MirAcLe WoRdS

11 July 2015

Orang tengah ?

cerita sebelum ni


__________________________________________________________________

"aku cakap pasal dia pandai. terus aje budak tu suruh kirim salam."

oh, macam tu. wah, tipis lah peluang aku macam ni. Haznik macam curious gila pasal budak tu. kejapkejap dia pandang group Ira. nak tengok Ira rapat dengan siapa. Aku pulak asyik pandang dia aje. sampai budak group dia pandang aku balik. aku nampak budak tu cuit bahu Haznik. errr, Haznik pandang aku!

terpaksalah aku pikir topik nak cakap dengan Haznik. nasib baik lah start kursus ni, aku Ira, Haznik dengan Fakhrul Razi mula rapat. dah boleh gelak samasama. share probs. kira kursus ni rapatkan kita orang lah jugak.

"eh, kau dah jumpa cikgu tanya pasal van yang ambik kita esok?" Ira tanya .

"dah.dah. van datang pukul 2.30. aku dengan Raji kena solat jumaat dulu. kita lepak hotel ni lama sikit sebab budak sekolah lain balik pukul 12."

"ouh.." aku ngan Ira sama sama angguk , faham .

"hey, sape nama?" muncul sorang mamat entah dari ceruk mana .  dia pandang aku .

"hah? err, Lin, Fazlin." tergagap jugaklah aku nak menjawab soalan dia . Ira da sengih sengih tengok aku tergagap . nak bahan aku lah tuu .

Nik ? heh . si batu tu mana ada reaction .

"ohh, same sekolah dengan Nik ni eh?"

"haah. kenapa?"

"tak ada apa apa."

"eh, Nik, Raji panggil kita lah kat sana. jom pergi." Ira dah tarik tangan aku .

"okay la Hafiz , aku ngan geng aku ni mintak diri dulu eh . nanti kita borak lagi "

lelaki tu just senyum dan mengangguk perlahan tanda mengerti .

aku pun pergi lah. walaupun aku rasa sedikit kecewa kat mamat yang tegur aku tadi, tapi aku cuba tersenyum. esok, nak balik sekola. aku konfem takkan ada peluang nak bercakap dengan Haznik lagi. maklum aje lah yang mamat ni memang simpan emas dalam mulut dia. Fakhrul Razi ni boleh tahan lagi. ada lah jugak dia ejek ejek aku. si Haznik ni tidak. diam aje.. haizz~ saba aje lah~

"Lin, apesal muka kau sedih aje ni?" Fakhtul Razi tanya .

"sedih kemenda nya ... baru lepas kena tackle!!"

"whattt!?" Fakhrul berkerut dahi .

"terkejut kan ?" Ira dah sengih sengih . perli aku la tuuuuuu !

"siapa takcle ?"

"Hafiz"

"hafiz ? oh . Ketua pengawas tu eh ? "

Ira angguk . Haznik diam . aku ? blurr .

" banyak lah kau punya tackle . sikit tak sweet . hambar cenggitu . tackle kemenda nya . tak cair la weh . dah dah la . ni , aku nak tanya , untuk persembahan malam ni ,  kita nak buat apa ? "

" aik ! tuka topik nampak " Ira ni memang nak kena !

" aku serious la weh . kita da la tak practice pape . so acane ni ? "

"aku rasa, biar Nik ajelah yang nyanyi. aku malas la nak naik pentas bagai." Fakhrul bagi cadangan.

"boleh ke idea ni, Nik?" Ira pulak tanya .

dia hanya tersenyum dan mengganguk. hey, tolong lah cakap! aku nak dengar suara kau tu. kenapa kau diam sangat!?

"lagu apa kau nak bawak ?" Aku saja nak menyibuk .

dia terdiam . lama sikit .

"entah la . aku tak fikir lagi ."

"kau nyanyi la lagu untuk secret admire kau tu ke ..." cadang Ira .
Haznik tersenyum .
oh maii . oh maiii . bapak lah hensem nya dia senyum . muka berseri habis .
okay Lin , rileks . pandang tempat lain . jangan pandang dia . tarik nafas dalam dalam . istighfar Lin oi !

"kau rasa lagu Westlife , swear it again , okay tak ?"

o em geeeeee . why did you choose my favourite song ?
aku menjerit dalam hati .

