MirAcLe WoRdS

Showing posts with label Budak kampung. Show all posts
Showing posts with label Budak kampung. Show all posts

17 December 2012

Budak Kampung ! part 10

' I like It when you smile but I love it When i'm the Reason '
- Razif-

how he get my number haaa ? uwaaa . makin scary si Razif ni . pheww ~
alah , tak kesah laa .

" adik , kenapa dahi berkerut sampai macam tu sekali ? "

" err , eh , mak ! xde pape lah . mak tidur la dulu . adik nak mandi . "

ape lagik ? amek shirt lengan pendek , capai tuala dan .... bergerak ke bilik mandi ~
pulas paip . wuuuuu , sejuk gila air memalam ni . pandang atas sikit .
memang patut pun , terlupa bukak water heater *ni eh nama dia ? aku tak ingat laa *

kasik up sampai 5 . baru syok mandi air panas memalam buta ni .
pergh ! rasa lega gila bila badan dah wangi . rambut pun dah siap syampu . sempat jugak aku letak conditioner harini . lembut sikit rambut aku . kelemumur pun dah lama tak jejak . rambut aku dah macam iklan syampu tau , hitam bersinar ~ kashingkashing ~

okey , a bit masuk bakul angkat sendiri di situ . but , i'm telling the truth . ALLAH dah bagi kan ? aku kena bersyukur ~

" mak aku dah tido ek ? "

" ha'ah "

okey , mak pun dah tidur . so , aku rasa nak minum milo panas dan join housemate aku tengok tv . wooo , ombak rindu kot . pergh ! aaron aziz tuu , mana boleh lepas peluang .

" hey , dengar cerita , kau jadi best actress yea ? "

" haah , cerita lah weyy . "

aduhh , Aini dengan Zana ni tak reti nak menyabar ke ? aku baru je tersembul dari dapur ,  dah bertubitubi soalan kau orang bagi . aishh .

" oh , no way aku nak cerita sekarang ! ni aaron aziz dah tunggu suruh aku tengok dia berlakon . kalau nak cerita cerita . esok petang eh ? pepagi esok aku nak keluar dah . "

" what ? balik lewat malam . esok pepagi nak keluar ? apahal ? "

" err , Faiz eksiden . so , nak melawat jap . then , parents aku nak kena hantar balik kampung dah . nasib baik aku xde kelas esok . "

"ouh "

okey , tu aje jawapan mereka . seterus nya , melayan ombak rindu lah wey . 1 jam lepas tu , aku pun masuk lah tidur sebelah mak .

sedarsedar aje phone aku sedang vibrate sambil menyanyi lagu What Makes You Beautiful - One Direction . aduh , siapa pulak call aku subuh subuh ni ? baru  pukul 5.50 pagi kot . ade kecemasan ke ?

Razif ? buat apa dia call aku ni ?

nak jawab ke tak ekk ?

" Adik , siapa call tu ? " suara mak kedengaran .

ouh , mak . Mak dah siap mandi dah pun . telekung pun dah siap sarung . tunggu nak masuk waktu aje ni . yang aku ni pulak ? hmmm , dalam selimut lagik kutt ,

" err, alarm lah makk , " 

haaa , anak derhaka kau hari ni ! tergamak kau tipu mak kau , kan ? ape nak jadi dengan kau nii ?

" dah , mati kan alarm tu . pergi mandi dan siap siap cepat . "

aku hanya mampu tersenyum . aku pun silent kan phone . takut Razif call time aku mandi kang . memekak pulak orang nak solat subuh .

bzzzzzttt ~ *vibrate .

' morning ! bangun subuh ye , nanti Razif jemput pukul 8, kita kena pergi satu tempat dulu sebelum pergi hospital . and please ya , don't take breakfast dulu . '

err , pahal lak ni ?

ah , suka hati kau laaaa . malas nak layan . capai towel dengan kemeja biru cair yang mak hadiahkan untuk aku sebulan yang lalu .
mandi ala kadar je la . malam tadi kan mandi lambat then tido , so , xde la nak busuk sangat pun . hehehe .

lepas aku mandi tu , aku solat . then aku siap siap pakai tudung . mak lagik advance , dah siap duduk depan tv kott ! haishh . eksaited  betul mak aku ni . hihi .
aku sedekahkan senyuman kat mak . sambil tu aku g masuk dapur . lapar oii ! nak milo panas secawan . alas perut sikit .

" mak nak milo ? "

" tak pe lah , kejap lagi Razif nak sampai kan ? "

aku sekadar mengangguk .

so , aku buat milo untuk aku sorang je laaa . hiii ~

TIN ! TIN !
umang aiii ! tersedak milo aku dibuatnyaa . beragak lah Razif oii . ni kawasan perumahan . pepagi buta pulak tu . jangan la slumber slumber je main hon . hishhh !
terus aku cuci cawan sebelum terkocoh kocoh masuk bilik and ambik dompet dengan handphone . mak dah menggeleng . hihi . perangai anak mak ni xberubah lagik laaa .

" jom "itu la kata kata Razif sebelum kereta dia mula meninggalkan rumah sewa aku .

perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit tu hanya di temani oleh lagu lagu dari radio . aku takde mood nak cakap pape memandangkan lepasni mak ngan ayah nak balik kampung dah . sobs sobs sobs .

" okey , kita dah sampai "

mak ngan abah jalan beriringan . aku jalan kat belakang diorang . tak mau la kacau suasana romantik pengantin lama ni . hihi . sweet . kalau aku kawin nanti , aku harap aku dapat lelaki macam abah . sweet . romantik . mana mana pergi pun , mesti nak jalan sebelah mak jugak . even kat pasar basah pun dia sibuk sibuk je nak pilih ikan dengan mak . hishh . comel lah abah ni . lagi satu perangai abah yang aku suka , ayah selalu faham mak . bila ayah nampak mak dah duduk kat sofa sambil pegang kepala , mesti abah cakap " harini abang masak ehh ". mak mesti senyum lebar .

