan , atok tu pun cakap " terima kasih eh . atok nak telefon pun tak boleh . jari atok besaa " kat aku . serius , airmata aku dah bertakung dah time tu .
gilaaaa punya sayu suara atok tu . time tu aku dah tak sanggup nak tengok muka dia dah . sedih weyy . drama Korea pun kalah .

" atok balik lah dulu . kejap lagik mak andak sampai " last word aku .

time ni kan . aku terfikir . cemana agak nya kalau satu hari nanti , mak ayah aku camni ? kalau aku tinggal dekat dekat , boleh la aku terus datang . kalau aku tinggal jauh , cemana ?

lepastu , kalau benda ni terjadi kat aku pulak , cemana ?



aaaaa , sedih nyaaa . *lari masuk bilik , menangis bawah bantal*




p/s :
* background music - Glory of Love , Peter Cetera *

MirAcLes dO HaPpEn!

2 MirAcLes WilL HaPpeN !:

nae nematoda said...

sungguh sedih...huhu
tochim la dgn atok ni , mmg betul-betul true love la..

Jay_Izzaty said...

kaaann?

hmm.. aritu tetiba mata bocor kot . haha

Post a Comment