" kalau macam tu , baik kau duet dengan Lin ni haaa "
Ira dah tepuk bahu aku .

" apahal aku seh ? "

" kau punya favourite karok jamban kan ?"

"jangan ungkitlah pasal jamban kat dining hall ni . buat malu je "

aku mengetap bibir . geram .

" Nak duet tak ?" Haznik tanya .

err . aduh . malu la nak naik pentas .... tappi tak nak lepaskan peluang keemasan keperakan kegangsaan ini .hmmmmmmm .

pap !

tersentak aku di buatnya . bertuah punya Fakhrul ! dia tepuk tangan depan muka aku .

terus aku pandang Haznik . Alamak  dia tersenyum lagi . alihkan mata tu Lin !

" so ,acane ?"

errrrr .

" what if aku main gitar je . jujur sangat aku segan nak nyanyi . tak perlu aku terangkan sebab nya kot"
aku pandang dia . dalam hati dah berdoa , mintak mintak lah dia angguk .

haih , dia ni pun kan . kaku mengalah kan patung cendana !

" okey , kau bawak gitar ke ? "

" ada . kat bilik "

" aku nak buat akustik la lagu ni . acane ? "

" perfect ! " Ira dengan Fakhrul berkata . serentak .

" sempat ke nak berlatih ni ? "

" sempat la . lepas ni kita zohor . then , kau pergi la tuka baju ikut keselesaan . and bawak gitar kau . tunggu aku kat lobby "

" kalau aku lambat , kau tunggu tau . aku tak jamin sangat la aku boleh awal . "

" okay . tapi jangan lambat sangat "

dia tersenyum . aku ? tercair. eheheheh .

"attention attention pleasee . " ada suara pulak . semua menoleh kat stage dining hall ni . nampak ada urusetia nga berdiri kat situ .

" untuk dinner malam ni , kita takde tema . tapi , sis harap kamu semua pakai yang gorgeous yang cun ayu lawa hensem tampan macho sado ye . kita nak raikan penutupan kursus kita ni . "

" okeyy sisss " semua menjawab hampir serentak .

" one more thing , for the girls , sis harap sangat you all dapat pakai high heels . wajib . wajib pakai "

pFTTTTFFFftffffffffttttt .

"Lin ! "

apa apa ?

errrrr . alamak ! aku tersembur air tembikai kat baju Haznik ! . ya ALLAH . aku nak buat apa niiii . habis uniform pengawas dia ada tompok tompok merah . addduuhhhhh !

kaku . canggung . aku tak tau nak buat apa .

errr . tisu. tisu mana tisu ??

aku seluk poket .lepastu aku tepuk dahi . aku mana la ada tisu oi !
aduuuuuuuuhhhh .

" nah Nik ." Ira hulur tisu kat Haznik .

" Niiiikkkk ...... " aku panggil dia . perlahan . nada suara separuh bergetar sebab serba salah and takut kena marah . Haznik nampak busy nak lap pakaian dia .

" Niiikkkk ..... "
busy . dia masih busy .

"Nikk ... " suara aku tersekat . rasanya mata aku dah start bocor ni .
hm , dia tak pandang aku . mesti dia marah gila and menyampah kat aku kan .

"aku mintak maaf Nik . aku betul betul tak sengaja . aku mintak diri dulu la "
aku segera bangkit . tak tahan lagi rasa nya nak duduk situ . aku ni mana la boleh orang marah aku . nanti aku sentap tak sudah . maut betul !

"Lin ! nak pergi mana ? "

"toilet , then aku balik bilik . kau balik lah dulu . aku maybe lama "

taknak toleh belakang dah . malu . takut . semua ada . ALLAH hu ALLAH . kuatkanlah hamba Mu ini .

sampai sampai je kat toilet . aku rasa dah mata aku bocor . biar . aku biarkan dia bocor . biar hati aku lega .

He's such a silent killer . He did nothing but he killed me deep inside .... blerggghhh aku nanges cenggitu je . nampak sangat la dia tahu weakness aku . Sakit nya hati !

tak lama lepas tu , aku cuci muka . jam pun dah pukul 1.05 . kejap lagi nak zohor . then , nak hadap latihan pulak . haihhhh . risau lah . cemana la aku nak hadap dia agak nya T^T


MirAcLes dO HaPpEn!

0 MirAcLes WilL HaPpeN !:

Post a Comment