" senyum sorang sorang yeee "

hiks . kan dah malu sendiri . haha . berangan lebih la .

" Iman suka lelaki yang macam mana ? "

ehh ? kenapa dia tetibe tanya ni ? macam tau tau je apa yang aku nga fikir .

" entah . susah nak jawab benda ni " terus aku jalan laju laju and tinggalkan Razif sorang sorang kat belakang .

terus aku ikut mak dengan ayah naik lif . hmm . cuak jugak nak tengok Faiz ni .

teruk jugak lah keadaan dia . patah kaki kiri . tangan retak sikit . luka luka kat badan sebab cermin kaca kereta tu .hishh . takut la nak tengok lama lama . lagipun dia baru je tidur , so xde lah nak borak borak bagai . sejam lebih lepastu , baru Razif ajak tinggalkan hospital .

macam biasa lah . mak dengan abah macam tak perasan kewujudan aku . hihi .
takpe lah , bagi diorang chance .

" iman ! " aku menoleh .

" saya nak bawak awak pergi satu tempat . saya harap awak suka tempat tu "
aku hanya tersenyum . tak tau nak cakap apa .

" awak tak sedar ke yang selama ni saya suka awak ? awak tak perasan ke saya selalu pandang awak ? saya tahu apa yang awak suka . apa yang awak tak suka . saya tau betapa awak sayangkan mak abah awak kat kampung sana . mereka yang pertama di hati awak kan ? semua perkara yang berlaku kat diri awak , awak bagitahu mereka . kecuali , ... "



MirAcLes dO HaPpEn!

17 June 2012

Budak Kampung ! part 9

" maaf , Iman . Razif yang belikan dan hantar kat makcik dengan pakcik . "

what the ? kenapa sampai macam ni sekali Razif ? aduhhh !

" eh , Razif . kenapa susahsusah ni ? "

" Iman, we'll talk later . I've to go jap . nak call mama Faiz . "

terus sahaja dia mencium tangan abah dan berlalu pergi .

" siapa dia tu ? "

" ohh , dia director teater ni mak . dia yang tibatiba aje ajak adik join teater lepas adik terlepas cakap haritu . "

" laaa , iye ke ? baik budak nya . eh , tapi kan ... kenapa tadi dia yang berlakon dengan adik . bukan adik kata Faiz ke yang jadi hero ? "

" eh .. ouh . Faiz accident masa on the way datang sini mak . "

" astaghfirullah hal azimmm . kat mana dia sekarang ? "

" errr, tak tauu . jap ... RAZIF ! "

" yess , ? "

" dah call mama Faiz ? "

" not yet , i couldn't find my phone . iman , pinjam phone kejap . "

aku pun bagilah phone aku kat dia . humm , dia call num dia lah kot . takkan nak guna phone aku call number mama Faiz pulak kann ?

" oh , kat sana rupanya phone Razif . " katanya sambil menunding jari ke arah meja berdekatan dengan pintu masuk . ish , teruk betul mamat ni . nasib baik tak hilang phone tuh . dah la orang ramai masuk ikut pintu tu . ishishish .

" kejap lagi Razif inform pasal Faiz . " katanya lagi sambil berlalu pergi .

" iman ! good job ! "

" eh , Hasif . mak , ni kawan adik . Hasif namanya . "

" assalammualaikum makcik , pakcik . "

" eh , Faiz kat Hospital Pantai . tak cedera parah sangat lah , cume patah kaki and 2 jari tangan kanan . yang lain tu just luka luka ade . esok ajelah kita lawat dia . eh ? "

" oh , okey ! " yang lain memberi persetujuan .

" ayah nak tidur maana ni adik ? "

" oh , pakcik , balik rumah saya ya ? makcik boleh tinggal dengan Iman malam ni . esok kita lawat Faiz samasama . boleh ya pakcik ? "

" eh , pakcik ni tak menyusahkan anak ni ke ? "

" takdelah pakcik . kan saya yang jemput pakcik datang sini . "

katanya sambil tersenyum mesra ke arah ayah . hemm , ayah nampak macam bersetuju aje ni .

" okay lah kalau macam tu . "

see ! kan ayah bersetuju tuuu .

__________________________________________________________________

alhamdulillah . seperti yang diinginkan Razif , teater yang di arah oleh beliau mendapat tempat pertama dan yang menjadikan teater ini luar biasa ialah , aku menjadi pelakon wanita terbaik !
wah wah wah , hebat jugak aku ni . baru 1st time masuk secara tak sengaja , terus jadi pelakon wanita terbaik haa . tak menahan . tak menahan.

" see, kan Razif dah cakap . Watak tu memang Iman . Iman dapat menjiwai watak dengan baik . congratulations ! "

" thanks kat Razif jugak sebab dah bimbing Iman through this life journey . "

" kalau boleh , Razif nak bimbing ... "

" adik ! lama lagi ke ? dah lewat ni . "

" Razif cakap apa tadi .. ? Iman tak dengar dengan jelas . "

" ouh , tak ada pape . iman salan dengar kutt . eh , mari pakcik . kita balik . Iman , naik lah kereta sekali dengan makcik . saya hantarkan . "

sepanjang perjalanan tu . kami hanya berdiam diri . mak dah letih sangat agaknya . ayah pula sekadar menjamah mata dengan bangunanbangunan tinggi kat bandar ni . aku ? hmm, diam aje lah . tapi , aku akui , aku masih tersenyum . sesekali , aku nampak Razif pandang aku melalui cermin . aku pun nampak dia tersenyum . mungkin dia pun masih bahagia sebab menang tadi . atau pun , mungkin dia bangga dengan aku sebab menjadi anak murid dia yang paling baik sampai dapat anugerah . hehe , siapa tau ... kan ?

