" sweet je "
aku tersenyum sorang sorang . sentimental weyy ! hahaha .
okey , itu cerita lama . ni yang terjadi siang tadi . masih di ampaian yang sama . aku nak amek baju . pastu aku dengar macam bunyik besi kena laga . TING ! TING ! TING! aku pun mula la cuak . . aku tak biasa denga bunyik bunyik pelik cam tu kat simpang rumah aku ni . maklum la , 3 rumah je kat lorong ni .
aku pun mula lah menjengah . aku tengok atok tu nga jalan pakai tongkat . dengan badan dia yang terbongkok bongkok tu . sedih pulak aku tengok . aku nak tanya , " tok , nak gi mana ? " sebab atok ni dah tak kuat . dulu ye laa ,petang petang nampak gak dia naik moto pegi minum kopi kat kedai depan . tak pun , hari jumaat dia lalu depan rumah siap pakai baju melayu nak pergi solat jumaaat . tapi , niat aku terbantut . kut aku tersergah dia pulak kang . buat niaya je . so , aku pun jalan la macam biasa nak masuk rumah .
tetiba aku denga suara atok tu panggil aku .
" kau ada nampak nenek kau tak ? "
perghh . time tu sayu gila suara atok tu . aku yang dengar ni pun dah nak leleh . tapi , aku bajet cool je . aku tanya atok tu , " nenek pergi mana ? "
pastu aku tak paham sangat atok tu cakap apa . yang aku ingat , dia cakap " nenek kau kata dia nak balik , tapi tak tau cemana . "
aku dah pening dah nii .
" nenek pergi mana ?"
and again , aku tak paham apa yang datuk cakap . T_____________________T
sedih gilaaaa weyy . kalau kau kat tempat aku pun , mesti kau rasa benda yang sama .
"pastu , atok tu hulur phone dia kat aku . dia suruh call kan anak dia . pastu anak dia kata terima kasih kat aku . dia kata kejap lagi dia sampai .
time tu kan , atok tu pun cakap " terima kasih eh . atok nak telefon pun tak boleh . jari atok besaa " kat aku . serius , airmata aku dah bertakung dah time tu .
gilaaaa punya sayu suara atok tu . time tu aku dah tak sanggup nak tengok muka dia dah . sedih weyy . drama Korea pun kalah .
" atok balik lah dulu . kejap lagik mak andak sampai " last word aku .
time ni kan . aku terfikir . cemana agak nya kalau satu hari nanti , mak ayah aku camni ? kalau aku tinggal dekat dekat , boleh la aku terus datang . kalau aku tinggal jauh , cemana ?
lepastu , kalau benda ni terjadi kat aku pulak , cemana ?
aaaaa , sedih nyaaa . *lari masuk bilik , menangis bawah bantal*
p/s :
* background music - Glory of Love , Peter Cetera *
2 MirAcLes WilL HaPpeN !:
sungguh sedih...huhu
tochim la dgn atok ni , mmg betul-betul true love la..
kaaann?
hmm.. aritu tetiba mata bocor kot . haha
Post a Comment