MirAcLe WoRdS

20 December 2011

Budak kampung! part 4

part 1 <---
part 2 <---
part3 <---

__________________________________________________________________

"siapa heronye..?"

"Name dia,, Faiz Razak.."

GULP! Faiz Razak?? Kenapa dia? kenapa bukan orang lain?

Faiz, Faiz, aku fikir kita terpisah dan takkan bertemu lagi,, tapi aku silap!

Aku silap,Faiz!

eh, nanti dulu. bukan dia serorang aja nama Faiz Razak kan? mesti ada banyak Faiz Razak dalam dunia ni.

"Faiz tu, course ape ek!?"

"kalau tak silap, dia tu.. errmmm, medical tau."

errk!, alamak! course macam sama dengan Faiz. aku ingat lagi betapa dia bangga diri sampai kembang kuncup hidung dia bila nama dia di julangjulang masa result SPM keluar. maklumlah, dia seorang aje yag dapat A1 dalam kampung tu. dan dia aje yang dapat tawaran ke universiti as the first batch! aku dengan budakbudak lain, second batch. separuh pergi politeknik. dan selebihnya dah bekerja.

"dia orang mana ek!?" aku menyoal lagi. harapharaplah bukan orang melaka. atau lebih tepat lagi orang kampung bertam hulu. aminn!

"entah la. dia jarang cakap pasal family dia. so, tak tahu sangat."

alamakk! ni yang susah ni. aku takut gila kalau dia tu memang Faiz Razak yang aku kenal. Faiz Razak yang sekampung dengan aku. Faiz Razak yang pernah jadi classmate aku. Faiz Razak yang menyakitkan hati aku tu! TIDAKKK!


"ok, dah sampai pun. ni skrip teater kita. kau boleh la tengoktengok dulu. nanti aku panggil Faiz suruh dia kenalkenal dengan kau. cuba cari chemistry dengan kau! ok lah. aku pun nak kena hafal skrip aku. aku ade kat hujung sana. kalau nak tanya, pergi sane okayy!?"

aku hanya mampu tersenyum. lepastu, aku pandang skrip tu. haduii! aku mana pernah berteater bagai. tak pe lahh. ni balasan untuk orang yang menipu!

"err, kau ni Iman eh?'' aduhh,, menganggu gugat konsentrasi aku betul lah!

''ye saya, kenapa?'' aku cuba memaniskan muka. alamakk! memang sah ! sah! sah! dia memang Faiz razak yang aku kenal! oh, god! rasa nak pitam aje. rasa nak demam. rasa nak muntah. ahh,, macam2 rasa betul! saba aje lah!

"eh, kau!?''

''kau ke hero cerita ni?''

"kau ke heroin cerita ni?"

"Iman, ni lah Faiz razak. kau dengan dia watak utama tau. cuba lah cari keserasian. "
terus aje Hasif blah. haihhh!

Hasif, hasif! kalau kau nak tahu. aku dengan dia memang tak boleh masuk jarum. muka dia sentiasa mintak kaki aku aje! buat darah aku naik. aku benci betul tengok muka dia.

"Razif! Razif!" eh, apehal dia panggil Razif pulak ni?

"yes!?" razif pun datang

"ni ke heroin yang kau cakap semalam tu? tak de lah lawa seperti yang kau describe semalam. indah khabar dari rupa betul!"

amboi! dia punya tahap kepedasan ayat buat telinga aku berdarah aje! memang kau Faiz Razak yang aku kenal. memang kau tak berubah dari dulu. memang kau lah RAJA MULUT LANCANG! memang kau aje yang layak dapat takhta tu!

"dia aje yang ada. kau nak harapkan siapa lagi? Diana? dia tu masuk kampung pun tak pernah. takkan nak suruh dia berlakon pulak? konfem lah kaku."

"macam ni lah encik Faiz. kalau awak tak nak berlakon. saya beribu kali tak ingin! saya sekadar nak tolong universiti aje. kalau awak tak nakk. saya boleh undur diri. "

aku cube memboloskan diri dari masalah ni. aku tak nak malu kalau salah nanti. maklum la, aku kan first time join teater. masuk pertandingan pulak tu. hesh! memang tak bole belah ahh, kan?

"eh, Iman. jangan buat macam tu. kita da tak ada masa lagi ni. awak jangan nak main2."

"er,, tapi, semalam tu saya memang main serbu aje. saya tengah emosi masa tu."

"tapi, apa yang awak cakap tu, memang dari isi hati awakkan?"

"err, memanglah! tapi, kenapa encik Razif cakap kat prof yang saya ni heroin? buat niaya aje! saya tak pernah masuk teater."

"saya nak awak masuk jugak!!"

err,, alamak! aku macam tak ada piilihan lain aje.

''tapi, kenapa saya?"

"saya dah lama perhatikan awak... awak yang paling sesuai berlakon watak ni."
kenapa suara dia tibetibe aje mengendur?
hah!? dia dah lama perhatikan aku? biar betul...? hari ni bukan 1 April dia nak prank aku. birthday aku apetah lagi. biar betul si Razif ni...


__________________________________________________________________

MirAcLes dO HaPpEn!

1 MirAcLes WilL HaPpeN !:

someone said...

Razif tu suke kat Iman eah?

Post a Comment