" eh , senyum memanjang aje ni , kenapa ? "

" haa ? haha . tak de papelah . " oh, rupanya mak dan ayah dah tertidur . penat sangat lah tu .

" humm , dah sampai dah ni . "

" mak .. bangun mak . kita dah sampai . "

setelah lima minit berdiri di hadapan rumah sewa aku , kereta Razif pun berlalu pergi . alah , pergi tak jauh punn , 3 pintu aje dari rumah aku . aku ajak mak rehat dalam bilik aku sementara aku nak mandi dulu . badan dah busuk bau peluh ni . ish ish ish .

sebelum tidur , aku dapat 1 mesej dari nombor yang tidak dikenali .

'
I like It when you smile but I love it When i'm the Reason '
- Razif-

how he get my number haaa ?
MirAcLes dO HaPpEn!

14 March 2012

Budak Kampung ! part 8

" sebelum kau fall in love dengan aku , kau kena fall in love dengan ayah aku dulu . "

" ayah kau GAY ? "

grrrr ~ mintak penyepak betul la mamat ni !
habis satu auditorium ni gelak besar . siap ada makcik yang kesat airmata pulak tuu .
kurang asam betul lah mamat ni ! melampauuuu !

" susah betul cakap dengan orang yang dah bertahun tak balik Malaysia ni ! "

" hmm, cakap tak susah pun sayang oiii ! nak melamar awak tu je yang susah . "

erk ! ? berani sungguh dia ni .

" ish ! awak ni kenapa haa ? baik awak ulang apa yang awak cakap tadi "

" hmm, cakap tak susah pun sayang oiii ! nak melamar awak tu je yang susah . "

" ha ? "

" kenapa ? " isk ! boleh pulak dia buat muka innocent . hishhh !

" melamar ? "

" hmmm. "

penonton semua terdiam . tak ada satu bunyi punn ..


krik krik krik .

" awak tak sedar ke yang selama ni saya suka awak ? awak tak perasan ke saya selalu pandang awak ? saya tahu apa yang awak suka . apa yang awak tak suka . saya tau betapa awak sayangkan mak abah awak kat kampung sana . mereka yang pertama di hati awak kan ? semua perkara yang berlaku kat diri awak , awak bagitahu mereka . kecuali , ... "

" kecuali .... ? "

" perasaan saya kat awak . "

cepatcepat aku merenungnya , tajam . apa dia ni ?

" awak sedar kan saya suka awak . saya akui , memang saya selalu kutuk2 awak masa zaman sekolah dulu . saya nak awak tau yang kutukan itu tak ikhlas pun dari hati saya . awak ingat tak Amir dengan Zikri ? diaorang yang cabar saya kutuk awak sebab diorang buatbuat tak tau yang saya suka awak . "

" habis tu , kenapa awak kutuk jugak ? "

" awak tau tak yang muka awak tu makin comel bila merah sikit ? bila saya marah , muka awak akan merah . bila muka awak merah , dia jadi comel . bila jadi comel , saya suka tengok ! "

" haaa ? "

" yes. "

" malas lah nak layan awak nii ! "

bila la teater ni nak habis . parah la macam niii ! aku tak tau nak habis kan macam mana .

" look , i've got the three little words . "

" what ? "

" I love you , Iman ! " gulp ! kesat pulak air liur aku . biar betul mamat ni . suara dia soooooo sweet ! kalau lah ni realiti , memang aku dah pengsan dah . haduiii !

" IMANN !? " satu auditorium mula bersuara kembali . eh, mamat ni ! watak aku Laila lah ! aku pun baru tersedar . alamakkk !

" I love you , Laila Imani "

para penonton kembali senyap tatkala mamat ni kembali melutut sambil mengeluarkan cincin berlian . errr, aku nak buat apa ni ??

" errr , "

" awak tak sudi ? "
pandangan mata lelaki ni , aduh , buat hati aku cair . suara yang kendur tu jelas manunjukkan kesedihan di hati nya .

" errrrr . "

" takpe lah . "
lelaki tu mula berdiri balik . aku tak mampu nak menatap mata beliau lamalama sebab dia mula berpaling dan mula meninggalkan pentas .

" nanti ! "

" hmmmm " dia berpaling kembali .

" saya hanya akan ambil cincin tu setelah ayah saya setuju , "

" terima kasih , saya hormati permintaan awak tu . bagi tahu keluarga awak yang keluarga saya akan datang hujung bulan ni . "

dia terus pergi . penonton sudah mula bertepuk tangan . tirai kembali ditutup .
fuhhhh ! lega betul teater dah habis .

"tamatlah sudah kisah budak kampung dan budak bandar . ingatlah bahawa bandar itu terhasil dari gabungan kampung . jangan sesekali menghina orang kampung kerana kini pihak kerajaan sedang berusaha untuk memajukan kampung , blablabla "


" Iman , great job ! "

itu ayat pertama yang keluar dari mulut razif masa terserempak dengan aku belakang pentas .

" Iman takut tadi . ending entah apa-apa . merepek betul ! "

" I love it , anyway ... "
ha ? Razif suka ending tu ? biar betul . tu bukan skrip dia . jauh panggang dari api lah weyy .

" kenapa pulak ? " *garugaru kepala.

" sekurangkurangnya , Razif dah luah kan perasaan kat orang yang Razif suka . "

ha ? ape dia ni ? aku makin tak paham lah . mungkin ada orang yang dia suka yang tonton teater tadi kot . hemmm.. mungkin lah .

" tahniah ,Razif ! bijak betul guna dialog ni as medium untuk luahkan perasaan . mogamoga si dia tahu perasaan Razif dan terima Razif . " aku hanya mampu tersenyum manis kat dia .

" adik ! " eh , macam kenal suara tu ..

" mak ! abah ! eh , macamana bolah sampai kat sini ? "

" eh ? tanya kita pulak ! bukan adik yang hantar tiket kat mak ke ? "

" tak . tak . mana ada ... adik tak sempat beli tiket lah . "

aduh . manusia mana pulak yang baik hati sangat beli tiket untuk mak aku niii ?

" maaf , Iman . Razif yang belikan dan hantar kat makcik dengan pakcik . "

what the ? kenapa sampai macam ni sekali Razif ? aduhhh !

__________________________________________________________________
MirAcLes dO HaPpEn!

11 March 2012

Budak Kampung ! part 7

" kan orang tua-tua ada cakap.. marah tu tandanya sayang .... "

errrr... sekali lagi aku terdiam. tak mampu nak membalas macam tadi ... warghhh !
__________________________________________________________________

Razif . mana kau ? aku dah terhilang kan tiket yang kau suruh aku simpan kan tu .
maaf . maaf . maaf . tapi, aku sendiri pelik kenapa kau beli tiket tu sedangkan kau director cerita ni ? takkan kena beli kot .

" err, iman ? kenapa muram aje ni ?"

" eh, hasif . tak de pape lahh.. gemuruh aje kot. iman 1st time masuk pertandingan macam ni . "

" Hasif , pergi cari Faiz kejap . dia tak sampai2 sampai dari tadi . "

hah ? gila lah Faiz ni .. takkan tak sampai2 kot . 10 minit aje lagi pertandingan mula. U kita pulak giliran kedua . humm,, faiz faiz.. hidup kau ni memang nak menyusahkan orang lain aje lahh !

" err,, razif ! sini kejap .... "

alamakk.. nak cakap ke tak ekk ? kalau kena marah memang mampus lah aku !

"yes ? ade apa imann ? "

" pasal tiket tu.... "

"kenapa ?"

""it's gone ! "

"hah ? how come ?"

"tak tauu . pagi tadi baru perasan . i'm sorry ,"

" tak pe lahh. so, cool down okayy , n prepare for the theater . "

what da ..... takkan tak marah kutt ? harga tiket dah la mahall. bole buat rilek pulakk. tak paham betul la mamat ni .

"tak marah ke ?"

"tak "

"tapi, saya marah kalau tak menang teater . "

gulp ! gulp ! gulp ! jadah betul la mamat ni. mintak kaki. nasib baik lah aku dah pakai costume. kalau tidakk.. tumit bertemu dahi ni jugakk !

" faiz eksidenn ! "

"hah ?"

"yup, baru aje mama dia call . dia baru masuk hospital sekarang. then,, "

" Razif , , "

dia menoleh memandang aku. err,, biar betul . mata dia merah kutt.. takkan lah nak nangis .

" bagi aku 5 minit . "

dia terus pergi tandas . aku nampak tangan dia bawak kat muka . kesat airmata lah kott ?

" dah dah . biarkan dia . yang lain pergi siapkan diri . err,, iman . kalau tukar actor lain, iman boleh takk ? "

pheww~ itu yang aku tunggu selama ni . tak nak aku terpaksa fall in love dengan doctor-to-be tu . geli geleman. simpang malaikat lah derrr...

" aku ganti Faiz ... "

dan semua mata terbukak luas .

__________________________________________________________________

" aku dah lama perhatikan kau "

"hah ?"

eh, skrip mana dia baca ni ? ni yang aku blurr ni..

" dari pertama kali aku nampak kau. hati aku terus terpaut . aku nak memperisterikan kau "

" dan pada hari pertama itu , kau kutuk aku depan orang ramai . kau kata budak kampung takde klas kann ? "

" aku , emmm. . . "

eh, apa rapatrapat ni ? mana ada dalam skrip aksi2 kurang asemm macam ni ..

" kenapa menjauh ? budak kampung tak mandi ke ? "

aku menjegil kan mata . sumpahh ! ni tak ada dalam skrip . apa yang dia cuba buat ni ? apa yang dia nak ni ? apa ni ? arghhh !

" okay , aku tak tahu kau nak apa . tapi, kau dah melampaui batas . "

"batas apa pulak ni ? tak de ubi punn . "

seisi dewan tergelak. aku rasa bodoh sangat time ni. terpaksa buat skrip sendiri pulak tu . memang cari nahas kau ni !

" tolonglah percaya . aku dah fall in love dengan kau . "

" sebelum kau fall in love dengan aku , kau kena fall in love dengan ayah aku dulu . "

" ayah kau GAY ? "

grrrr ~ mintak penyepak betul la mamat ni !
MirAcLes dO HaPpEn!

04 February 2012

Budak Kampung! Part 6

ape maksud dia ni aje peluang Razif nak kenal Iman?' aku makin konfius ni. tolong lah Razif. jangan buat aku tertanya-tanya.

"ohh.." tak mampu berkatakata lagi.

" Bang , nasi goreng kampung 2 . Neslo 2."

" err , kita duduk sana eh ...?"

" oh, okay aje. memang Razif selalu duduk situ pun . "

aishhh. apekah ini !?

" here we go. makan ehh ?"

aku pun tersenyum aje. memang lapa gila lah weyy !

ehemmmm !

eh, apehal pulak nak ehem ehem dengan aku ni. nak makan pun tak senang lahh!

" baca doa dulu, okayy ..?"

walaupun suara dia biasa aje, tapi entah kenapa aku terasa yang suara tu bergema kuat dalam kepala aku. ya ALLAH, malu nya akuu! lapar punya pasal sampai lupa nak baca doa. buat malu aje! budak kecik meja sebelah ni pun tau baca doa agak nya. aku rasa darah aku dah naik kat muka ni. tak mampu aku nak angkat muka pandang Razif . ahhhh! malu malu malu lahhhh !

" Iman memang suka makan nasi goreng kampung eh?"
" emm... haah.. kenapa tanya ?"
" selalu nampak Iman order kat sini. "
" ouh, Razif pun selalu makan kat sini ke ?"

dia hanya mengangguk . aku pun terus makan dan makann

" err , petang ni pun ada latihan ke ? "

" tak tak. Razif ade kelas petang ni. "

" oh , same lah. "

lepas tu, suasana antara kami menjadi diam seribu bahasa. aku tak tau nak cakap apa dengan Razif ni. Dia pun macam labih berminat nak hirup neslo tu daripada bercakap dengan aku. hemm,, tah pape ajelah mamat ni. malas betul aku nak layan.

" eh, got to go lah. class nak start dalam 1 jam lagi ."

" erm, iman . ending cerita tu kan... Faiz akan lamar iman tau. so, make sure Iman kena feel habis . "

Ha !? takkan lah aku nak feel dengan si lancang tu.. parah lahh! erghhh !!

" tak de cara lain ke ?"

gelengan kepala beliau berada di tahap maksima. bole tercabut tau !

" boleh kan iman ?"

"errr,, I'll try my best . "
__________________________________________________________________

"IMAN ! enough lahh,, dah banyak kali buat silap. macam mana ni !!? "

what the..... Padanlah dah 2 hari aku tak nampak bulan kat langit hitam sana tu.. ruparupanya ade kat Razif. hari ni aje da 4 kali aku kena tengking dengan dia. Heavy flow aganya.. dia nak overnight tak ? aku ada bawak ni. kalau tak cukup.. aku sudi taja dia .

" errr.. sorry , "

"sorry, sorry, ingat ni nak berlatih SuJu ke hah ? ni drama lahh ! "

apehal doh,,, ? aku aje yang kena tengking! melampau betul ! budak lain pandang aku semcam aje . apa dosa aku bhaii ?

"I QUIT ! " terus aku capai bag dan fail . aku tinggal kan makmal bahasa dengan penuh gaya . yang lain sekadar memandang aku. aku tau Hasif nak panggil aku. tapi, aku buat muka garang sikit. kerut dahi dan jeling dia . kasi kecut sikit perut dia ituu .
haha ! puas hati aku RAZIF ! kau pergilah cari manamana orang yang boleh practice dengan kau dalam masa 2 hari ni. Padan muka kauu !

" Iman, i'm sorry okayy , please lah balik ke makmal... "

"ni bukan konsert Suju nak sorry , sorry , Iman nak balik. Iman ade pop quiz esok . "

eleh, tau pulak nak gune low voice . tadi bukan main lagi, kalah guruh di langitt ! aku tolak badan dia dengan fail keras tu. then, aku lintas jalan nak pergi bus stop. lebih kurang 5 minit lagik , bas sampai lah kutt.

"wait, IMAN ! iman tak kesiankan Razif ke ?"

" what for ? nak kesiankan orang yang tengking2 iman depan orang ramai. depan prof. ? ingat iman ni ape hah nak tengking2, marahmarah macam tu ? parents iman pun tak pernah marah macam tu. "

" Iman, pertandingan 2 hari je lagi.. i want it so much ! I really want it ! please imannn... ! lagi pun , , , "

alamakk.. ni yang tak boleh ni,, dah merayurayu pulakk.. sumpah mintak kaki !

"lagipun apa .. ?"

" kan orang tua-tua ada cakap.. marah tu tandanya sayang .... "

errrr... sekali lagi aku terdiam. tak mampu nak membalas macam tadi ... warghhh !
MirAcLes dO HaPpEn!

22 December 2011

Budak kampung! part 5

part 1
part 2
part 3
part 4
__________________________________________________________________

"saya dah lama perhatikan awak... awak yang paling sesuai berlakon watak ni."
kenapa suara dia tibetibe aje mengendur?
hah!? dia dah lama perhatikan aku? biar betul...? hari ni bukan 1 April dia nak prank aku. birthday aku apetah lagi. biar betul si Razif ni...

" err, ape awak cakap tadi?"

"awak paling sesuai dengan watak ni, awak tak perlu berlakon punn. ni memang diri awak."

"alamak, razif. saya tak mampu nak bawak watak ni lah. saya mintak maaf sangatsangat!"

"iman, look here. tak kan awak nak malu kan universiti kita? tahun lepas kita naib juara. tahun, saya harap nak juara. pleasee, saya merayu sangat. ni tahun last saya. ni sem last saya. bersungguhsungguh saya buat skrip ni. saya harap sangat dapat menaikkan nama U kita."

alahmakk! dah babak merayu ni yang aku lemah ni. mak! abah! tolong Iman! Iman tersepit ni.
nak ke tidak ek!?

"kenapa tak mula latihan lagi ni?"

"eh, prof! kata ada hal....."

"Razif, Razif, saya kata ada hal. saya datang lewat sikit. bukan tak datang langsung. awak nii!"

"ouh, ok,ok. saya tengah bincang dengan pelakon tadi. maaaf prof."

okaylah Razif. kali ni aku tolong kau. aku berlakon je lah. kalau ada benda tak kena. aku tanya kau okay? Hasif pun ada. Prof pun ada. ramai aku boleh tanya. tapi, yang pasti, aku takkan tanya doctor-to-be tu! jangan haraplah!

latihan pun bermula..

"BUDAK KAMPUNG!! Sini kau! sedar la diri tu sikit!"

err, nak guna ayat pedas hari tu ke? ermm, hemtam je lahh!

~~~~ latihan pun tamat.

"iman, jom balik!" ajak hasif

"tak pe lah Hasif, saya naik bas aje. jumpa lagi esok ek?"
hasif tersenyum tanda menghormati aku. humm, bagus jugak mamat ni. dalam gila dia tu. ada jugak rasa hormat kat orang perempuan. bukan macam doctor-to-be tu. menyakitkan hati aje. ade ke patut dia hon aku masa aku nak lintas jalan. semua pandang aku macam benda tu salah aku. padahal mamat tu yang salah! dia sepatutnya menghormati pejalan kaki. kalau kat luar negara, memang pejalan kakik di utama kan. rakyat malaysia aje belum amalkan benda ni. sesetengah aje. yang lain, pentingkan diri sendiri! menyampah betul!

"Iman, awak ada kelas pagi tak esok?"
tanya Razif masa kami samasama tunggu bas. aku bukak buku nota aku.

"err,, tak ada. kenapa?"

"saya buat latihan pagi. pukul 8 sampai 10 pagi. datang makmal bahasa okayy!?"

"latihan petang?"

"ada jugak. kita kena banyak latihan sekarang ni, masa semakin suntuk. "

aku hanya mengangguk. lepas 2 minit, bas pun sampaii. terus aje kami naik bas. dia duduk belakang aku. ni dah lewat dah. sikit lagi aje maghrib. badan dah berlengas. bau dia tak payah cakap lah! itik bau pun boleh pengsann! skunk pulak angkat bendera putih aje lah!

"awak tinggal kat taman ni jugak?"
Razif sekadar tersenyum. ruparupanya, selama ni kami berjiran. dalam jarak 3 pintu aje.
ok lah. dah maghrib ni. tak elok dok luar lama2.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"morning!"

"eh, dah pukul 8.15 pagi ni. kenapa orang lain tak ada?"

"ermm,, tak pe lah, kita mula latihan sekarang ek!?"

"okay, Iman dah baca skri semalam. nice story line. Iman suka. cuma. Iman tak yakin nak berlakon babak nangis2 tu. one more, Iman tak mungkin nak dapat jatuh hati dengan mamat poyo lah!"

"mamat poyo, who...?"

"doctor-to-be tu lah!"

"Iman, i told you yesterday, ni tahun last saya. pleasee, Iman, pleasee."
haduii! tolong lah director-to-be ni. aku dah la tak tahan dengan pujuk rayu muka puss in boots kau tu.

"okaylah okaylah." terpaksa aku mengalah jugak! latihan pun di mula kan. Nyata Razif ni seorang cikgu yang baik. bersungguhsungguh dia ajar aku. macam2 cara. suruh aku fikir benda sedih. happy. ahh, macam2 lah. selesa aku belajar dengan dia. banyak ilmu aku collect hari ni.

"okay, latihan pagi ni tamat."

"baru 9.30. kan?"

"kita minum kat cafe ek!? saya laparr"

"er,, saya. err, tak pe lah. saya tak lapa"
gila kau tak lapa? perut nga menyanyi riang ni! pagi tadi bangun lewat. tak sempat sarapan. semalam pun just makan buah aje. tak makan malam sebab tertido lepas isyak. house mate pun satu! kejut lah aku. tak tahu ke tenaga aku habis masa latihan petang semalam.

grrrruuuuuuu~

"betul ke ta lapa? perut mana yang berbunyi tadi?"
err, alamak! kantoi lah perut ni! aku tak nak termakan budi, takut tergadai body. *ayat mak ni.
cis, dia senyum sinis kat aku! kurang asam punya orang!

"tunggu apa lagi. jom lah."

nak tak nak, terpaksa kaki aku follow langkah dia. haduii!

"err, kenapa orang lain tak ada masa latihan tadi?"

"latihan ni untuk Iman aje. Iman kan freshie dalam bidang ni. so, kena belajar lebih sikit. lagi pun, ni je lah peluang Razif nak kenal Iman."

ape maksud dia' ni aje peluang Razif nak kenal Iman?' aku makin konfius ni. tolong lah Razif. jangan buat aku tertanya-tanya.

"ohh.." tak mampu berkatakata lagi.


__________________________________________________________________
MirAcLes dO HaPpEn!

20 December 2011

Budak kampung! part 4

part 1 <---
part 2 <---
part3 <---

__________________________________________________________________

"siapa heronye..?"

"Name dia,, Faiz Razak.."

GULP! Faiz Razak?? Kenapa dia? kenapa bukan orang lain?

Faiz, Faiz, aku fikir kita terpisah dan takkan bertemu lagi,, tapi aku silap!

Aku silap,Faiz!

eh, nanti dulu. bukan dia serorang aja nama Faiz Razak kan? mesti ada banyak Faiz Razak dalam dunia ni.

"Faiz tu, course ape ek!?"

"kalau tak silap, dia tu.. errmmm, medical tau."

errk!, alamak! course macam sama dengan Faiz. aku ingat lagi betapa dia bangga diri sampai kembang kuncup hidung dia bila nama dia di julangjulang masa result SPM keluar. maklumlah, dia seorang aje yag dapat A1 dalam kampung tu. dan dia aje yang dapat tawaran ke universiti as the first batch! aku dengan budakbudak lain, second batch. separuh pergi politeknik. dan selebihnya dah bekerja.

"dia orang mana ek!?" aku menyoal lagi. harapharaplah bukan orang melaka. atau lebih tepat lagi orang kampung bertam hulu. aminn!

"entah la. dia jarang cakap pasal family dia. so, tak tahu sangat."

alamakk! ni yang susah ni. aku takut gila kalau dia tu memang Faiz Razak yang aku kenal. Faiz Razak yang sekampung dengan aku. Faiz Razak yang pernah jadi classmate aku. Faiz Razak yang menyakitkan hati aku tu! TIDAKKK!


"ok, dah sampai pun. ni skrip teater kita. kau boleh la tengoktengok dulu. nanti aku panggil Faiz suruh dia kenalkenal dengan kau. cuba cari chemistry dengan kau! ok lah. aku pun nak kena hafal skrip aku. aku ade kat hujung sana. kalau nak tanya, pergi sane okayy!?"

aku hanya mampu tersenyum. lepastu, aku pandang skrip tu. haduii! aku mana pernah berteater bagai. tak pe lahh. ni balasan untuk orang yang menipu!

"err, kau ni Iman eh?'' aduhh,, menganggu gugat konsentrasi aku betul lah!

''ye saya, kenapa?'' aku cuba memaniskan muka. alamakk! memang sah ! sah! sah! dia memang Faiz razak yang aku kenal! oh, god! rasa nak pitam aje. rasa nak demam. rasa nak muntah. ahh,, macam2 rasa betul! saba aje lah!

"eh, kau!?''

''kau ke hero cerita ni?''

"kau ke heroin cerita ni?"

"Iman, ni lah Faiz razak. kau dengan dia watak utama tau. cuba lah cari keserasian. "
terus aje Hasif blah. haihhh!

Hasif, hasif! kalau kau nak tahu. aku dengan dia memang tak boleh masuk jarum. muka dia sentiasa mintak kaki aku aje! buat darah aku naik. aku benci betul tengok muka dia.

"Razif! Razif!" eh, apehal dia panggil Razif pulak ni?

"yes!?" razif pun datang

"ni ke heroin yang kau cakap semalam tu? tak de lah lawa seperti yang kau describe semalam. indah khabar dari rupa betul!"

amboi! dia punya tahap kepedasan ayat buat telinga aku berdarah aje! memang kau Faiz Razak yang aku kenal. memang kau tak berubah dari dulu. memang kau lah RAJA MULUT LANCANG! memang kau aje yang layak dapat takhta tu!

"dia aje yang ada. kau nak harapkan siapa lagi? Diana? dia tu masuk kampung pun tak pernah. takkan nak suruh dia berlakon pulak? konfem lah kaku."

"macam ni lah encik Faiz. kalau awak tak nak berlakon. saya beribu kali tak ingin! saya sekadar nak tolong universiti aje. kalau awak tak nakk. saya boleh undur diri. "

aku cube memboloskan diri dari masalah ni. aku tak nak malu kalau salah nanti. maklum la, aku kan first time join teater. masuk pertandingan pulak tu. hesh! memang tak bole belah ahh, kan?

"eh, Iman. jangan buat macam tu. kita da tak ada masa lagi ni. awak jangan nak main2."

"er,, tapi, semalam tu saya memang main serbu aje. saya tengah emosi masa tu."

"tapi, apa yang awak cakap tu, memang dari isi hati awakkan?"

"err, memanglah! tapi, kenapa encik Razif cakap kat prof yang saya ni heroin? buat niaya aje! saya tak pernah masuk teater."

"saya nak awak masuk jugak!!"

err,, alamak! aku macam tak ada piilihan lain aje.

''tapi, kenapa saya?"

"saya dah lama perhatikan awak... awak yang paling sesuai berlakon watak ni."
kenapa suara dia tibetibe aje mengendur?
hah!? dia dah lama perhatikan aku? biar betul...? hari ni bukan 1 April dia nak prank aku. birthday aku apetah lagi. biar betul si Razif ni...


__________________________________________________________________

MirAcLes dO HaPpEn!

06 August 2011

Budak kampung! part 3

-part 1
-part 2
__________________________________________________________________

"Iman,, humm sedap nama tuh..." Aku hanya tersengih..

"got to go..." kataku..

Keesokan hari,,

"Iman! Iman!" aku menoleh,,

"Hafiz, kan..?" soalku, aku ingatingat lupe je name mamat semalam

"Hasif lhaa!" Katanya, sambil tersengih. Aku faham maksud sengihan itu.. dia menyindir aku!

"nak pergi mana ni?"

"Lab bahasa lha... ade latihan drama kan?err,, nak tanya buleh tak?"

"Apa dia?"

"Yang semalam tu...? siapa yer..?"

"Oh,, Razif? dia,, dia lah penulis skrip untuk drama tu."

"ERK!?" padanlah Prof semalam pandang aku pelik je bile aku kate aku salah sorang daripade penulis skrip!

"Terkejut?"

"haah! agak terkejut.. HUmm,, dia memang kejam macam tu kea?"

"Kejam? means...?"

"Semalam,, Iman nak balik, mase lalu kat makmal, ade orang jerit 'Budak kampung'! Iman bengang ahh,, sepanjang Iman ada kat sini, tak pernah miss pun Iman dihina. Iman memang duduk kat kampung. Iman tak reti nak fashion2 nih. Jadi, semalam, kesabaran Iman hilang. Iman terus terjah makmal n marah2. Ruparupanya, tu cume skrip! ALLAH je yang tau betapa malunya Iman semalam!"

Aku pandang Hasif. Pipinya sedikit merah..

"kalau nak gelak.. gelak je laa.. memang salah Iman punn.."

Terus sahaja dia gelak kuatkuat sehingga ada mata yang memandang! aku menjarakkan diri dengan Hasif,, sengal sungguh!
aku taknak dilabel budak kampung gila pulak lepas ni.

"Besarnya gelak!"

"Eh, Razif?da jumpe hero ke..?"

"dah.. latihan arini 3.30,ok? prof takde n aku pun ade hal jap.. so,, meet you there."

"eh...? Razif tu bukan hero?" soalku sebaiksahaja Razif pergi.

"bukan,, dia takde bakat langsung untuk berlakon.. keras mengalahkan kayu.."

"siapa heronye..?"

"Name dia,, Faiz Razak.."

GULP! Faiz Razak?? Kenapa dia? kenapa bukan orang lain?

Faiz, Faiz, aku fikir kita terpisah dan takkan bertemu lagi,, tapi aku silap!

Aku silap,Faiz!



MirAcLes dO HaPpEn!

29 July 2011

Budak kampung! part 2

Aku merenung lelaki di depanku itu, wajahnya serius memandangku. atau lebih tepat lagi,, matanya merenung tajam ke arahku. Keningnya hampir bercantum... eh eh,, apesal plak mamat nih...? terkejut ke kena serang tibetibe..?

"Ade sebarang masalah ke dengan latihan teater kami...?" tegur satu suara dari arah depan... aku mengetap bibir!

Aduhai mulut! kenapa celupar,, Aduhai hati,, kenapa tak sabar,, aduhai emosi,, kenapa tak stabil...
aduhai jiwa,, kenapa gementar..?

"err,, tak,, tak de masalah... err,, saya salah sorang daripada penulis skrip teater nih.. saya ingat nak ubah skrip tu sikit."
AMboi,, sedap sungguh kau berkata2... memang kau ade kene mengena dengan teater ni ponn!

"penulis skrip..?" soal lelaki separuh abad itu,, keningnye bercantum,,
aduhh! aku dalam masalah nie,, aku mengalihkan pandangan ke arah mamat yang berada di sisiku..

"eh,, bukan prof.. dialah heroin untuk teater nih.. prof nampak tak cara dia berlakon tadi..? emosi yang cukup hebat! pengahayatan watak yang bagus!" mamat tu berbicara.

EH! mengong betul!

"OH,,, bagus! bagus! mane awak amik pelakon ni..? mati mati saya ingatkan dia maen terjah je tadi. Hebat lakonan awak,, saya harap lepas ni awak rajin datang latihan memandangkan pertandingan semakin dekat.. tinggal 3 minggu je lagi.."

APE!? aku membuat muka terkejut.

"Baiklah,, latihan harini sampai di sini sahaja. Semua boleh balik"
Kata orang tua itu tanpa menghiraukan aku yang macam rusa masuk kampung,,

Mamat yang tadi kununnya back-up aku tu pon da sianp sarung bag ntok balek.

"Encik!" aku memanggilnya... dia berpaling...
Sambil tersenyum.. SINIS!
"tahniah ye dapat jdi heroin untuk teater ni..." katanya tanpa memandang wajahku.

"WHOA! WHOA! stop! teater ape nie..? knape saya bule terpilih pulak..?"

"tajuknya... 'Budak Kampung', ok lah.. aku kena blah.. esok kol 3 kat makmal bahasa.."

katanya sebelum berjalan pantas di sepanjang koridor itu..

"hey! saya Hasif... cik ni.. name ape..?"satu suara menegur aku dari belakang. Aku menoleh.

"errr.. name..? err... Imanina.. panggil Iman jea.."

"Iman,, humm sedap nama tuh..." Aku hanya tersengih..

"got to go..." kataku..

MirAcLes dO HaPpEn!

16 July 2011

Budak kampung! part 1

Biar. Biarkan mereka bergelak hebat! Biarkan mereka tersenyum sinis. Biarkan mereka mengata aku. Biarkan jelingan itu menyapa tubuh. Biarkan mulut yang becok berbicara! Biar! Biarkan!

Sekali lagi aku dihina. Aku sedih. Aku kecewa. Kenapa budak kampung macam aku selalu diperlakukan demikian...? Kenapa...?

Hinakah aku yang berasal dari kampung? Tinggi sangatkah darjat mereka yang tinggal di bandar!?
HELL-O!! Sedar sikit,, kalau tak ada kampung.. maka tak ada pekan,, jika tiada pekan,, maka tiada bandar! Jadi,,, jika mereka menghina orang kampung,, bererti mereka menghina diri sendiri kankankan...? Nak kate *****,, tak mungkin,, masingmasing dapat straight A,,, humm entahlah,,

mungkin kerana dengki dengan keayuan aku kot! haha! maklum la,,, aku je yang rajin pakai baju kurung nih,, bukannyer apa,, aku rimas la pakai t-shirt,, nak kena cari kaler yang sesuai dengan seluar,, jeans aku pulak,, memang ade 2-3 gudang kat umah! sebab tu aku pakai baju kurung.. n ape yang aku suka pasal baju kurung nih,, ialah,,,, TAK PERLU DIGOSOK sangat,, sebab kain jenis lembut,, kedutkedut pon tak nampak la,, Jimat masa, tenaga dan elektrik! Bijakkan aku...?

"hey! kolot betul minah nih,," melalui cermin di toilet itu,, aku ternampak beberapa pasang mata menjeling ke arahku. aku pun buat je tak perasan.. aku tiuptiup tudung aku n betulbetulkan tudung agar nampak lebih kiut aripada merekamereka yang perasan cantik dengan mekap setebal Tembok Besar China itu.

'salahkah aku berbaju kurung..?'

entahlah,, aku mengambil fail lalu menapak keluar daripada rumah iblis itu. Tak sanggup rasanya tinggal lebih lama di situ.

"BUDAK KAMPUNG!! Sini kau! sedar la diri tu sikit!" jerit satu suara semasa aku melintasi makmal bahasa.. amboi! ni da tahap kurang ajar.. kurang siuman. kurang akal nih! hangin aku satu badan.. nak aje aku serang makmal nih! siap kau!

1 langkah.. 2 langkah.. 3 langkah

dan.............

"Hoi! ko ingat ko sape hah! nak terpekik terlolong macam tu..? ye.. memang aku sedar aku budak kampung! memang! ape masalah ko dengan budak kampung..? hah!? aku rimas la,, aku penat dengan jelingan dan katakata orang sekeliling.. harihari dok kutukkutuk budak kampung.. cakap kami kolot,, kami skema,, kami tak up-to-date..? sape kate kami takup-to-date...? sedangkan kat kampung pun da ade wireless internet. Nenek aku kat kampung pun da ade Facebook tau! n one more thing,, ingat sikit,, kalau tak ada orang kampung,, tak de la orang bandar! Fikirlah!"

Aku merenung lelaki di depanku itu, wajahnya serius memandangku. atau lebih tepat lagi,, matanya merenung tajam ke arahku. Keningnya hampir bercantum... eh eh,, apesal plak mamat nih...? terkejut ke kena serang tibetibe..?

"Ade sebarang masalah ke dengan latihan teater kami...?" tegur satu suara dari arah depan... aku mengetap bibir!
MirAcLes dO HaPpEn!